Pages

Monday, 12 January 2015

VIDEO : TABIK SPRING KAT GADIS MANIS INI

APA NAK BUAT LAGI? APA NAK BUAT LAGI? 

Itulah semangat sukarelawan Program Pasca Banjir Rakan Muda anjuran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia baru-baru ini di Lambor Kanan Perak dalam misi membantu mangsa banjir. Semangat yang ditunjukkan oleh sukarelawan adalah tinggi, walaupun penat namun tidak jemu menghulurkan tenaga dan kudrat demi meringankan bebanan mangsa banjir.

Program ini adalah sebahagian antara Program Misi Belia Prihatin KBS-MBM 2015 dimana 10,500 sukarelawan telah digerakkan membantu pasca banjir yang melibatkan 8 buah kawasan yang dilanda banjir di Perak. Menurut  Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Dato' Harun bin Che Su, KBS sentiasa komited dan konsisten dalam menggerakkan sukarelawan jika diperlukan. Beliau terharu dengan semangat sukarelawan yang tinggi dalam merealisasikan misi ini. Tahniah dan syabas kepada sukarelawan.





Sunday, 11 January 2015

YA ALLAH! SEGALANYA LENYAP #Banjir2014

Apabila anda terpandang mungkin menitis air mata ketika melihat kemusnahan tempat berteduh dan harta benda sudah hilang yang hanyut dibawa banjir. Keadaan ini menyentuh perasaan pasukan Misi Belia Prihatin KBS-MBM yang diketuai sendiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Belia Dan Sukan Datuk Jamil Salleh yang melihat sendiri kesan bencana banjir di Temerloh, Pahang tempohari.

Hampir 200 sukarelawan Misi Belia Prihatin KBS-MBM 2015 Negeri Pahang menyumbangkan tenaga dan keringat  membersihkan Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh, Pahang yang diharap mampu memberi sedikit kelegaan kepada pihak sekolah yang akan dibuka menjelang Isnin ini.

Walaupun menghadapi kesukaran kerana tiada bekalan elektrik dan air masih terputus, ialahnya tidak menjadi halangan kepada sukarelawan memandangkan pihak MBM membawa set generator dan motor air berkuasa tinggi (water pressure gun) bagi memudahkan kerja-kerja pembersihan lumpur yang melekat di lantai sekolah.

Para Sukarelawan turut membantu membersihkan Tadika Kampung Tengah, Temerloh yang turut terjejas teruk banjir kali ini.



Turut hadir dalam misi KBS-MBM Prihatin Negeri Pahang ini ialah Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Datuk Hajah Hatipah Ibrahim, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang, Dato’ Haji Kamarulzaman Mansor, Setiausaha Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, Nik Abd Kadir n Nik Mohamad, Setiausaha bahagian pengurusan Sumber Manusia, Mazlan Abd. Mutalib, serta Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh, Mohd Jamri Mohd Lela.



Credit bahan dan sumber gambar : SINI dan SINI

Saturday, 10 January 2015

LAMBOR KANAN DISERBU!! #Banjir2014

Mukim Lambor sekali lagi diserbu sukarelawan bagi memberikan khidmat bantu tanpa henti kepada mangsa banjir memandangkan Mukim Lambor merupakan kawasan yang terjejas teruk akibat banjir dalam Daerah Perak Tengah. Kali ini melibatkan keseluruhan Parlimen Parit dalam Program Pasca Banjir Rakan Muda anjuran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia antara sebahagian Program Misi Belia Prihatin KBS-MBM 2015.





Program gotong royong perdana berlangsung pada Sabtu 10 Januari 2015 yang bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang itu disertai seramai 1706 orang sukarelawan yang terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan, swasta dan NGO.


Program ini turut dihadiri oleh YB Dato Nasaruddin bin Hashim, ADUN Bota, merangkap Timbalan Speaker DUN Perak, YB Drs. Mohd Nizar bin Zakaria, ADUN Belanja, merangkap Exco Pendidikan Islam, Keusahawanan dan Koperasi Negeri Perak.

Turut bersama pada program tersebut ialah Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Dato' Harun bin Che Su, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Rakan Muda KBS, YM Engku Azmi, En. Nor Azli Daud, CEO Festival Belia Putrajaya dan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak, En. Azhari bin Mohamad.

Dalam program ini juga, Dato' Harun turut menyampaikan sedikit bantuan berupa pakaian sekolah kepada pelajar dan keperluan makanan yang terlibat banjir . Disamping itu beliau turut sama-sama sukarelawan membersihkan rumah-rumah mangsa banjir di sekitar Kg Tua, Batu 16 dan Lambor Kanan.



Terdahulu, Dato Harun sempat mengunjungi mangsa-mangsa banjir di pusat pemindahan SMK Muzaffar Shah, Lambor Kanan.

Diakhir program beliau merasa terharu dengan kerjasama semua pihak menjayakan  program kali ini. Kementerian Belia dan Sukan akan terus konsisten mengerakkan jentera baik kakitangan mahupun sukarelawan yang berdaftar dibawah Kementerian dan juga Majlis Belia Malaysia. Beliau juga turut menyeru supaya lebih ramai lagi sukarelawan turut berganding bahu membantu mangsa banjir.








Tuesday, 6 January 2015

KEJUTAN KERABAT SELANGOR #Banjir2014

TIADA siapa menyangka di dalam kesibukan sukarelawan misi bantuan banjir kendalian Kementerian Belia dan Sukan di Pengkalan TUDM, Subang dikejutkan dengan penyertaan "sukarelawan Diraja" pada 2 Januari yang lalu.

Anakanda bongsu kepada baginda Sultan Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj telah mencemar duli untuk bersama-sama sukarelawan dan mengenepikan kedudukan demi menyumbang tenaga membuat pengagihan dan penyusunan barangan bantuan kepada mangsa banjir. Tengku Amir telah meluangkan masa sekitar 1 jam untuk membuat agihan barangan bantuan serta menyumbangkan makanan buat para sukarelawan.

Baginda sangat dikenali sebagai seorang putera yang berjiwa rakyat dan sentiasa prihatin dengan kebajikan rakyat jelata khususnya di Selangor. Malah baginda juga merupakan penaung kepada pertubuhan kebajikan, Selangor Cheshire Home, Make a Wish dan Yayasan Raja Muda Selangor.



Sehari sebelum itu, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Datuk Hajah Hatipah Ibrahim dan beberapa pegawai Jabatan Belia dan Sukan Negara, menghabiskan masa kira-kira dua jam dalam bergotong royong bersama sukarelawan mengasingkan pakaian terpakai yang diterima di gudang Pangkalan Tentera Udara DiRaja Malaysia, Subang. Beliau turut terharu dengan sokongan sukarelawan dan berharap akan lebih ramai lagi yang tampil sebagai sukarelawan bagi membantu dalam gerakan pasca banjir dalam masa terdekat.



KBS telah melanjutkan gerakan sukarelawan di Pengkalan TUDM Subang sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian bagi memenuhi keperluan mendesak pasca banjir. Ayuh! Hulurkan tanganmu anak-anak muda. Mudah-mudahan meringankan beban mangsa dan diberkati Allah hendaknya..

Sumber berita dan gambar : SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...