Pages

Wednesday, 15 July 2015

PENIAGA MENIPU MELAYU SAPU! JANGAN CUBA-CUBA!

Insiden pergaduhan dan rusuhan yang berlaku di Plaza Low Yat pada tempohari memperlihatkan kepada kita, orang Melayu sejauhmana kekuatan Ultra-Kiasu Cina mempertahankan bangsa mereka sendiri. Berita-berita di dada portal pro-pembangkang dan pro Ultra-Kiasu cina memaparkan versi memihak kepada peniaga Plaza Low Yat dan secara terbuka menuduh berlakunya kecurian dan rusuhan oleh pemuda Melayu. Malang sekali ada portal pro-kerajaan terikut-ikut rentak tari dan mainan portal Ultra-Kiasu Cina yang memain sentimen "orang melayu salah","orang melayu perkauman" dan "orang melayu samseng" sehingga ada yang memainkan CCTV yang telah dimanipulasi tarikh kejadiannya untuk menunjukkan orang melayu yang sentiasa bersalah dengan apa jua keadaan pun.

Lebih malang lagi apabila secara tiba-tiba portal pro pembangkang dan Ultra-Kiasu Cina mengambil kesempatan menuduh UMNO sebagai dalang rusuhan tempohari malah pemimpin pembangkang juga turun padang mengutuk rusuhan tersebut dan meletakkan kesalahan terus dan dalang kepada UMNO. Persoalan, adakah UMNO mampu mengumpulkan ribuan perusuh dengan tempoh satu hari yang datang dengan secara sukarela. Cuba singkap semula siri-siri flashmob pro-UMNO sebelum ini, berapa orang kelihatan? Selainnya penulis tidak mahu komen. 

Jadi, jangan cuba menuding jari kepada mana-mana parti atau individu. Insiden 13 Julai 2015 di Plaza Low Yat adalah satu "spark" dan ledakan kesedaran kepada orang Melayu yang sering tertipu dengan peniaga-peniaga Ultra-Kiasu Cina dan menyedarkan kepada kita bahawa ekonomi negara kita telah dikuasai sepenuhnya oleh golongan Ultra-Kiasu Cina secara total. Tidak guna lagi kita menuding jari kepada sesiapa waima kerajaan sekalipun. Terimalah hakikat dan cuba buat perubahan kepada diri sendiri dan bangsa serta negara.

Penulis ingin berkongsi satu artikel yang dipetik daripada Utusan Malaysia bertarikh 31 Julai 2012 untuk direnungi bersama bertajuk " Peniaga Melayu Ketinggalan Jauh ".

Berdasarkan perangkaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), hampir 20 juta telefon bimbit dijual di pasaran negara ini sejak dua tahun lalu.

Jika telefon berkenaan dijual pada harga minimum RM100 seunit, bermakna ia telah membuka pasaran bernilai RM2 bilion.

Angka itu pasti meningkat jika nilai pada segmen jualan produk sokongan termasuk aksesori, kad prabayar serta perkhidmatan selepas jualan dan harga sebenar telefon yang kebanyakannya melebihi RM700, diambil kira.

Melihat angka lumayan itu seharusnya industri ini telah memberi manfaat besar kepada golongan peniaga di negara ini termasuk bumiputera.

Bagaimanapun, tinjauan Unit Khas Utusan Malaysia di pusat-pusat jualan utama telefon bimbit di sembilan negeri mendedahkan penemuan yang sebaliknya.

Tinjauan, penyamaran, penyelidikan dan pemerhatian wartawan-wartawan terbabit membongkar realiti bahawa tidak ramai peniaga bumiputera yang berjaya membolosi peluang perniagaan dalam industri itu, sebaliknya ia adalah industri monopoli satu kaum.

Di gedung gajet terbesar ibu negara, Plaza Low Yat misalnya, daripada lebih lebih 121 kedai dan kios menjual telefon bimbit dan peralatan berkaitan termasuk aksesori, hanya dua peniaga Melayu yang dikesan.

Situasi sama berlaku di Kompleks Pertama - kompleks yang dibina 35 tahun lalu pada asalnya bertujuan menyediakan ruang berniaga kepada peniaga Melayu.

Daripada lebih 100 kedai dan kios telefon bimbit, hanya dua diusahakan peniaga Melayu.

Di Digital Mall Petaling Jaya pula peniaga telefon bimbit Melayu langsung tidak kelihatan.

Mungkin ada pihak akan mendakwa bahawa ini berlaku kerana komposisi kaum penduduk di ibu negara yang agak sama atau lebih kepada bukan bumiputera menyebabkan keadaan itu berlaku.

Namun, tinjauan di negeri-negeri yang majoriti penduduknya Melayu seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah juga tidak menunjukkan perbezaan. Perniagaan telefon bimbit tetap dikuasai hanya satu kaum.

Tinjauan di KB Mall, Kota Bharu misalnya mendapati, hampir 20 buah kedai di kompleks itu, 100 peratus dimiliki oleh kaum Cina - daripada kedai bersaiz kecil hingga besar.

Kehadiran orang Melayu di kedai-kedai berkenaan hanya sebagai jurujual dengan gaji bulanan dianggarkan sekitar RM500 ke RM600 sebulan.

Di Kuala Terengganu, tinjauan di sekitar daerah itu mendapati hanya 20 peratus daripada kira-kira 70 buah premis dan kios menjual telefon bimbit, aksesori, kad prabayar dan baik pulih telefon dimiliki peniaga Melayu.

Bagaimanapun, kebanyakan peniaga Melayu itu hanya menjual aksesori telefon bimbit serta kad prabayar, bukannya alat komunikasi itu.

Di Alor Setar, Kedah pula daripada kira-kira 50 kedai dan kios menjual telefon bimbit, aksesori, tambah nilai prabayar serta perkhidmatan baik pulih di kompleks City Plaza dan Sentosa Mall, hanya 12 buah diusahakan oleh peniaga bumiputera.

Di Ipoh, Perak, tinjauan di Greentown Mall yang dikenali sebagai 'syurga gajet' mendapati, kaum Cina menguasai kesemua 20 kios yang dibuka di sudut Mobile City di pusat beli-belah itu.

Situasi sama turut berlaku di ruang legar beberapa pusat beli-belah lain termasuk Jusco Kinta City, Tesco Ipoh dan Kompleks Yik Foong.

Kalau ada pun kelibat orang Melayu di kios-kios berkenaan, rata-rata mereka hanya bekerja sebagai jurujual telefon bimbit dan aksesori.

Di Johor, Pahang, Sarawak dan Pulau Pinang tinjauan turut mendapati situasi sama apabila perniagaan telefon bimbit hanya dikuasai satu kaum sahaja.

2 comments :

  1. sudah tiba masanya gedung2 tersebut memberi keutamaan kepada peniaga Melayu buka kedai digedung2 milik Melayu. Gedung2 ini perlu restructuring.

    ReplyDelete
  2. Kalau diberi peluang pn sy percaya peniaga melayu tak dpt bersaing dgn peniaga² cina yg rata² mendpt stok dgn harga yg jauh lbh murah dpd peniaga² melayu...itu adlh disebabkn pembekal utama gajet dtgnya dr pembekal cina so sudah tentulah pembekal akn mengenakan harga yg tggi sikit kpd peniaga melayu...jd kemanakah halatuju peniaga² melayu ini? Ada yg masih bertahan tp dgn keuntungan yg sgt minima dan lbh malang lg ada peniaga melayu yg terpaksa gulung tikar.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...