Pages

Saturday, 9 May 2015

USAHA PEMUDA UMNO GAGALKAN PELABURAN TABUNG HAJI BERJAYA

Hari ini, Lembaga Tabung Haji mengambil keputusan menjual semula plot tanah di pusat kewangan, Tun Razak Exchange (TRX) yang dibeli daripada 1Malaysia Development Bhd. (1MDB). Keputusan tersebut dibuat atas desakan Pemuda UMNO Malaysia yang lantang mengkritik pembelian hartanah segitiga emas yang dijangka mampu menguntungkan Lembaga Tabung Haji sekaligus memberi subsidi kepada jemaah haji yang semakin meningkat.

Menurut Utusan Online, Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, setakat ini terdapat tiga pembeli yang sedia menawarkan pembelian pada unjuran yang menguntungkan.

Jelasnya, urusan penjualan dijangka selesai minggu depan.

”Sekarang, kami meneliti pembeli yang boleh memberi keuntungan kepada Tabung Haji.

“Langkah ini dibuat bagi menghentikan kekhuatiran rakyat dan pendeposit Tabung Haji mengenai pembelian tanah ini yang dikaitkan dengan 1MDB,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang menjelaskan mengenai pembelian plot tanah seluas 0.63 hektar di TRX dengan nilai RM188.5 juta daripada 1MDB, di sini hari ini.


5 comments :

  1. Agak2 tahun ni jemaah haji DAP, pemuda UMNO dan TDM boleh sponser tak yek sebab mereka yg menyebabkan THP kerugian. Rakyat perlu ambil tahu hal ini.

    ReplyDelete
  2. Aku pun hairan..tahun ni berebut nak pi haji melalui tabung haji..tak risau pun ...TH beli tanah ke tidak ke kita tetap pakai ihram haji nanti..yang bising bising nape duit tabung haji dah kontang ke..lantak pi lah depa nak meniaga..KWSP, Felda pun beli tanah untuk pelaburan tak bising pun..duit kita juga tu..

    ReplyDelete
  3. Pemuda umno tegur ttg bnda lain. Th emo mcm bdk2 pg jual trx tu. Lps tu ugut2 jgn marah ye klau jual kt bkn islam. Sandiwara nk kambing hitamkn org lain lps bntu bailout faedah 1mdb. Mcm jilake

    ReplyDelete
    Replies
    1. Frankly speaking something wrong with pemuda. You are within the government. You can find out yourself and not asking questions like that through the media. You should help up in giving true information to the public an not the reverse.

      Delete
  4. Yg aku perasanlah perkara ni dilaporkan benchmark, lps tu pembangkang, kemudian TDM kritik dan terusnya jadi viral.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...