Pages

Monday, 21 September 2015

MASIH ADA INSAN TIDAK PERNAH MENAIKI KERETAPI DAN MAKAN KFC

MUNGKIN, menaiki keretapi adalah perkara yang biasa malah untuk menikmati makanan di restoran segera seperti Mc Donald dan  Kentucky Fried Chicken (KFC) menjadi rutin sebahagian daripada kita. Namun bagi anak yatim piatu, perkara tersebut mungkin jarang dinikmati malah ada yang tidak pernah merasai kenikmatan itu.

Komuniti Sukarelawan Belia 1 Malaysia (MyVOC) menerusi Kembara ASEAN 2015 kerjasama KBS-MBM-Universiti Malaysia Pahang (UMP) telah mengambil inisiatif bagi merealesasikan hasrat 20 orang anak yatim piatu mangsa gempa bumi Padang 2009 untuk menaiki keretapi dan menikmati makanan di Restoran Makanan Segera KFC. Walaupun kecil sumbangan, namun amat berharga kepada mereka dan mereka melahirkan rasa syukur dan teruja kerana kali pertama menaiki keretapi dan menikmati ayam di KFC.

Bagi Ibu Kepala Sekolah Panti Asuhan Aisyiyah pula terharu dan melahirkan rasa syukur amat sangat dengan apa yang di sumbangkan oleh sukarelawan MyVOC.

“Semoga Tuhan Yang Maha Berkuasa saja membalasnya. Kasih sayang Tuhan sentiasa ada buat kalian”, katanya berlinangan airmata.

Bagi sukarelawan, keceriaan anak-anak yatim piatu ini adalah hadiah paling bermakna.

Seramai 13 orang sukarelawan MYVOC bersama anak-anak yatim dari Panti Asuhan Aisyiyah, Kota Pariaman di bawa menaiki keretapi dari Kota Pariaman ke Padang seterusnya menikmati makan tengahari ayam KFC di Basko Plaza, Padang diketuai oleh Saudara Rizan Hassan, Ketua Penerangan MBM.

Turut sama dalam kegiatan ini ialah Saudara Hasnul Hanif Harun (Exco MBM), Puan Farah Hazlini Mohd San (Pegawai Psikologi Jabatan Hal Ehwal Pelajar UMP), Bapak Eka Putra Pernanda (Kepala Sekolah SMK Global Pariaman).

Pelbagai aktiviti di adakan sepanjang dua jam perjalanan pergi dan balik Kota Pariaman-Padang-Kota Pariaman, antaranya nyanyian patriotik, kuiz dan perkongsian pengalaman oleh para sukarelawan yang terdiri dari pelajar tahun akhir Universiti Malaysia Pahang.












No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...