Pages

Wednesday, 6 May 2015

KHAIRY TERUS MENYERANG!

Kata-kata semangat yang ditulis bukan sekadar retorik malah perjuangan tanpa mengenal penat dan lelah walaupun "berperang' di kubu kuat musuh. Kegigihan dan kesungguhan Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin yang juga Ketua Pemuda UMNO Malaysia ditunjukkan semasa tinjauan mesra disaat akhir hari berkempen di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Sama Gagah, Permatang Pasir di Parlimen Permatang Pauh petang tadi.




Kehadiran beliau disambut dengan ratusan anak-anak muda Permatang Pauh daripada badan NGO Persatuan Anak-Anak Permatang Pauh. Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berpuas hati dengan penerimaan masyarakat Permatang Pauh terutamanya di kawasan-kawasan yang dianggap 'hitam' buat BN. Walaupun pembangkang memainkan isu sama di Permatang Pauh, beliau menjangka berlakunya perubahan positif berdasarkan penerimaan masyarakat di sini.


Beliau yakin gerak kerja dam program penerangan berterusan yang dijalankan sepanjang kempen di Parlimen Permatang Pauh dilihat memberi impak positif. Pemilihan calon BN Suhaimi Sabudin yang juga calon muda dijangka akan membawa angin perubahan di kalangan pengundi muda.

"Prestasi jentera Pemuda BN amat baik, kerana sejak awal (tempoh berkempen) sampai hari ini, program yang dijalankan diterima positif oleh kalangan golongan muda," katanya kepada media.

Sekiranya penerimaan itu dapat diterjemahkan ke atas kertas undi pada hari pengundian esok, BN berkemungkinan besar dapat membuat kejutan di kawasan Parlimen itu. Beliau.berpuas hati dengan pencapaian jentera Pemuda BN sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh yang berakhir hari ini.


Seramai 72,496 pengundi esok akan menunaikan tanggungjawab mereka dalam PRK berkenaan yang menyaksikan pertandingan empat penjuru.

Calon Barisan Nasional (BN), Suhaimi Sabudin akan ditentang calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Azman Shah Othman (Parti Rakyat Malaysia) dan Salleh Isahak (Bebas).

Pengundi di Permatang Pauh diharap akan membuat pertimbangan sewajarnya dalam memilih wakil rakyat yang benar-benar mahu berkhidmat untuk mereka ketika keluar mengundi esok.

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...