Pages

Thursday, 21 May 2015

MALAM INDAHNYA BERMUNAJAT @festivalbelia15 #FBP2015

Festival Belia Putrajaya 2015 yang bermula hari ini sehingga Ahad di Persiaran Perdana, Presint 4 memulakan acara dengan Malam Indahnya Bermunaja. Pengisian kerohanian ini menjadi salah satu acara pembuka festival tahunan itu. 

Program ini dimulai dengan tazkirah maghrib disampaikan oleh Y.Bhg Al-Habib Najmuddin Othman Al-Khered yang juga memimpin selawat dan tausiah dengan diiringi daripada kumpulan Inteam, Nur Ahlil Badar dan Ar-Ridzuani.

Datuk Jamil Salleh, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan turut bersama-sama pengunjung yang sedang membanjiri majlis munajat tersebut. Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara Datuk Hatipah Ibrahim dan Presiden Majlis Belia Malaysia, Saudara Muammar Gadaffi juga turut meraikan program yang mendekatkan belia-belia kepada mencintai Allah dan Rasulullah.



No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...