Pages

Monday, 4 May 2015

PKR LUMPUH DI PERMATANG PAUH

Kemasukan ahli-ahli PKR Cabang Semilang, Seberang Jaya adalah satu kemenangan kecil dalam Pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh. Penyertaan seramai 53 orang ahli-ahli PKR tersebut dalam UMNO menjadi satu semangat baru kepada jentera BN di Permatang Pauh khususnya jentera Pemuda UMNO. Borang keahlian UMNO tersebut telah diserahkan kepada Ketua Pemuda UMNO merangkap Ketua Pemuda BN YB Khairy Jamaluddin, di sini, petang semasa lawatan beliau di Permatang Pauh.

Kegagalan kepimpinan PKR menunaikan janji kepada mereka sebelum ini sebaik sahaja selesai Pilihan Raya Umum Ke-13 lepas menyebabkan mereka tidak yakin lagi dengan perjuangan parti untuk membela nasib rakyat. Hasrat mereka untuk keluar daripada PKR telah lama dipendamkan, tetapi meraka telah dinasihatkan tidak berbuat demikian kerana pemimpin PKR berjanji akan menunaikan janji mereka, namun apa yang dijanjikan tak kunjung tiba.

“Saya gembira dengan keputusan mereka ini sekaligus ia membuktikan bahawa BN menjadi pilihan orang muda.

“Pemuda BN akan terus memastikan calon BN, Suhaimi Sabudin yang merupakan anak tempatan akan diterima rakyat Permatang Pauh bagi mewakili mereka”, Ujar Khairy Jamaluddin semasa ditemubual media semalam.






Di majlis itu juga, Khairy telah merasmikan Pertandingan Muay Thai yang dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan dan Penyerahan Topi Keledar kepada Pemuda BN Permatang Pauh.

Selepas itu, Khairy Jamaluddin sempat bersama-sama anak-anak muda Permatang Pauh bermain Futsal di SMK Guar Perahu. Beliau telah menunjukkan kemampuan dan skill dalam sukan Futsal dengan penuh semangat kesukanan.





Di Padang Ibu, Permatang Pauh, Khairy hadir menyaksikan persembahan motorcross yang disertai pelbagai bangsa. Kehadiran beliau menyerlahkan sokongan beliau dalam aktiviti dan minat anak-anak muda khususnya dalam sukan permotoran dan sukan lasak.



Disebelah malamnya pula, Khairy memberi kejutan bermain bola keranjang dengan anak-anak muda China di Seberang Jaya. Rata-rata nak-anak muda China menyuarakan rasa gembira dengan kemampuan beliau memahami dan menyelami getus nadi anak-anak muda bukan Melayu


Jelas, kesungguhan yang ditunjukkan oleh jentera pemuda UMNO dalam menyelami denyut nadi anak-anak muda khususnya apa yang ditunjukkan oleh Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin membimbangkan parti pembangkang yang sedang ketandusan isu untuk dimainkan. Malah calon BN Suhaimi Sabudin lebih menonjol di mata anak-anak muda Permatang berbanding calon "recycle PKR", Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail. Komitmen dan kesungguhan tersebut sekaligus memadam kritikan kepada pemuda UMNO sebelum ini.

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...