Pages

Monday, 21 September 2015

MANGSA BANJIR LUMPUR CAMERON HIGHLAND DIBANTU

Musibah yang menimpa bukan diminta namun ianya hanya dugaan Allah kepada hambaNya. Walaupun kehilangan harta benda dan nyawa, kehidupan harus diteruskan. Sebagai manusia kita wajar membantu mangsa apa yang terdaya.

Musibah banjir lumpur di Cameron Highland baru-baru ini telah mendapat perhatian Komuniti Sukarelawan Belia 1 Malaysia (MyVOC) dengan kerjasama Majlis Belia Pahang dan Majlis Belia Daerah Lipis. Sebanyak 33 buah rumah telah ditimpa musibah banjir lumpur termasuk dengan kedai-kedai didalam kawasan Kg Raja Cameron Highland Pahang.

Pada majlis ringkas 13 September yang lalu, pasukan MyVOC telah menyampaikan sumbangan untuk meringankan sedikit beban yang mereka tanggung akibat bencana dan dapat juga mereka merencanakan kehidupan keluarga mereka semula untuk kehidupan seterusnya. Sumbangan adalah berbentuk keperluan harian seperti bantal, selimut dan dapur pada penduduk kampung melayu Kg Raja Cameron Highland 

Pasukan MyVOC ini ditubuhkan adalah untuk membantu pihak kerajaan untuk meringankan sedikit bebanan yang mangsa banjir alami dengan serta merta. Pasukan MyVOC ini terdiri dari kalangan golongan-golongan professional dan akan membantu seiapa sahaja yang ditimpa musibah tidak kira dari apa bangsa, agama dan kaum di seluruh Malaysia.

Ketua misi ini ialah Saudara Eric Chu selaku Exco Majlis Belia Malaysia dan mendapat kerjasama En. Khairul Irwan Bin Abdul Khalid selaku Exco Majlis Belia Negeri Pahang dan selaku Setiausaha Majlis Belia Daerah Lipis.

Majlis Belia Pahang juga telah membentuk sukarelawan dari kalangan belia terutama di negeri Pahang dan gabungan sukarelawan negeri Pahang diterajui oleh” Yang Amat Mulia Tengku Muda Pahang” yang menggabungkan seluruh sukarelawan disetiap daerah negeri Pahang. Misi bantuan ini akan berterusan tidak kira dalam misi bantuan banjir atau apa sekali pun, sekiranya diperlukan mereka akan sentiasa bersama.










No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...