Pages

Thursday, 22 October 2015

Guan Eng terbukti adalah penipu besar kepada rakyat

Kerajaan Pakatan Harapan akan memansuhkan tol di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) sekiranya berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) - Lim Guan Eng (The Malaysian Insider - 20 Oktober 2015)

Kenyataan populis menjadi mainan pembangkang walaupun kenyataan itu agak sukar dilaksanakan kerana dapat menarik minat rakyat. Malah, setiap kali Pilihanraya Umum rakyat akan ditatang dengan manifesto mereka yang hampir tidak masuk akal. Rakyat yang terpesona dengan dendangan manifesto palsu ini pastinya akan memihak kepada mereka.

Terbaru kenyataan Guan Eng yang mahu memansuhkan tol di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) sekiranya berjaya memerintah negara dilihat salah satu kenyataan populis untuk menarik sokongan kepada Pakatan Harapan. Namun manisfesto Pakatan Rakyat Pilihanraya Umum 2008 tidak juga tertunai sehingga hari ini.

Manifesto Pakatan Rakyat 2008
Kerajaan Pakatan Rakyat akan memansuhkan tol di Sg Nyior Butterworth sekiranya berjaya menawan Pulau Pinang.

Apabila mereka berjaya menawan Pulau Pinang, mereka gagal menunaikan janji untuk memansuh tol Sg Nyior dan menafikan berjanji mahu memansuhkan tol tersebut. Kerajaan Rejim DAP Pulau Pinang cuba menyalahkan Kerajaan Pusat dengan pelbagai alasan. Kemudian mereka cuba mengalih perhatian rakyat dengan membina jalan alternatif bagi mengelok membayar tol Sg Nyior yang dinamakan Jalan Bagan 29 sepanjang 1 Kilometer bernilai RM5.7 juta. Yang melucukan Jalan Bagan 29 hanya 100 meter untuk menembusi Jalan Siram dan selainnya hanya menurap jalan-jalan sedia ada yang dibina Kerajaan BN sebelum ini. Bagi melihatkan "kejantanan" Ketua Menteri Rejim DAP Pulau Pinang, maka diadakan satu majlis perasmian untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka sentiasa prihatin nasib rakyat.

Malah, jika tiada Jalan Bagan 29 tersebut, masih ada jalan alternatif lain yang telah dibuat semasa pemerintahan Kerajaan BN ke Seberang Jaya tanpa melalui Tol Sg Nyior iaitu melalui Jalan Permatang Pauh, Jalan Taman Bagan dan Jalan Chain Ferry. (Rujuk link google map ini untuk terperinci)
Apa yang berlaku kepada Negeri Pulau Pinang sejak dibawah pemerintah Rejim DAP:
1. Tarif air naik 4 kali dari tahun 2008 dan menaikkan surcaj pemuliharaan air (WCS) sebanyak dua kali iaitu pada 2010 dan 2013.
2. Menentang pembinaan (Penang Outer Road Ring (PORR) namun membuat Plan Induk Pengangkutan Pulau Pinang yang mirip dengan PORR.
3. Menentang projek di lereng bukit, namun projek perumahan mewah dibina di lereng bukit hingga menyebabkan banjir besar di kawasan Bayan Baru.
4. Mengenakan cukai katil bagi semua hotel di Pulau Pinang antara RM2-3 semalam.
5. Bayaran parking dinaikkan dan masa bayaran dilanjutkan sehingga  12 malam setiap hari termasuk hari minggu dan cuti umum.
6. Fee dan kenaan bagi urusan dengan kerajaan negeri dinaikkan sehingga 300%
7. Rumah kos rendah dihapuskan dan digantikan dengan rumah mampu milik yg bermula dari harga RM200,000 dengan kelayakkan minima RM8000 ke atas.

Jelas, kenyataan populis pembangkang hanya retorik bagi meraih undi semata-mata. Jika pembangkang benar-benar  prihatin terhadap nasib rakyat, perkara diatas wajar dimansuhkan dahulu sebelum melihat pada skala persekutuan.

Tuesday, 13 October 2015

Bank Negara beri tiga kelulusan pelaburan luar negara 1MDB

Peguam Negara Tan Sri Appandi Ali menegaskan keputusan untuk tidak mendakwa pegawai 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah kerana tiada kesalahan dilakukan berikutan Bank Negara telah dimaklumkan perubahan dan tidak menghalang perubahan tersebut.

Peguam Negara dalam kenyataan akhbar hari ini menyatakan, 1MDB mematuhi semua prosedur dalam mendapat tiga kelulusan Bank Negara bagi pelaburan di luar negara pada 29 september 2009, 6 September 2010 dan 20 Mei 2011.

Bank Negara hanya mengambil masa tiga hari untuk meluluskan permohonan tersebut.

“Apabila 1MDB meminta wang dimasukkan kepada akaun yang berlainan dari permohonan asal, Deutsche Bank (Malaysia) telah merujuk perkara tersebut kepada Bank Negara Malaysia.”

Menurut Peguam Negara, Bank Negara Malaysia memberi maklum balas dengan menasihati Deutsche Bank (Malaysia) bahawa ia adalah keputusan perniagaan dan pihak mereka tidak berniat untuk mendapat penjelasan lanjut selagi ia tidak lari dari tujuan asal permohonan.

“Bank Negara sebagai Pengawal Kewangan tidak menghalang pemindahan terbabit mahupun mengarahkan Deutsche Bank (Malaysia) supaya menasihati 1MDB mendapatkan semula kebenaran. Adalah jelas tiada sebarang permintaan maklumat lanjut dari Bank Negara Malaysia pada masa tersebut.”

Menurut Peguam Negara, permintaan Bank Negara supaya mendakwa 1MDB kerana gagal memberi beberapa maklumat tertentu tidak dapat dipenuhi kerana 1MDB hanya perlu memberi maklumat-maklumat terbabit sekiranya diminta oleh Bank Negara ketika itu.

Malangnya, Bank negara tidak membuat sebarang permintaan untuk pendedahan maklumat tersebut.

Adalah jelas Bank Negara tidak menghalang sebarang perubahan terbabit sungguhpun dimaklumkan oleh pihak Deutsche Bank ketika itu.


Sekutu rapat Tun Mahathir didakwa dibawah Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara 15 tahun

Tindakan mendakwa sekutu rapat Mantan Pendana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengikut seksyen 124L Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan kerana cuba mensabotaj perbankan dan sistem kewangan Malaysia telah dipersoalkan oleh pihak-pihak tertentu. Ini berikutan kritikan dan kecaman Tun Dr Mahathir dalam sidang media semalam di Yayasan Perdana sebagai satu penyalahgunaan kuasa kerajaan.

Jabatan Peguam Negara melalui Peguam Negara, Tan Sri Dato' Sri Haji Mohamed Apandi Bin Haji Ali dalam kenyataan hari ini menjelaskan bahawa kedua-dua Khairuddin Abu Hassan dan Matthias Chang didakwa mengikut seksyen 124L Kanun Keseksaan dan bukan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Jabatan Peguam Negara selanjutnya menjelaskan bahawa Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) adalah hukum acara yang menyediakan langkah-langkah khas untuk memudahkan penyiasatan dan pendakwaan "kesalahan keselamatan ". Takrif 'kesalahan keselamatan' menjelaskan bahawa SOSMA tidak terhad kepada keganasan atau pengganas.

'Kesalahan Keselamatan' dalam Akta ini terpakai kepada mereka yang disenaraikan dalam Jadual Pertama SOSMA. Apabila SOSMA telah digubal, yang disenaraikan 'kesalahan keselamatan' adalah kesalahan di bawah Bab VII Kanun Keseksaan (Kesalahan-kesalahan terhadap Negera) dan Bab VIA Kanun Keseksaan (Kesalahan yang berkaitan dengan keganasan).

Pada tahun 2014, senarai itu diperluaskan kepada Bab VIB Kanun Keseksaan (Jenayah Terancang) dan juga kesalahan di bawah Bahagian IIIA Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007. Senarai ini telah diperluaskan lagi pada bulan Jun 2015 untuk memasukkan Langkah-Langkah Khas Akta Menentang Keganasan dalam Negara Asing 2015.

Jabatan Peguam Negara menambah, Seksyen 124L, Kanun Keseksaan adalah satu kesalahan di bawah Bab VI Kanun Keseksaan. Ia adalah salah satu daripada tujuh kesalahan baru yang diperkenalkan ke dalam Bab VI Kanun Keseksaan pada tahun 2012 melalui Akta Kanun Keseksaan (Pindaan) 2012. Oleh itu, 'kesalahan keselamatan' dalam SOSMA adalah terpakai.

Tujuh kesalahan baru iaitu:

Aktiviti memudaratkan demokrasi berparlimen (seksyen 124B)
Cuba melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen (seksyen 124C)
Penyebaran maklumat (seksyen 124H)
Sabotaj (seksyen 124k)
Cubaan melakukan sabotaj (seksyen 124L)
Pengintipan (seksyen 124M)
Cubaan melakukan pengintipan (seksyen 124N)

Kesalahan-kesalahan ini adalah tambahan kepada enakmen pindaan dengan pengubahsuaian kesalahan tertentu yang digunapakai di dalam Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, iaitu seksyen baru 124D, 124E, 124F, 124G, 124L dan 124J. Penjelasan di atas boleh dilihat dalam Penyata Penjelasan kepada Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2012.

Seksyen 124L, Kanun Keseksaan memperuntukkan bahawa 'Barangsiapa cuba melakukan sabotaj atau melakukan apa-apa perbuatan persediaan dengannya hendaklah dihukum dengan memenjarakan selama tempoh yang tidak melebihi lima belas tahun.'

Dalam hal ini, seksyen 130A Kanun Keseksaan mentakrifkan istilah 'sabotaj' bermaksud sesuatu perbuatan atau peninggalan dengan niat menyebabkan bahaya, kepada orang lain, untuk penyelenggaraan 'perkhidmatan perlu' manakala istilah 'perkhidmatan perlu' ditakrifkan termasuk perbankan dan perkhidmatan kewangan.

Kenyataan Jabatan Peguam Negara itu untuk memberi penjelasan terhadap peruntukan undang-undang yang telah diguna pakai dalam kes Khairuddin Abu Hassan dan Matthias Chang untuk mengelakkan sebarang kenyataan yang mengelirukan lagi mengenai peruntukan yang berkaitan undang-undang.

Walau bagaimanapun, Jabatan Peguam Negara tidak akan mendedahkan apa-apa fakta yang berkaitan dengan kes mereka yang  belum lagi selesai di mahkamah.


ATTORNEY GENERAL MEDIA STATEMENT
Charges Against Khairuddin Abu Hassan and Matthias Chang 
On Monday, 12 October 2015, Khairuddin Abu Hassan and his lawyer, Matthias Chang were charged under section 124L of the Penal Code, read with Section 34 of the Penal Code for attempting to sabotage Malaysia’s banking and financial systems. 
The action has been questioned by certain parties, including in the article published in the Star on 12 October 2015, titled ‘Dr M, Ku Li team up to slam Sosma detention of 1MDB critics,’ as being an abuse of the government powers.
The Attorney General’s Chambers clarifies that both Khairuddin Abu Hassan and his lawyer, Matthias Chang are charged under section 124L of the Penal Code and not the Security Offences (Special Measures) Act 2012 (SOSMA). 
The Attorney General’s Chambers further clarifies that the Security Offences (Special Measures) Act 2012 (SOSMA) is a procedural law that provides special measures to facilitate the investigation and prosecution ‘security offences”. The definition of ‘security offences’ makes it clear that the SOSMA is not limited to terrorism or terrorists.
The ‘security offences’ to which the Act applies are those listed in the First Schedule to the SOSMA. When SOSMA was enacted, the listed ‘security offences’ were offences under Chapter VII of the Penal Code (Offences against the State) and Chapter VIA of the Penal Code (Offences related to terrorism). 
In 2014, the list was extended to include Chapter VIB of the Penal Code (Organised Crime) as well as offences under Part IIIA of the Anti-Trafficking in Persons and Anti-Smuggling of Migrants Act 2007. The list was further extended in June 2015 to include the Special Measures Against Terrorism in Foreign Countries Act 2015. 
Section 124L, of the Penal Code is an offence under Chapter VI of the Penal Code. It was one of seven new offences introduced into Chapter VI of the Penal Code in 2012 through Penal Code (Amendment) Act 2012. It is therefore a ‘security offence’ to which SOSMA applies. 
The seven new offences are namely:
Activities detrimental to parliamentary democracy (section 124B)
Attempt to commit activity detrimental to parliamentary democracy (section 124C)
Dissemination of information (section 124H)
Sabotage (section 124K)
Attempt to commit sabotage (section 124L)
Espionage (section 124M)
Attempt to commit espionage (section 124N)
These offences were in addition to the reenactment with modifications of certain offences which used to be in the Internal Security Act 1960, namely the new sections 124D, 124E, 124F, 124G, 124L and 124J. The above explanation can be seen in the Explanatory Statement to the Penal Code (Amendment) Bill 2012. 
Section 124L, of the Penal Code provides that ‘Whoever attempts t commit sabotage or does any act preparatory thereto shall be punished with imprisonment for a term which extend to fifteen years.’ 
In this regard, section 130A of the Penal Code defines the term ‘sabotage’ to mean an act or omission intending to cause harm, among others, to the maintenance of ‘essential services’ while the term ‘essential services’ is defined to include banking and financial services. 
The Attorney General’s Chambers provides this clarification on the provisions of law that have been applied in the case of Khairuddin Abu Hassan and Matthias Chang to prevent any further misleading statements, regarding the relevant provisions of law. 
However, the Attorney General’s Chambers is not at liberty to divulge any facts pertaining to their cases as the matters are pending before the court. 
ATTORNEY GENERAL’S CHAMBERS MALAYSIA
13 October 2015

Monday, 12 October 2015

Mahathir terlupa pernah penjarakan orang tidak bersalah! Boleh dimaafkan begitu sahaja?

"Saya tidak akan buat laporan polis menentang sesiapa. Saya tidak punya cukup bukti".
Malaysian Insider 10 Oktober 2015.
"Salahguna kuasa dan tidak menghormati undang-undang dan satu-satunya jenayah kedua mereka (Khairuddin dan Matthias) adalah memberitahu kebenaran".
Sidang Media Yayasan Perdana, 12 Oktober 2015
Kedua-dua kenyataan di atas adalah dibuat oleh Tun Mahathir sendiri terhadap dakwaan beliau terhadap 1MDB. Kenyataan yang amat berbeza dan bercanggah hanya berselang dua (2) hari. Dua hari sebelum beliau menyatakan tidak punyai cukup bukti untuk mendakwa 1MDB dan mengaitkan dengan Perdana Menteri namun menempelak pula tindakan kerajaan terhadap sekutunya yang ditahan dibawah SOSMA sebagai salahguna kuasa dan tidak menghormati undang-undang. 

Matematik mudah, jika tiada bukti maka yang dijaja oleh kedua mereka itu adalah fitnah. Maka sesuai lah dengan tindakan kerajaan terhadap mereka berdua. "No doubt"!.

Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Khairuddin Abu Hassan dan bekas Setiausaha Politik Tun Dr Mahathir, Matthias Chang telah didakwa di Mahkamah Majisterit Kuala Lumpur sebentar tadi atas tuduhan cuba mensabotaj sistem perbankan dan kewangan Negara.

Sementara itu Menteri Multimedia dan Komunikasi, Datuk Seri Salleh Said Keruak memberi reaksi segera terhadap kenyataan Tun Mahathir di Yayasan Perdana hari ini.

Antara reaksi Salleh Said Keruak di dalam blog sskeruak.blogspot.my

"Mereka belum lagi disabitkan kesalahan samada mereka bercakap benar atau tidak, biar perbicaraan yang menentukan"
"Tun Dr Mahathir perlu diingatkan banyak kes pada zamannya apabila orang-orang yang berkata benar telah ditangkap, didakwa dan disabitkan dengan jenayah kerana bercakap benar. Sebagai contoh, tahun 2000, Marina Yusoff didapati bersalah dan dihukum di bawah Akta Hasutan dan hakim memutuskan bahawa hanya kerana dia bercakap benar tidak bermakna dia tidak melakukan jenayah".
"Sekurang-kurangnya Khairuddin dan Matthias dibenarkan dibicarakan dimana mereka boleh mempertahankan diri mereka dan jika mereka tidak bersalah akan dibebaskan. Selama masa Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri beliau menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada penentang dan pengkritik kerajaan tanpa bicara. Pada tahun 2001, sepuluh penyokong Anwar Ibrahim ditahan tanpa perbicaraan dengan mendakwa mereka adalah pengganas. Enam telah dipenjarakan selama dua tahun dan kemudian akhirnya mahkamah membuat keputusan bahawa mereka bukan pengganas dan penahanan mereka adalah tidak sah".

Peluru terakhir Negarawan Billioner tertembak diri sendiri

Tun M : Kecam kerajaan salah guna kuasa tahan Khairuddin/Mathias Chang bawah SOSMA. Kerajaan perlu bertindak membebaskan mereka
TSMY : Saya yakin apa yang disebutkan oleh Tun M. Walaupun saya masih pegang jawatan dalam parti ia tak halang saya terutama melibatkan kepentingan rakyat.
Tun Mahathir telah dilihat bagai kehilangan senjata dan peluru untuk menyerang  Datuk Seri Najib Razak. Didalam sidang media  di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya, beliau mengetuai tekanan terhadap Perdana Menteri untuk membebaskan dua orang kanan beliau yang sedang ditahan di bawah SOSMA iaitu Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan Bekat Setiausaha Politik beliau, Matthias Chang.

Agak mengejutkan apabila musuh politik Tun Mahathir (90) dan penyebab UMNO pernah diharamkan Tengku Razaleigh Hamzah (78) turut berada dalam barisan "Gabungan Kecewa" bagi menyatakan rasa tidak senang dengan penangkapan individu terbabit dan mengecam Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 atau SOSMA.

Antara barisan lain yang bersama dalam sidang media itu terdiri daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin (68), Tan Sri Sanusi Junid (72), Datuk Seri Shafie Afdal (57) dan Datuk Seri Ong Tee Kiat (58).

Kemunculan Mantan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam barisan tersebut menunjukkan beliau telah culas dan khianat terhadap ikrar beliau sendiri kepada Presiden parti semasa Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO tempohari.

Rata-rata penganalis politik tanahair melihat tindakan nekad Tun Mahathir kali ini adalah ekoran penamatan perkhidmatan Syarikat Pembekal Tenaga (IPP) milik sekutu rapat beliau, YTL Corporation September lepas. Faktor kedudukan tidak menentu anak beliau Mukriz Mahathir yang kini sedang menyandang jawatan Menteri Besar Kedah juga dilihat begitu signifikan dengan tindakan terdesak Tun Mahathir hari ini.

Namun kecaman dan tuduhan Tun Mahathir terhadap SOSMA sebagai kejam dan zalim, kita tidak lupa sepanjang 22 tahun pemerintahan beliau sebagai Perdana Menteri, beliau telah:

1. Memenjarakan beratus individu tanpa bicara di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) termasuk ramai Ahli Politik.
2. Ops Lalang
3. Terlibat menyingkirkan dua Timbalan Perdana Menteri.
4. Memecat seorang Timbalan Perdana Menteri.
5. Memberhentikan empat Menteri.
7. Menghentikan operasi akhbar The Star,Watan dan Sin Chiew Jit Poh.
8. Memecat Ketua Hakim Negara dan mengubah cara perlantikan Hakim.

Untuk rekod, Khairuddin Abu Hassan dan bekas Setiausaha Politik Tun Dr Mahathir, Matthias Chang telah didakwa di Mahkamah Majisterit Kuala Lumpur sebentar tadi atas tuduhan cuba mensabotaj sistem perbankan dan kewangan Negara. Mereka diberi peluang untuk membela diri di dalam SOSMA berbanding dengan ISA ciptaan Tun Mahathir.





Thursday, 8 October 2015

KEMENANGAN AWAL ISLAM MENOLAK KEMUNGKARAN PONDAN

Mahkamah Persekutuan membenarkan bantahan awal kerajaan Negeri Sembilan dan lima yang lain berhubung permohonan semakan kehakiman difailkan tiga mak andam bagi mencabar Enakmen Syariah negeri yang melarang lelaki berpakaian wanita. 

Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md Raus Sharif dan Hakim Tan Sri Ahmad Maarop, Tan Sri Hasan Lah, Datuk Azahar Mohamed dan Datuk Zaharah Ibrahim membuat keputusan itu sebulat suara mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Undang-Undang Negeri Sembilan adalah tidak berperlembagaan. 

Mahkamah membuat keputusan itu selepas mendapati permohonan untuk mencabar kesahihan Seksyen berkenaan tidak sepatutnya dibuat melalui permohonan semakan kehakiman.

Tuesday, 6 October 2015

TANPA SOKONGAN PAS,PKR BERDEPAN MUSIBAH TERUK - TIAN CHUA

PKR mengakui peluang parti itu untuk menang sebarang kerusi pada Pilihanraya akan datang malah untuk mengekalkan kerusi parlimen dan Dewan Undangan Negeri adalah terletak kepada Parti PAS. PKR juga turut mengakui faktor undi Melayu menjadi faktor utama untuk menentukan pertukaran kerajaan.

Kebimbangan itu dinyatakan oleh Tian Chuan, Naib Presiden PKR dalam Guan Ming Daily apabila PKR sedar kebanyakkan kedudukan kerusi PKR berada di kawasan majoriti Melayu. Tanpa sokongan PAS, atau berlaku pertandingan tiga penjuru, PKR akan berdepan dengan kekalahan yang teruk.

PKR melihat kedudukan Parti Amanah Negara pimpinan Mantan Timbalan Presiden Mohamad Sabu, tidak mampu memberi kelebihan pada PKR untuk meraih undi Melayu pada Pilihanraya yang akan datang.

Terdahulu sumber dalaman PKR telah mendedahkan usaha pemimpin kanan parti itu memujuk Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya PAS menyertai gabungan baru itu. PKR dijangka meminta PAS menggugurkan hasrat parti untuk melaksanakan hukum hudud bagi mendapat laluan penerimaan parti dominan dalam Pakatan Harapan,iaitu DAP.




Sunday, 4 October 2015

PASUKAN 4 X 4 #MyVOC SIAP SEDIA HADAPI BANJIR

Banjir besar yang melanda negeri Pahang pada hujung 2014 telah memberi kesan yang besar kepada rakyat khususnya di daerah Bera.

Kebanyakkan agensi kerajaan di Bera tidak dapat menghulurkan bantuan sewajarnya disebabkan bencana ini berskala besar. Prihatin dengan nasib penduduk yang dilanda banjir, sekumpulan penggiat 4×4 tampil menghulurkan bantuan dalam usaha menyelamat dan menyalurkan bantuan

Sedar tentang bencana yang mungkin berulang, Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan sokongan penggiat 4×4 Bera telah bersepakat menubuhkan skuad MyVOC 4×4 Bera bagi menghadapi bencana banjir dengan lebih tersusun dan teratur.

Skuad ini telah dilancarkan oleh YB. Dato’ Norol Azali bin Sulaiman, Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-Tugas Khas Negeri Pahang di Majlis Perasmian Kursus Asas 4×4 Peringkat Negeri Pahang dan Majlis Pelancaran MyVOC 4×4 Bera yang diadakan di Kompleks Rakan Muda Daerah Bera, Pahang pada jam 3 petang hari ini.


Program ini dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang dan Majlis Belia Daerah Bera.

Sebanyak 60 buah kenderaan 4×4 telah mendaftarkan diri untuk bersama-sama skuad MyVOC 4×4 yang akan dikendalikan oleh Sdr. Othman Man. Pada majlis ini juga, sukarelawan yang terlibat dengan bantuan kemanusiaan banjir turut diraikan.









– belia.org.my

#MyVOC GUNA 4 X 4 HADAPI GELOMBANG BANJIR

Banjir besar yang berlaku tahun lepas di Daerah ini telah menjadi satu pengajaran berguna buat penggiat 4×4 dalam kawasan Bera dimana pelbagai langkah dan persediaan telah disusun bagi menghadapi gelombang banjir yang tidak boleh dijangka tahun ini.

Melihat kegilaaan ramai anak muda menggunakan kenderaan Pacuan empat roda didalam Daerah ini, Majlis Belia Daerah tampil kehadapan dengan mengumpul kesemua pemilik kenderaan ini dalam Kursus Pemanduan Asas Kenderaan 4×4 di tapak perkhemahan Air Terjun Terapai.

Program berkenaan telah dirasmikan oleh YB Norol Azali Sulaiman ADUN Guai merangkap EXCO Kerajaan Negeri Pahang di Kompleks Rakan Muda Bera semalam.

Turut dirasmikan ialah lebih 60 Sukarelawan Myvoc 4X4 Bera dimana kemahiran mereka dalam penggunaan kenderaan 4×4 ini amat ditagih dalam menjayakan misi-misi tertentu termasuklah penghantaran bekalan makanan serta misi menyelamat ketika musim banjir.

“Kita kena belajar dari situasi banjir tahun lepas yang melanda daerah ini. Alhamdulillah program hari ini membuktikan kita sudah belajar dan akan lebih bersedia menghadapi banjir pada kali ini,”YB Norol Azali Sulaiman.

Selain kurus pemanduan asas, Sukarelawan Myvoc 4X4 Bera yang dipimpin saudara suadara Othman Man akan turut menjalani latihan pengunaan radio amatur dimana penggunaan alatan berkenaan amat penting ketika bencana khususnya Banjir.

Majlis turut diserikan dengan tayangan video keadaan banjir tahun lepas di daerah Bera dan penyampaian sijil penghargaan kepada sukarelawan yang terlibat dengan bantuan kemanusiaan banjir tahun lepas.

Turut hadir di majlis berkenaan Tuan Zaidi Abd Aziz, Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia.

AnakMudaTV

Saturday, 3 October 2015

PIKAT ANAK MUDA COOL AND CATCHYSERTAI #MyVOC

Hari ini saya berpeluang meluangkan masa bersama seramai 1,119 orang pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Cochrane, Kuala Lumpur sambil merasmikan Hari Anugerah Kualiti dan Kecemerlangan 2015. Turut hadir bersama ialah Saudara Hasnul Hanif Harun, Exco MBM merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan MBM.

Kesempatan yang terluang, beberapa perkara dapat saya kongsikan dengan para pelajar. Antaranya ialah kepentingan generasi muda di kalangan pelajar sekolah aktif dalam kegiatan kokurikulum samada melalui kegiatan berpersatuan, badan beruniform mahupun sukan.

Majlis Belia Malaysia (MBM) sentiasa membuka ruang dan peluang kepada golongan belia yang berumur 15-18 yang rata-ratanya di bangku sekolah menengah untuk menyertai kegiatan kokurikulum kerana kegiatan ini mempunyai banyak faedahnya.

Antara faedah kegiatan kokurikulum ialah dapat memenuhkan masa lapang. Pelajar yang aktif dalam kegiatan ini akan terhindar daripada terlibat dengan gejala sosial kerana banyak masa mereka digunakan untuk aktiviti kokulrikulum di sekolah seperti sukan dan sebagainya. Oleh itu, masa lapang dapat diisi dengan kegiatan yang lebih berfaedah.

Selain itu, kegiatan kokurikulum juga dapat melatih pelajar menjadi pemimpin. Ada berbagai-bagai jawatan dalam persatuan seperti jawatan pengerusi, setiausaha, bendahari, ahli jawatankuasa dan ahli biasa. Sebagai contoh, apabila pelajar memegang jawatan pengerusi, mereka akan belajar menjadi ketua. Dengan itu, pelajar akan belajar menjadi pemimpin.

Di samping itu, dengan menyertai kegiatan kokurikulum juga kita dapat membentuk disiplin diri. Sebagai contoh, kegiatan-kegiatan ini dijalankan mengikut peraturan dan jadual yang telah ditetapkan. Kita perlu mematuhi peraturan dan jadual tersebut supaya segala aktiviti yang direncana dapat dijalankan dengan lancar. Oleh itu, kita akan menjadi lebih berdisiplin apabila terlibat dengan kegiatan kokurikulum.

Tambahan pula, kegiatan kokurikulum akan mengukuhkan lagi perpaduan. Setiap persatuan dan kelab tentunya disertai oleh ramai ahli serta terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain. Dalam aktiviti yang dijalankan, semua ahli akan berkumpul dan bertukar-tukar pendapat. Dengan ini akan mengeratkan hubungan sesama mereka dan seterusnya akan mewujudkan perpaduan antara kaum.

Akhir sekali, badan kita akan menjadi sihat apabila menyertai kegiatan kokurikulum seperti menyertai pertandingan bola sepak dan sebagainya. Untuk menang dalam pertandingan yang disertai, kita akan menjalani latihan. Dengan latihan itu, badan kita akan mengeluarkan peluh. Ini tentu akan menjadikan kita cergas, sihat, kuat dan tidak akan mudah dijangkiti penyakit.

Kesempatan ini juga saya ambil untuk menyatakan bahawa MBM bersedia menawarkan penyertaan kepada para pelajar SMK Cochrane menjadi ahli Malaysian Youth Community Volunteer (MyVOC) yang diyakini mampu melahirkan golongan pelajar yang mempunyai sahsiah dan akhlak terpuji. Pendekatan “cool and catchy” yang diamalkan oleh MBM dalam mendekati anak muda akan dilakukan tanpa meninggalkan nilai-nilai murni yang wajib ada dalam setiap gerakannya.- Rizan Hassan.





#MyVOC BANTU KELANCARAN PERHIMPUNAN AMAN SELAMATKAN PALESTIN

” Hari ini Majlis Belia Malaysia tampil untuk menyokong perjuangan 40 NGO dari seluruh Malaysia untuk mengutuk kekejaman Zionis dan Israel atas penindasan mereka terhadap Masjid Al-Aqsa,” ujar saudara Rizan Hassan, Ketua Penerangan Majlis Belia Malaysia (MBM).

“Kita melihat perhimpunan ini bukanlah bersifat politik tetapi lebih bersifat kemanusiaan. MBM atas dasar kemanusiaan telah menggerakkan ahli-ahli kita pada hari ini bukan saja untuk bersama-sama NGO yang berteraskan agama Islam tetapi NGO yang berasaskan kaum India dan Cina bagi menyuarakan ketegasan bantahan kita kepada Amerika,” kata beliau lagi.





Sebagai Salah seorang daripada saf kepimpinan MBM, beliau turut dipertanggungjawabkan bersama-sama membawa sukarelawan Belia MyVOC untuk mengagihkan makanan dan minuman untuk peserta-peserta himpunan tadi.

Mereka ialah Sukarelawan Malaysian Youth Volunteer Community (MyVOC) yang hadir dengan cara tersendiri bagi menyatakan sokongan kepada himpunan aman itu. Mereka turut mengutip sampah-sarap dan membersihkan kawasan sekitar selepas orang ramai bersurai.

Sukarelawan Belia MyVOC juga membantu mengedarkan kira – kira 1000 botol air mineral dan 500 bungkus roti sosej yang diagihkan kepada peserta himpunan terdiri dari mahasiswa, ahli-ahli NGO dan orang ramai.

Sukarelawan yang bersama-sama pada hari ini adalah dari Majlis Belia Orang Asli tampil membantu kerja-kerja sukarelaan dari segi mengedar makanan dan minuman serta memastikan tempat himpunan bebas daripada sampah sarap yang boleh menyebabkan berlaku gangguan kepada anggota masyarakat dan mengelakkan imej buruk kepada Negara.

Merujuk kepada pelbagai parti politik dan NGO yang menyertai himpunan hari ini, saudara Rizan berpendapat semua bersatu dalam menyantuni isu Palestin dan lebih unik lagi, 40 NGO berteraskan anak muda di Malaysia tampil pada hari ini dengan sokongan yang jitu terhadap permasalahan Palestin.

Bagi MBM pula, apabila kita bercakap tentang kemanusiaan, ia mengatasi segala-galanya dari warna kulit, bangsa, agama dan fahaman politik,” sambung beliau lagi.

‘Perkara ini menunjukkan kematangan rakyat Malaysia dalam menyuarakan kemarahan mereka dalam isu-isu yang bersangkutan hak asasi sejagat,”tambah saudara Rizan lagi.

Beliau turut menambah, MyVOC adalah sebuah pasukan kesukarelaan yang berteraskan kemahiran, kemanusiaan dan kepakaran. Jadi kehadiran MyVOC pada hari ini sebenarnya adalah lebih untuk menunjukkan contoh nilai-nilai murni rakyat Malaysia apabila mereka berhimpun.

MyVOC menunjukkan contoh kepada kerajaan dan rakyat Malaysia bahawa himpunan yang diadakan pada hari ini adalah aman dan kemarahan rakyat terhadap sesuatu isu dapat dizahirkan secara baik,” tambah beliau lagi.

Friday, 2 October 2015

#MyVOC BANTU TAMBAH BAIK PREMIS MAAHAD TARBIAH POKOK SENA

Maahad Tarbiah Islamiah Derang menarik nafas lega apabila terpilih untuk progam menambah baik sistem pendawaian elektrik di premis-premis pusat pengajian Islam itu yang dikhuatiri kurang selamat untuk dihuni sebelum ini.

Penolong Pendaftar Maahad, Ustaz Zul Azri Mohd Sani menzahirkan rasa syukur dengan khidmat sukarelawan yang terdiri dari anak-anak muda yang dibawa khas dari Pusat Giat Mara Pokok Sena yang melakukan sistem pendawaian semula telah dilakukan di dua blok asrama perempuan di maahad berkenaan.

“Alhamdulillah, syukurlah pada Allah SWT dengan khidmat sukarela yang diberikan. Kami amat berterima kasih atas bantuan yang dianjurkan oleh Majlis Belia Malaysia (MBM), Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Giat Mara dan semua pihak yang terlibat,” katanya kepada Kedahnews.com di sini, hari ini.

Katanya, bantuan sukarela yang dianjurkan MBM telah membuka mata kepada pihaknya tentang betapa pentingnya pendawaian elektrik yang membabitkan keselamatan dan ancaman yang terpaksa dihadapi sekiranya diabaikan.

Ustaz Zul Azri menjelaskan bahawa dua blok asrama pelajar perempuan yang terbabit dengan pendawaian semula itu adalah merupakan premis lama maahad yang sememangnya perlu penambahbaikan.

Mengulas mengenai sistem pendawaian di blok asrama tersebut, Zulkifli Ahmad yang merupakan tenaga pengajar yang memantau program pendawaian semula itu mengatakan bahawa sistem lama itu tidak selamat untuk digunakan dan perlu dilakukan semula dengan sistem pendawaian yang lebih sistematik.

“Selepas kami periksa, memang agak kurang selamat. Jadi kami buatkan yang baru dan lebih selamat untuk maahad ini,” katanya lagi.

Zulkifli menjelaskan bahawa pihaknya membawa 18 orang sukarelawan yang terdiri dari para pelajar dari Pusat Giat Mara Pokok Sena untuk melakukan pendawaian semula di maahad berkenaan dan beliau sendiri memantau aktiviti pemasangan tersebut.

“Bukan saja beri pengalaman yang praktikal pada pelajar, malah dengan program ini dapat memberi kesedaran kepada mereka tentang rasa tanggungjawab melakukan kerja-kerja amal kepada masyarakat umum,” jelas beliau.

Menurut Presiden MBM Negeri Kedah, Mohd Aizad Roslan, pihaknya akan meneruskan program-program sukarelawan sedemikian di pondok-pondok dan sekolah agama rakyat yang dikenal pasti memerlukan pendawaian semula.

“InshaAllah kami akan usahakan untuk meneruskan program macam ni di pondok-pondok atau sekolah agama rakyat yang memerlukan pendawaian semula di Kedah,” katanya yang turut berterima kasih kepada KBS atas kerjasama baik yang dihulurkan.

MBM dan KBS menganjurkan Konvoi Sukarelawan Merdeka MYVOC Sehati Sejiwa dengan kerjasama MBM Negeri Kedah melakukan program pendawaian semula di Maahad Tarbiah Islamiah Derang di Pokok Sena sejak 28 September lalu dan dijangka berakhir 2 Oktober. -Kedahnews.com





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...