Pages

Monday, 25 May 2015

#FBP2015 : APABILA KHAIRY DUDUK SEPENTAS DENGAN SEARCH

Persembahan kumpulan lagenda rock tanah air ,  di pentas utama malam tadi sememangnya hebat dan bertenaga serta memukau hampir 10 ribu pengunjung yang hadir di Festival Belia 2015.


6 buah lagu yang dinyanyikan ternyata menarik perhatian pengunjung yang dilihat bernyanyi bersama-sama kumpulan yang dianggotai oleh, Din , Kid, Nasir, Yazid dan Amy.

Antara lagu yang memukau pengunjung di pentas utama ialah,Isi dan Kulit, Pawana , Isabella ,Pelesit Kota, Fantasia Bulan Madu, dan Satu Bangsa dan Satu Arah.

Turut mencuri tumpuan ialah kemunculan Menteri Belia dan Sukan YB Khairy Jamaluddin diatas pentas utama.

Rata-rata pengunjung yang hadir memberi maklum balas yang positif tentang konsert serta pengisian Festival Belia kali ini .

Festival Belia Putrajaya berakhir malam tadi, dengan kehadiran ratusan ribu pengunjung sejak Khamis lalu. Pelbagai aktiviti disusun bagi memastikan ianya mengikut kesesuaian dan citarasa anak muda hari ini.

4 zon diwujudkan dengan tema “Showcase Of Talent”, dimana ianya dipecahkan mengikut konsep Rakan Muda yang telah dijenamakan semula mulai tahun ini.

Terima kasih kepada mereka yang hadir dan semua yang terlibat tahun sama ada secara langsung dan tidak langsung, jumpa lagi tahun hadapan.

Credit : orangmuda.tv

Sunday, 24 May 2015

#FBP2015 : HANYA TANGKAP GAMBAR DAPAT RM10K


Memang menarik! Hari-hari terakhir Festival Belia Putrajaya 2015 diserikan dengan penyampaian hadiah bernilai RM30,000 kepada pemenang-pemenang MBM Poto Endurance 2015 yang berjalan selama 2 hari bermula semalam.



Pertandingan yang dianjurkan oleh Majlis Belia Malaysia (MBM) itu telah mendapat sambutan luar biasa daripada peminat-peminat fotografi tanahair yang menawarkan hadiah pertama RM10,000, kedua RM6,000 dan ketiga RM3,000. Sementara itu 30 hadiah saguhati juga disediakan oleh pihak penganjur.


Pada majlis penyampaian hadiah yang disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Datuk Hajah Hatipah Ibrahim, kumpulan Sailang merangkul kejuaraan mengalahkan peserta-peserta yang lain. Turut hadir sama Presiden Majlis Belia Malaysia Saudara Muaamar Gadaffi dan CEO Festival Belia Putrajaya 2015, En. Nor Azli Mohamad Daud.


Sebelum itu, Datuk Hajah Hatipah Ibrahim menyempurnakan penyampaian hadiah bagi Pertandingan Autoshow di Zon Auto City Festival Belia Putrajaya 2015.

#FBP2015 : NASIB MENYEBELAHI KELANTAN #KBSCUP2015

Pasukan bolasepak Perak pulang dengan hampa apabila kemenangan berpihak kepada Kelantan di dalam merebut Juara KBS CUP 2015 yang berlangsung selama 2 hari di Festival Putrajaya 2015.


Kejohanan yang berlangsung di Stadium Pancarona Presint 18 Putrajaya berakhir petang tadi apabila pasukan Kelantan A berjaya menewaskan pasukan Perak A dalam perlawanan akhir yang penuh dramatik. Kedudukan seri 1-1 setelah tamat perlawanan menyaksikan sepakan penalti yang juga berkesudahan seri 9-9 dan memaksa pengadil membuat keputusan untuk masa tambahan penalti dengan "sudden death" yang menyaksikan pasukan Kelantan A berjaya memenangi aksi penentuan berkenaan dengan jaringan 1-0.


Juara membawa pulang trofi dan wang tunai RM5,000 manakala naib juara membawa pulang wang tunai RM3,000.

Sementara itu, pemain penyerang Kelantan A, Sanusi Sabhi berjaya merangkul hadiah pemain terbaik kejohanan.

Kesemua hadiah disampaikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Datuk Hajah Hatipah Ibrahim yang juga turut aksi perlawanan akhir itu.

#FBP2015 : PANGLIMA ATM KENA BENAM

Mungkin anda terkejut apabila Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Dato' Sri Zulkifeli Mohd Zin diperlakukan sebegini. Tapi sebenarnya Panglima ATM tersebut mencuba "Massage Chair" di booth IKBN di Puncak KBS Festival Belia Putrajaya 2015 semasa Walkabout beliau diiringi Datuk Jamil bin Salleh, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan serta Encik Nor Azli bin Mohamad Daud, CEO Festival Belia Putrajaya 2015.



Jeneral Tan Sri Dato' Sri Zulkifeli Mohd Zin tidak melepaskan peluang untuk melihat  dan merasai kemeriahan festival yang sedang berlangung di Putrajaya.


Pameran yang melibatkan seluruh IKBN seluruh negara mempamerkan bakat kemahiran pelajar mengikut IKBN masing-masing. 




Sebelum itu beliau meninjau pertunjukkan 4x4 tapak Putrajaya Redah 4x4 yang sedang berlangsung. Beliau sungguh teruja dengan persembahan yang ditunjukkan peserta.




Beliau juga turut singgah di Youth Tourism yang menampilkan kreativiti dan bakat belia seluruh negara ASEAN. Beliau juga sempat meramah mesra dengan peserta-peserta luar negara yang terlibat dan teruja dengan kreativiti dan bakat kesungguhan mereka tunjukkan.

Ja

#FBP2015 : KETUKAN DI TENGAH MALAM @festivalbelia15

Persembahan pada malam minggu di Festival Belia Putrajaya 2015 diserikan dengan permainan percussion oleh Kumpulan Voice of Percussion. Persembahan yang mendapat perhatian pengunjung itu disajikan bersama gerakan tari yang mengasyikkan dan mendapat tepukan gemuruh.


Sementara itu di Zon Timur berlangsung "OneSilat Championship" yang menampilkan pesilat-pesilat antarabangsa beradu tenaga merebut gelaran juara. Menteri Belia dan Sukan sempat melapangkan masa menyampaikan hadiah pemenang pada malam tadi.




Turut hadir sama Tan Sri Dr. Rais Yatim dan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Jamil Salleh



Masih ada acara dan persembahan yang menarik menanti pengunjung di hari Ahad iaitu hari akhir festival. Jom kita meriahkan.

Saturday, 23 May 2015

#FBP2015 : VIDEO PESANAN ANUAR ZAIN KEPADA PEMINAT @festivalbelia15

Pentas utama Festival Belia Putrajaya 2015 pasti menjadi lebih hangat dan menjadi tumpuan utama pengunjung malam ini. Seorang artis tanah air popular, Anuar Zain penyanyi yang mempunyai suara lunak dan merdu ini yang  mempunyai peminat dari setiap lapisan masyarakat, umur dan juga bangsa akan membuat persembahan jam 10.00 malam ini.

Ikuti pesanan Anuar Zain kepada peminat-peminatnya;


Selain daripada Anuar Zain, pengunjung juga dihiburkan dengan artis tempatan di pentas utama bermula dari jam 3 petang tadi, daripada kumpulan Salam Musik diikuti Alif Satar,Noh Salleh, Najwa Mahaiddin,Bunkface dan penyanyi yang popular dengan lagu Matahari, Hafiz.


Sementara itu, persembahan pentas  di Zon Timur dimeriahkan dengan persembahan Stompers daripada pelajar-pelajar Kolej Komuniti Perak dan Selangor seramai 30 orang. Persembahan menarik tersebut mendapat tepukan gemuruh pengunjung yang mana julung-julung kali dipersembahkan di festival ini.

Jangan ketinggalan. Masih banyak acara yang menarik untuk dikunjungi sehingga esok.

#FBP2015 ; APA ADA #PEKANFRINJAN @festivalbelia15

Apa ada di Pekan Frinjan? Apa yang menarik dengan Pekan Frinjan ini yang salah satu segmen di Festival Belia Putrajaya 2015 yang berada di Zon Selatan?


Pekan Frinjan adalah salah satu inisiatif kelompok Frinjan bertujuan untuk membudayakan masyarakat. Ini dilakukan dengan membawa pelbagai aktiviti seni dan kebudayaan terus kepada masyarakat umum, khususnya di media dan jalanan.


Dengan mempersembahkan seni dan budaya dalam bentuk “pop”, diharapkan masyarakat akan terus mahu mendekati bahan berteraskan intelektualisme. Ini penting dalam membentuk sebuah negara dan persekitaran bertamadun yang tidak hanya mementingkan pembangunan ekonomi semata-mata.

Frinjan berpendirian untuk memanfaatkan seni sebagai medium untuk menarik perhatian masyarakat terhadap isu-isu sosial politik yang berlaku dan bekerjasama dengan badan bukan kerajaan, komuniti seni dan institusi pendidikan untuk memanafaatkan seni sebagai medium pemerkasaan anak-anak muda untuk mendepani pemasalahan.

Acara Frinjan memberi peluang kepada pengunjung yang mahu mengekspresikan diri mereka di pentas Frinjan tanpa ada batas politik, sosial, darjat mahupun ras.Ingin mengetahui lebih lanjut tentang Pekan Frinjan ini, jom ke Festival Belia Putrajaya 2015.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...