Pages

Tuesday, 18 August 2015

PERTEMUAN BINCANG KERAJAAN PERPADUAN UMNO DAN PAS TERLAKSANA

Satu pertemuan dikatakan telah diadakan bagi menjalinkan "kerjasama" antara UMNO dan PAS yang dipercayai menghidupkan semula rancangan  Kerajaan Perpaduan UMNO PAS.

Menurut sumber, pertemuan tersebut dilakukan oleh tokoh-tokoh kepercayaan parti UMNO dan PAS dan dilaporkan mendapat restu daripada kepimpinan tertinggi parti-parti tersebut. Malah, usaha ini telah pun berjalan setelah semua golongan "Anwarinas" dan talibarut parti DAP telah tersingkir dalam pemilihan Muktamar PAS yang lepas.

"Golongan Anwarinas dan talibarut DAP dalam PAS adalah penghalang besar dalam perpaduan umat Islam", tambah sumber.

Walaupun Kerajaan Perpaduan yang dirancang sebelum ini dilihat gagal, namun kedua-dua pemimpin tertinggi parti-parti tersebut masih tidak menutup pintu rundingan demi penyatuan dan perpaduan umat Islam di Malaysia.

Kenyataan-kenyataan positif pemimpin PAS sejak kebelakangan ini yang memihak kepada kerajaan mengenai isu 1MDB dan usul undi tidak percaya jelas menunjukkan parti itu mahu mewujudkan hubungan baik dengan UMNO. Malah Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pernah mendedahkan amanat terakhir bekas mursyidul Am PAS Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat yang mahu anggota parti itu mewujudkan hubungan baik dengan UMNO.

Bagaimanapun, sumber tidak memaklumkan lokasi dan butiran lanjut pertemuan itu.

Monday, 10 August 2015

PESERTA UK MAMPU JADI IDOLA BAHASA MELAYU DI PERSADA ANTARABANGSA

Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2015 (PABM) telah melabuhkan tirai pada Sabtu lalu memperlihatkan agenda memperkukuhkan kedudukan dan martabat Bahasa Melayu di peringkat antarabangsa mampu direalisasikan. Rakyat Malaysia harus rasa bangga terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu yang telah menyerantau ke seluruh pelosok dunia. 

Penyertaan pada tahun ini memperlihatkan wakil negara yang mengambil bahagian telah meliputi semua enam benua. Pidato ini bertemakan “Pengantarabangsaan Bahasa Melayu”, adalah satu acara tahunan pidato Bahasa Melayu yang terulung yang bermatlamat untuk memartabatkan citra dan kedaulatan bahasa Melayu di persada dunia.

PABM dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan; Kementerian Pelancongan manakala AG Bestari Events Sdn Bhd dilantik selaku pengurus acara dan bertindak sebagai Sekretariat PABM. Kabinet Malaysia dalam mesyuaratnya pada tahun 2008 telah bersetuju untuk memberikan penarafan “Projek Nasional” kepada PABM bersesuaian dengan prestijnya sebagai satu-satunya acara pidato bahasa Melayu yang terulung di dunia.

Joshua Parfitt dari United Kingdom dinobatkan sebagai juara kategori antarabangsa pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2015 yang berakhir pada 8 Ogos yang lalu.

Sementara itu, Emma Cecilia Roberts dari Australia pula, terpaksa berpuas hati dengan gelaran naib johan manakala Wyatt Evan Gordon dari Amerika Syarikat di tempat ketiga.

Keputusan tersebut sekali gus menunjukkan pemidato berkulit putih memonopoli kategori antarabangsa PABM 2015 sementara peserta dari Asia dan Afrika gagal memasuki pertandingan akhir.

Johan bagi setiap kategori menerima hadiah wang tunai AS$7,000 (RM27,500), Piala Perdana Menteri, piala iringan, hadiah sampingan dan sijil manakala naib johan membawa pulang hadiah wang tunai AS$5,000 (RM19,600). Pemenang tempat ketiga pula membawa pulang AS$3,000 (RM11,700).

Hadiah telah disampaikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh dengan diiringi timbalannya, Datuk Mary Yap Kain Ching.

Sementara itu, Mohd. Akmal Aizat Umar dari Malaysia muncul juara dalam kategori Alam Melayu menumpaskan rakan senegara, Then Siaw Lian (naib johan) dan Awabeen Samsuding dari Thailand (tempat ketiga).

Dalam kategori pelajar asing Malaysia pula, Mahmoud Abdel Fattah Ibrahim Essa dari Mesir muncul juara, Waleed Basil Mohammed Ali dari Iraq (naib johan) dan Maher G.M. Abdolrasol dari Libya (tempat ketiga).

Friday, 7 August 2015

INDIVIDU YANG MEMFITNAH MENTERI PENGAJIAN TINGGI DIKENALPASTI

Baru-baru ini Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Seri Idris Jusoh telah difitnah dalam sebuah blog dalam artikel bertajuk " "Jangan hantar anak ke sekolah kerajaan jika tak suka kerajaan Barisan Nasional". Tindakan tidak bertanggungjawab pemilik blog ini amatlah memalukan kerana tindakan tersebut telah menjadi viral dan mendatangkan persepsi negatif kepada kerajaan. Setelah semakan dibuat didapati pemilik blog ini bernama Hana Mastura dan beliau telah menukar tajuk artikel kepada "Hantar Anak Keluar Negara Jika Tak Suka Sistem Malaysia".


Dalam masa yang sama dipercayai bahawa Hana Mastura juga merupakan pengendali blog cikgumerah.blogspot.com.

Sebelum ini beliau juga pernah dikritik pembaca kerana menyiar satu artikel yang mampu mendatang aib kepada seorang wanita. Pengkritik tersebut adalah suami wanita yang diaibkan oleh blogger ini.

Mungkin keinginan beliau mendapat pembaca yang ramai kepada artikel beliau namun tanggungjawab sosial juga penting bagi memelihara keharmonian sesama manusia.

KENYATAAN MEDIA

YB DATO' SERI IDRIS JUSOH 
MENTERI PENDIDIKAN TINGGI

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera,

Saya mendapat makluman mengenai satu portal menyiarkan kenyataan saya yang telah diputarbelitkan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab. Ingin saya membuat beberapa penjelasan dan penafian bahawa:

1) Kenyataan yang disiarkan dalam blog dan beberapa website berbunyi "Jangan hantar anak ke sekolah kerajaan jika tak suka kerajaan Barisan Nasional".

Hal ini amat berlawanan dengan kenyataan saya yang asal iaitu:

"Kalau ada yang mengatakan bahawa sistem tak baik dan nak hantar anak ke luar negara kita tak halang, tapi saya akan pastikan sistem pendidikan kita bertambah baik".

2) Kenyataan yang diputarbelitkan itu adalah bertujuan untuk mencalarkan nama saya, Kementerian Pendidikan Malaysia (pada masa itu) serta Kerajaan Malaysia.

3) Kenyataan yang disiarkan blog tersebut telah tersebar dalam media sosial dan portal MalaysianInsider yang telah memulakan putar belit tersebut (dan kemudiannya ditukar) pada September 2013. Saya tidak pernah membuat kenyataan itu dalam masa terdekat ini.

Saya harap penjelasan serta penafian ini cukup jelas bahawa saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan yang bersentimen sedemikian rupa. Diharapkan rakyat Malaysia tidak terpedaya dengan cerita-cerita sedemikian.

Dato Seri Idris Jusoh
Menteri Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Tinggi
6 Ogos 2015

KAUM CINA PERTAMA WAKILI NEGARA KE PENTAS AKHIR PABM

Wakil negara dalam pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2015, Then Siaw Lian dan Mohd. Akmal Aizat Umar berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir selepas muncul antara tiga peserta terbaik dalam kategori Alam Melayu pada peringkat separuh akhir semalam.

Lebih manis, Siaw Lian yang berasal dari Kota Samarahan, Sarawak mencatat sejarah tersendiri apabila muncul sebagai peserta bukan Me­layu pertama mewakili negara yang layak ke peringkat akhir pertandi­ngan pidato berprestij itu.

Pada peringkat separuh akhir, Siaw Lian menyampaikan pidato bertajuk Makna Sebuah Perpaduan manakala Mohd. Akmal Izzat memilih tajuk Sengsara Dunia: Di Mana Silapnya?

Dua wakil negara itu bakal dibe­rikan saingan hebat oleh wakil Thailand, Awabeen Samsuding yang tu­rut melepasi halangan di peringkat separuh akhir menerusi pidato bertajuk Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh.

Kategori Antarabangsa pula me­nyaksikan pertandingan tiga penjuru antara wakil Australia, Emma Cecilia Roberts; wakil Amerika Syarikat (AS), Wyatt Evan Gordon dan pemidato United Kingdom, Joshua Parfitt.

Kategori Pelajar Antarabangsa di Malaysia (PAM) pula bakal menampilkan persaingan antara Mah­moud Abdel Fattah Ibrahim Essa dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), pemidato Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Maher G.M Abdolrasol dan wakil Universiti Putra Malaysia (UPM), Waleed Basil Mohammed Ali.

PABM 2015 yang berlangsung selama lima hari bermula kelmarin disertai 71 peserta dari serata dunia dalam tiga kategori iaitu Alam Me­layu, Antarabangsa dan PAM.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka menghadiri pertandingan akhir PABM 2015 yang akan berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Sabtu ini. 

Utusan

SPRM BUKA SEMULA SIASATAN TEOH BENG HOCK

Drama sokongan pembangkang terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ekoran siasatan SPRM terhadap SRC International yang dikaitkan dengan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Sudah menjadi resmi pembangkang akan mengambil kesempatan dan ruang yang menguntungkan mereka. 

Malah, pembangkang sendiri khususnya Lim Kit Siang telah mengampunkan dosa SPRM terhadap pembangkang ekoran kes kematian Teoh Beng Hock dan  telah mengakui kes tersebut adalah sebagai kes bunuh diri.

Untuk rekod, mendiang Teoh Beng Hock adalah Setiausaha Politik kepada YB Ean Yong Hian Wah, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan salah guna peruntukan kerajaan negeri Selangor.

Kes tersebut menjadi lebih panas apabila bekas Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong mendakwa bahawa pejabat salah seorang ahli EXCO kerajaan negeri Selangor digunakan untuk tujuan perniagaan ahli-ahli kongsi gelap.

Setelah sekian lama kes kematian Teoh Beng Hock diperjuangkan oleh pembangkang mendesak pegawai SPRM disiasat hingga satu prosiding inkeus dijalankan dan dibicarakan sampai ke peringkat Mahkamah Rayuan. Malah, Pakar Forensik Thailand, Dr Pornthip Rojasunan diimpot kerana pembangkang tidak langsung mempercayai pakar forensik dalam negara dengan alasan "bias" kepada SPRM dan kerajaan. Kerajaan telah membayar ganti rugi RM600,000 kepada keluarga mendiang Teoh Beng Hock sebagai penyelesaian dalam saman kecuaian yang difailkan oleh keluarga terhadap kerajaan dan 13 yang lain ke atas kematian Teoh Beng Hock.

Pembangkang juga pernah mendesak untuk diadakan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kematian Teoh Beng Hock. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan menuduh SPRM menindas ahli-ahli politik pembangkang terutama sekali ahli-ahli DAP kerana usaha ini berbau politik dan tidak menegakkan keadilan mahu pun membenteras rasuah.

Ahli Parlimen DAP, Gobind Singh Deo juga menuduh pegawai SPRM merupakan suspek utama dalam kes kematian pembantu politik DAP dan mendakwa pegawai-pegawai SPRM bercakap bohong semasa pembelaan terhadap keluarga Teoh Beng Hock di Mahkamah Rayuan. Malah beliau pegawai berkenaan telah menggunakan kekerasan terhadap Beng Hock sebelum ditemui mati pada 16 Julai, 2009.

Dalam satu kenyataan bertulis Mahkamah, Gobind Sing Deo mendakwa,

"Terdapat cukup alasan untuk Koroner mencapai keputusan bahawa kematian adalah secara pembunuhan atau oleh orang yang hadir di pejabat SPRM, tempat si mati ditahan semalaman,"

Drama dan lakonan pembangkang tidak berakhir dengan agensi penguatkuasa seperti SPRM, malah akan berlaku dimana-mana agensi kerajaan yang akan menguntungkan politik mereka.

Memandangkan pembangkang telah menerima dan mengakui bahawa kematian Teoh Beng Hock sebagai kes bunuh diri dan telah memaafkan dosa-dosa SPRM terhadap mereka maka rakyat mendesak supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka semula kes salah guna peruntukan kerajaan negeri Selangor tersebut yang dikaitkan ADUN dan EXCO DAP Selangor Ean Yong Hian Wah yang juga dikaitkan dengan kegiatan kongsi gelap. Kematian saksi utama bukanlah halangan untuk meneruskan siasatan sebenar. Jika benar keputusan SPRM tidak berpihak maka tunjukkan kepada rakyat sejauhmana kebenarannya demi slogan SPRM, "Amanah, Tegas dan Adil". DAN jangan lupa memulangkan semula duit rakyat berjumlah RM600,000 yang telah dibayar kepada keluarga mendiang.

Semoga Solat Hajat yang dilakukan oleh SPRM baru-baru ini akan membuka mata hati mereka yang mahu beriman kepada Allah S.W.T dan bukan kepada DAP, PKR dan GHB.

Tuesday, 4 August 2015

DAP TERIMA DANA POLITIK DARIPADA GEORGE SOROS?

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tidak menafikan dakwaan partinya menerima dana politik daripada, George Soros dan beliau sekadar ketawa dan merasa ia hanya membuang masa untuk dilayan dengan memberi jawapan apabila diajukan pertanyaan oleh media tentang dakwaan tersebut.

Baru-baru ini Datuk Abdul Rahman Dahlan, Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional mendakwa Parti DAP telah menerima sumbangan dana politik daripada pedagang mata wang antarabangsa, George Soros.

Rahman juga mendakwa yang parti-parti pembangkang telah menerima sumbangan dana daripada sebuah organisasi yang berpusat di Amerika syarikat iaitu National Endowment for Democracy (NED).

Apa yang menghairankan apabila pemimpin DAP seperti Tony Pua dan Lim Kit Siang kelihatan hipokrit dalam mendesak Dato’ Seri Najib Tun Razak mendedahkan sumber pembiayaan politik bagi BN dan UMNO, sedangkan pembangkang menentang cadangan supaya sumber dana setiap parti politik diisytiharkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Jumlah sumber kewangan pembangkang yang mengalir masuk bagi membiayai kepentingan politik pembangkang didakwa bernilai puluhan billion ringgit dan sumber terbesar sumber kewangan tersebut adalah daripada luar negara.

Kemampuan Parti DAP memiliki ibu pejabat parti bernilai jutaan ringgit di Pulau Pinang dalam tempoh dua tahun Lim Guan Eng menjadi Ketua Menteri juga menjadi tanda tanya dari manakah sumber kewangan mereka. Malah kemampuan pembangkang mengeluarkan bajet yang besar pada pilihan raya kecil dan menggerakkan jentera pilihan raya secara besar-besaran menjadi persoalan jika tidak melalui dana politik yang besar.

Monday, 3 August 2015

PIDATO BAHASA MELAYU JADI PLATFORM KERJAYA PROFESSIONAL

Rata-rata peserta Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2015 mengakui penglibatan mereka dalam pertandingan tersebut menjadi batu loncatan untuk menyertai bidang kerjaya profesional kelak.

Peserta dari Rusia, Pavel Naidenov, 19, berkata, pertandingan itu juga bakal menjadi platform untuk melihat kemampuan dirinya dalam menguasai bahasa Melayu selepas dua tahun mempelajari bahasa tersebut di Moscow State University.

Katanya, minat mempelajari bahasa asing telah dipupuk oleh ibu dan ayahnya sejak di bangku sekolah malah selain bahasa Melayu, dia turut menguasai bahasa Inggeris dan bahasa Perancis dengan baik.

“Walaupun agak sukar untuk saya menguasai bahasa Melayu kerana lenggok bahasa ini lebih lembut berbanding bahasa lain namun saya akan berusaha me­lakukan terbaik dalam pertan­dingan pidato Selasa nanti.

“Sekiranya saya menang, sekurang-kurangnya ia dapat memberi nilai tambah untuk saya menjadi diplomat di mana-mana kementerian di negara saya satu hari nanti,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

PABM akan bermula Selasa ini melibatkan seramai 71 peserta dari seluruh dunia bagi menunjukkan kemampuan bangsa asing menguasai bahasa Melayu dengan baik.

Terdapat tiga kategori dipertandingkan iaitu Antarabangsa, Alam Melayu dan Peserta Antarabangsa di Malaysia dengan melibatkan 27 juri dari pelbagai agensi antaranya pegawai Institut Integriti Malaysia (IIM) dan Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia (Madum).

Sementara itu, peserta Belgium, Egide Van Der Heide, 24, berkata, bahasa Melayu tidak begitu sukar untuk dirinya kerana proses pembelajaran bagi penulisan dan pertuturan bahasa tersebut tidak jauh berbeza.

“Cabaran utama dalam menguasai bahasa Melayu adalah perbezaan antara bahasa negara ini dengan Indonesia, ada yang sama dan ada juga yang jauh berbeza misalnya perkataan susah juga turut disebut sukar atau sulit.

“Jadi saya perlu berfikir terlebih dahulu mengenai penggunaan perkataan sebelum bertutur kerana bimbang menjadi kebiasaan sehingga menjejaskan cara penyampaian pidato saya nanti,” katanya yang bercita-cita menjadi wartawan politik.

Dalam pada itu, Akramov Shukhrat, 29, dari Tajikistan pula berharap mampu meraih sebarang tempat dalam penyertaannya kali kedua selepas hanya memperoleh hadiah saguhati pada tahun lalu.

“Saya sebenarnya takut dan risau dengan tahap penguasaan bahasa Melayu saya ketika ini kerana telah hampir tiga tahun menamatkan pengajian bahasa di Universiti Telkom, Indonesia.

Sumber : Utusan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...