Pages

Wednesday, 1 July 2015

@BeliaMBM Bantu Mangsa Banjir @MuaamarGhadafi @PortalOrangMuda

Majlis Belia Malaysia (MBM) tidak ketinggalan dalam membantu golongan yang memerlukan di bulan Ramadhan ini apabila hampir 2,000 isi rumah telah mendapat bantuan dari program khas yang dianjurkan sempena Ramadhan ini.

Jalinan Imarah Ramadhan berlangsung di seluruh negara yang bermula pada 26 Jun lalu. MBM juga telah bekerjasama dengan beberapa agensi kerajaan dalam mengenal pasti golongan yang benar-benar memerlukan mendapat bantuan yang sewajarnya.

Antara golongan yang terpilih adalah mereka yang fakir dan miskin, anak yatim, warga emas serta golongan asnaf.

Kemuncak program ini dijangka berlangsung di Kuala Kubu Bahru, Selangor pada 3-5 Julai 2015 dimana pelbagai acara telah disusun selama 3 hari antaranya,tadarus Al-Quran,Marhaban serta beberapa lagi acara yang menarik.

Sementara itu di Parit Buntar, Presiden MBM Saudara Muammar Gaddafi berpeluang turun menyampaikan sendiri bantuan Jalinan Imarah Ramadhan kepada mereka yang memerlukan.

Antara kawasan yang telibat ialah di Daerah Kerian dimana 20 keluarga mangsa banjir terlibat turut mendapat bantuan dari MBM. Musibah Banjir melanda daerah Kerian pada 13-18 Jun yang lalu sehingga menyebabkan 20 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan banjir.Turut hadir pada majlis penyampaian ialah Pegawai Daerah Kerian Datuk Amzah Hussain.

Selain itu, Muammar Gaddafi turut menyampaikan bantuan di Surau YDH SA Indralela Abd Rashid Abd Rahim di Kampung Tersusun Raja Bashah, Kuala Kurau Perak.

Hampir 40 keluarga yang kurang mampu diberi bantuan dikampung berkenaan yang turut dihadiri Ketua UMNO Bahagian Parit Buntar Abu Bakar Md Ali. Bantuan Jalinan Imarah Ramadhan berupa bentuk barangan keperluan harian seperti beras, gula dan sebagainya.


Sumber : Orang Muda TV

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...