Pages

Tuesday, 4 August 2015

DAP TERIMA DANA POLITIK DARIPADA GEORGE SOROS?

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tidak menafikan dakwaan partinya menerima dana politik daripada, George Soros dan beliau sekadar ketawa dan merasa ia hanya membuang masa untuk dilayan dengan memberi jawapan apabila diajukan pertanyaan oleh media tentang dakwaan tersebut.

Baru-baru ini Datuk Abdul Rahman Dahlan, Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional mendakwa Parti DAP telah menerima sumbangan dana politik daripada pedagang mata wang antarabangsa, George Soros.

Rahman juga mendakwa yang parti-parti pembangkang telah menerima sumbangan dana daripada sebuah organisasi yang berpusat di Amerika syarikat iaitu National Endowment for Democracy (NED).

Apa yang menghairankan apabila pemimpin DAP seperti Tony Pua dan Lim Kit Siang kelihatan hipokrit dalam mendesak Dato’ Seri Najib Tun Razak mendedahkan sumber pembiayaan politik bagi BN dan UMNO, sedangkan pembangkang menentang cadangan supaya sumber dana setiap parti politik diisytiharkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Jumlah sumber kewangan pembangkang yang mengalir masuk bagi membiayai kepentingan politik pembangkang didakwa bernilai puluhan billion ringgit dan sumber terbesar sumber kewangan tersebut adalah daripada luar negara.

Kemampuan Parti DAP memiliki ibu pejabat parti bernilai jutaan ringgit di Pulau Pinang dalam tempoh dua tahun Lim Guan Eng menjadi Ketua Menteri juga menjadi tanda tanya dari manakah sumber kewangan mereka. Malah kemampuan pembangkang mengeluarkan bajet yang besar pada pilihan raya kecil dan menggerakkan jentera pilihan raya secara besar-besaran menjadi persoalan jika tidak melalui dana politik yang besar.

5 comments :

  1. Apakah teruk sangat, kalau dap dpt dana yg boleh dipertikaikan, ambil sajalah tindakan. Ini ikut dap pula, dap buat salah, kita pun nak ikut. Sejak bila umno contohi dap, hebatlah dap. Sampai bila nak pebodohkan diri untuk menegangkan benang basah.

    ReplyDelete
  2. nt klu ambil tindakan pd dap ko ckp umno/bn mcm kuku besi plk. umno tidak ikut dap umno menerima dana dari sumber yg iklas mahu islam kekal di malaysia dap menerima sumbangan dari pihak yg nak malaysia tu limgkup.ada paham

    ReplyDelete
  3. 2128,
    Cakap pandai la kau...
    Bukti takde... nak ikut dap pulak.

    Korang mmg dah bukti ada 2.6b pun mcm buta.
    Buat taktau.

    Buat apa ikut kapir?
    Salah tetap salah.

    Lagi 1 la,
    Mana ko tau iklas bg 2.6b?
    Pulak tu acc personal pulak!
    Audit camne?
    Lejar camne?
    Belanje camne?
    Guna utk apa?
    Sapa guna?
    Bagi kat sapa?

    Suka2 kau je yek mcm rm 2.60 je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suka hati umnolah, ada kuasa boleh buat apa saja. Dah salah, sebut dap pun buat. Kapir buat salah , kita pun ikut sama, lepas tu sebut kita negara islam contoh. Nak termuntah.

      Delete
  4. Kau orang nak jawapan, dah bagi jawapan...pun salah juga...Agaknya kalau diliwat...baru percaya..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...