Pages

Thursday, 21 May 2015

ZOMBIE DAN BIG BAD WOLF PASTI BOOM DI PUTRAJAYA #FBP2015

Festival Belia Putrajaya datang lagi.  Berbanding penganjuran sebe­lumnya yang tertumpu di Presint 2 dan Presint 3, Festival Belia Putrajaya 2015 akan berpusat di Dataran Gemilang di Presint 4 iaitu berhampiran dengan Jambatan Seri Ge­milang. Festival tahunan ini akan berlangsung pada 22 hingga 24 Mei ini memperkenalkan beberapa unsur baharu selain mengekalkan program ikonik seperti larian zombie dan pameran buku Big Bad Wolf.

Walaupun Festival Belia Putrajaya dianjurkan secara berhemah tetapi keadaan itu tidak akan menjejaskan kemeriahan program itu yang dinanti-nantikan oleh golongan muda seluruh negara. Pemindahan tempat penganjuran ke arah selatan akan membolehkan pengunjung menikmati pemandangan yang indah sambil menyertai pelbagai aktiviti menarik yang berlangsung.

Program baharu yang diperkenalkan pada tahun ini ialah Fit Malaysia, kejohanan silat, Biz Valley dan persembahan daripada mentor-mentor program Rakan Muda.

Festival kali ini menjiwai konsep daripada belia untuk belia dimana orang muda dan Rakan Muda akan diberi peluang untuk menganjurkan program-program yang diadakan selama tiga hari.

Selari dengan penganjuran festival bertemakan "Showcase of Talent" (Memperaga Bakat) itu, penganjuran dibahagi kepada empat zon berdasarkan tema pemikiran, komuniti, seni dan aktif yang memberi peluang kepada orang muda untuk memperagakan bakat masing-masing.




Jom meriahkan. Maklumat lanjut festival sila layari http://festivalbeliaputrajaya.com/

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...