Pages

Saturday, 2 May 2015

SIAPA KATA KHAIRY BOIKOT ROMPIN?

Pengkritik tak akan berhenti mengkritik. Namun kritikan membina atau sebaliknya menguatkan lagi semangat individu yang dikritik khususnya pemimpin politik. Sudah menjadi resmi dalam politik, tiada pemimpin yang tak lepas daripada menghadapi kritikan. Perbezaan antara individu dengan individu yang lain ialah bagaimana menangani kritikan itu.

Begitu juga wujud satu andaian di media sosial bahawa kelibat Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin tidak kelihatan di Pilihanraya Kecil Rompin kerana "merajuk' akibat calon muda tidak dipilih sebagai calon BN di Rompin. Timbul pula andaian songsang yang lain bahawa Khairy Jamaluddin memboikot PRK Rompin.





Namun andaian-andaian tersebut meleset sama sekali apabila Khairy Jamaluddin telah turun padang di PRK Rompin membantu jentera pemuda di sana. Semalam. Khairy Jamaluddin melalui jentera Pemuda telah membuktikan tiada "pemboikotan" seperti yang didakwa dimana beliau sehari suntuk meluangkan masa bersama warga Rompin khususnya di Kampung Bukit Ibam dan Felda Keratong bagi membantu kempen BN.

Khairy Jamaludin tiba di Rompin pada awal pagi semalam disambut oleh ratusan pemuda bermotor pemuda tempatan.

Beliau sebagai Menteri Belia dan Sukan Malaysia sudah pasti mempunyai jadual yang ketat yang telah disusun disamping kerja-kerja parti yang lain. Tambahan pula, Pilihanraya Kecil Permatang Pauh juga diadakan serentak yang memerlukan komitmen beliau sekaligus menghadkan komitment 100 peratus di PRK Rompin.



Dalam temubual bersama media, beliau menyatakan keyakinan beliau terhadap pengundi muda khususnya dari belia FELDA akan terus mengundi Barisan Nasional dan berharap agar pihak jentera parti akan terus memberikan penerangan kepada para pengundi disini berkenaan dengan isu isu setempat dan nasional dalam membantu para pengundi agar membuat pilihan yang tepat semasa 5 Mei kelak.




Beliau juga opitimis (maksudnya selalu mempunyai harapan yang baik dalam menghadapi sesuatu hal) mengatakan Barisan Nasional boleh mencapai jumlah majoriti yang tinggi dalam keputusan PRK Rompin kali ini dan mengatasi rekod yang ditinggalkan oleh Allahyaham Tan Sri Jamaludin Jarjis.

Kehadiran Khairy Jamaluddin semalam di PRK Rompin jelas menunjukkan komitmen yang tinggi bagi membantu jentera BN untuk memenangi kerusi Parlimen Rompin. Sentimen pemulauan di war-warkan tidak benar sama sekali malah telah menguatkan lagi komitmen dan iltizam untuk memenangi hati pengundi khususnya pengundi muda.

Kredit Gambar : SINI dan SINI


No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...