Pages

Tuesday, 8 September 2015

ANAK KECIL PANIK BILA BADUT BUAT PERSEMBAHAN!

Telatah anak kecil di Hospital Nor Zahirah Kuala Terengganu menarik perhatian penulis apabila badut cuba menghiburkan anak kecil ini dengan menggunakan belon mudah lentur. Anak kecil ini seakan-akan takut belon itu pecah namun gembira apabila badut berjaya menghasil replika mainan.

Telatah anak kecil tersebut antara yang dirakam semasa siri lawatan Sukarelawan MyVOC pada 6 September 2015  yang lalu di Hospital Nor Zahirah Kuala Terengganu bagi menceriakan pesakit dan memberi sedikit sumbangan kepada pesakit wanita dan kanak-kanak yang diketuai oleh Naib Presiden MBM Puan Asfalinda. 


Kehadiran mereka ternyata telah menceriakan suasana dalam Wad hospital Nor Zahirah apabila kedatangan mereka turut dihadiri oleh badut yang menghiburkan. Terubat sedikit dihati kanak-kanak tersebut walau dalam masa yang sama terpaksa menanggung kesakitan pada diri masing-masing.


Program ini juga turut menerima kehadiran  Presiden Majlis Belia Negeri Terengganu Saudara Zaidi Muda yang banyak memberikan sokongan dalam menjayakan program ini. Sukarelawan MyVOC sedang giat menjalankan program diseluruh negara untuk lebih mendekatkan diri mereka bersama belia-belia seluruh Malaysia.


Komuniti Sukarelawan Belia 1 Malaysia (MyVOC) anjuran Majlis Belia Malaysia dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan telah dilancarkan pada 25 Ogos yang lalu sempena bulan kemerdekaan oleh Ybhg. Datuk Jamil Bin Salleh, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.


MyVOC sebuah program kelolaan Sahabat MBM merupakan gerakan kesukarelaan berdasarkan kemahiran yang dimiliki oleh individu dan kumpulan tertentu bagi membantu mangsa-mangsa bencana ataupun golongan yang memerlukan bantuan.. MyVOC ini menunjukkan kesediaan MBM sebagai teraju utama dalam mengerakkan youth wave dan melahirkan demografi sukarelawan yang merangkumi pelbagai aspek kemahiran bagi menghadapi sebarang situasi. Rakan-rakan strategik MyVOC yang terdiri daripada kumpulan kemahiran pertukangan, radio amatur dan SAR, perubatan, kenderaan bermotor, pendidikan, media, pengurusan bencana, kulinari dan sukarelawan orang kurang upaya.




No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...