Pages

Friday, 7 August 2015

INDIVIDU YANG MEMFITNAH MENTERI PENGAJIAN TINGGI DIKENALPASTI

Baru-baru ini Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Seri Idris Jusoh telah difitnah dalam sebuah blog dalam artikel bertajuk " "Jangan hantar anak ke sekolah kerajaan jika tak suka kerajaan Barisan Nasional". Tindakan tidak bertanggungjawab pemilik blog ini amatlah memalukan kerana tindakan tersebut telah menjadi viral dan mendatangkan persepsi negatif kepada kerajaan. Setelah semakan dibuat didapati pemilik blog ini bernama Hana Mastura dan beliau telah menukar tajuk artikel kepada "Hantar Anak Keluar Negara Jika Tak Suka Sistem Malaysia".


Dalam masa yang sama dipercayai bahawa Hana Mastura juga merupakan pengendali blog cikgumerah.blogspot.com.

Sebelum ini beliau juga pernah dikritik pembaca kerana menyiar satu artikel yang mampu mendatang aib kepada seorang wanita. Pengkritik tersebut adalah suami wanita yang diaibkan oleh blogger ini.

Mungkin keinginan beliau mendapat pembaca yang ramai kepada artikel beliau namun tanggungjawab sosial juga penting bagi memelihara keharmonian sesama manusia.

KENYATAAN MEDIA

YB DATO' SERI IDRIS JUSOH 
MENTERI PENDIDIKAN TINGGI

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera,

Saya mendapat makluman mengenai satu portal menyiarkan kenyataan saya yang telah diputarbelitkan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab. Ingin saya membuat beberapa penjelasan dan penafian bahawa:

1) Kenyataan yang disiarkan dalam blog dan beberapa website berbunyi "Jangan hantar anak ke sekolah kerajaan jika tak suka kerajaan Barisan Nasional".

Hal ini amat berlawanan dengan kenyataan saya yang asal iaitu:

"Kalau ada yang mengatakan bahawa sistem tak baik dan nak hantar anak ke luar negara kita tak halang, tapi saya akan pastikan sistem pendidikan kita bertambah baik".

2) Kenyataan yang diputarbelitkan itu adalah bertujuan untuk mencalarkan nama saya, Kementerian Pendidikan Malaysia (pada masa itu) serta Kerajaan Malaysia.

3) Kenyataan yang disiarkan blog tersebut telah tersebar dalam media sosial dan portal MalaysianInsider yang telah memulakan putar belit tersebut (dan kemudiannya ditukar) pada September 2013. Saya tidak pernah membuat kenyataan itu dalam masa terdekat ini.

Saya harap penjelasan serta penafian ini cukup jelas bahawa saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan yang bersentimen sedemikian rupa. Diharapkan rakyat Malaysia tidak terpedaya dengan cerita-cerita sedemikian.

Dato Seri Idris Jusoh
Menteri Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Tinggi
6 Ogos 2015

1 comment :

  1. Pompuan ni memang perangai macam sundal masa zaman sekolah dulu.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...