Pages

Friday, 7 August 2015

SPRM BUKA SEMULA SIASATAN TEOH BENG HOCK

Drama sokongan pembangkang terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ekoran siasatan SPRM terhadap SRC International yang dikaitkan dengan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Sudah menjadi resmi pembangkang akan mengambil kesempatan dan ruang yang menguntungkan mereka. 

Malah, pembangkang sendiri khususnya Lim Kit Siang telah mengampunkan dosa SPRM terhadap pembangkang ekoran kes kematian Teoh Beng Hock dan  telah mengakui kes tersebut adalah sebagai kes bunuh diri.

Untuk rekod, mendiang Teoh Beng Hock adalah Setiausaha Politik kepada YB Ean Yong Hian Wah, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan salah guna peruntukan kerajaan negeri Selangor.

Kes tersebut menjadi lebih panas apabila bekas Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong mendakwa bahawa pejabat salah seorang ahli EXCO kerajaan negeri Selangor digunakan untuk tujuan perniagaan ahli-ahli kongsi gelap.

Setelah sekian lama kes kematian Teoh Beng Hock diperjuangkan oleh pembangkang mendesak pegawai SPRM disiasat hingga satu prosiding inkeus dijalankan dan dibicarakan sampai ke peringkat Mahkamah Rayuan. Malah, Pakar Forensik Thailand, Dr Pornthip Rojasunan diimpot kerana pembangkang tidak langsung mempercayai pakar forensik dalam negara dengan alasan "bias" kepada SPRM dan kerajaan. Kerajaan telah membayar ganti rugi RM600,000 kepada keluarga mendiang Teoh Beng Hock sebagai penyelesaian dalam saman kecuaian yang difailkan oleh keluarga terhadap kerajaan dan 13 yang lain ke atas kematian Teoh Beng Hock.

Pembangkang juga pernah mendesak untuk diadakan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kematian Teoh Beng Hock. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan menuduh SPRM menindas ahli-ahli politik pembangkang terutama sekali ahli-ahli DAP kerana usaha ini berbau politik dan tidak menegakkan keadilan mahu pun membenteras rasuah.

Ahli Parlimen DAP, Gobind Singh Deo juga menuduh pegawai SPRM merupakan suspek utama dalam kes kematian pembantu politik DAP dan mendakwa pegawai-pegawai SPRM bercakap bohong semasa pembelaan terhadap keluarga Teoh Beng Hock di Mahkamah Rayuan. Malah beliau pegawai berkenaan telah menggunakan kekerasan terhadap Beng Hock sebelum ditemui mati pada 16 Julai, 2009.

Dalam satu kenyataan bertulis Mahkamah, Gobind Sing Deo mendakwa,

"Terdapat cukup alasan untuk Koroner mencapai keputusan bahawa kematian adalah secara pembunuhan atau oleh orang yang hadir di pejabat SPRM, tempat si mati ditahan semalaman,"

Drama dan lakonan pembangkang tidak berakhir dengan agensi penguatkuasa seperti SPRM, malah akan berlaku dimana-mana agensi kerajaan yang akan menguntungkan politik mereka.

Memandangkan pembangkang telah menerima dan mengakui bahawa kematian Teoh Beng Hock sebagai kes bunuh diri dan telah memaafkan dosa-dosa SPRM terhadap mereka maka rakyat mendesak supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka semula kes salah guna peruntukan kerajaan negeri Selangor tersebut yang dikaitkan ADUN dan EXCO DAP Selangor Ean Yong Hian Wah yang juga dikaitkan dengan kegiatan kongsi gelap. Kematian saksi utama bukanlah halangan untuk meneruskan siasatan sebenar. Jika benar keputusan SPRM tidak berpihak maka tunjukkan kepada rakyat sejauhmana kebenarannya demi slogan SPRM, "Amanah, Tegas dan Adil". DAN jangan lupa memulangkan semula duit rakyat berjumlah RM600,000 yang telah dibayar kepada keluarga mendiang.

Semoga Solat Hajat yang dilakukan oleh SPRM baru-baru ini akan membuka mata hati mereka yang mahu beriman kepada Allah S.W.T dan bukan kepada DAP, PKR dan GHB.

3 comments :

  1. SPRM memilih2 untuk mempromosikan pihak mana yang konon dilkaitkan dengan rasuah dan pihak mana yang akan ditutup daripada cerita rasuah. Begitu banyak kes rasuah dilaporkan melibatkan negeri2 Pakatan Haram tapi amat pelik ketika itu SPRM tidak pula 'galak' menyiasat seperti kes2 melibatkan 1MDB atau yang berkaitan, tidak pula sensitif dan cepat terasa hati sehingga nak bersumpah2 dengan Nama Allah sedangkan kes TBH SPRM dimaki di tuduh dan pelbagai mcm tuduhan berat..

    SPRM buat tak kisah seolah2 mereka seperti team Pakatan Haram yg pura2 profesional tp sebenarnyamerupakan parasit2 Pakatan Haram. Bila melibatkan DS Najib dan UMNO melompat2 org SPRM menangis kunun.. ego dan angkuh!

    Solat Hajat SPRM buat tu eloklah utk tnjuk siapa penipu sebrnya dlm menjalankan amanah. Usah cari Tuhan bila sudah tersepit..berlakon baik..!?

    ReplyDelete
  2. Butanya mata dan hati. Salah pembangkang diteropong habis-habisan. Umno punya salah mana boleh dipersoalkan. Tengoklah nasib pegawai MACC. Padan mukalah macc pun, kena muka sendiri.

    ReplyDelete
  3. Keluhan...confirm yg sekonyong konyong tetap salahkan BN...dah dasar pemikiran yabg dah rosak..apa nak buat.....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...