Pages

Friday, 22 May 2015

#FBP2015 #ONESILAT : PENGANJUR ONE SILAT KESAL DAN MOHON MAAF

Bahang Festival Belia Putrajaya 2015 semakin panas. Semakin panas apabila One Silat yang menganjurkan OneSilat Championship yang telah mendapat kritikan dan teguran daripada peminat silat tanahair yang viral di media sosial mengenai pakaian promo peserta pertandingan tersebut. Teguran tersebut juga mendapat maklumbalas daripada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

"OneSilat Championship" adalah kejohanan pertempuran global dan profesional berasaskan pelbagai budaya seni di Asia. Gaya berjuang adalah pelbagai dalam silat, dan teknik termasuk serangan tangan, tendangan, manipulasi gabungan, membaling serta penggunaan senjata tradisional. 

Malaysia menjadi tuan rumah kepada OneSilat Championship dan persaingan itu akan menampilkan beberapa pesilat terbaik dari 57 negara di seluruh dunia. Kesan khas dalam pertandingan tersebut akan menambahkan keseronokan visual dan deria kepada penonton.


Pengunjung boleh melihat sendiri bagaimana Onesilat Championship yang akan berlangsung di Zon Timur pada 23 Mei 2015.

Berikut adalah kenyataan pengajur ONESilat di laman facebook rasmi ONESilat; 

OneSilat Championship adalah merupakan pertandingan baru yang diperkenalkan ke era lebih professional. Ia akan memaparkan pergerakan silat yang menggunakan kaedah guntingan, sapuan dan buah pukulan selain daripada tumbukan dan tendangan. Semua pesilat mempunyai latar belakang silat yang kuat, ditambah dengan kemahiran seni mempertahankan diri yang lain.

OneSilat akan menggunakan platfom yang baru, ditambah nilai dengan penggunaan sistem bunyi dan pencahayaan, termasuk gelanggang dan busana yang unik. OneSilat berhasrat untuk membawa silat ke era pertandingan yang baru yang dapat bersaing dipentas antarabangsa and mendapat pemerhatian penonton dari seluruh dunia.

Kami amat berterimakasih diatas komen yang diberikan seperti diatas. Kami menerima segala respon secara serius dan akan menjanjikan bahawa semua pesilat akan mempunyai nilai sensitiviti yang tinggi, mengikut tatacara, adap dan budaya persilatan. Ketidak sengajaan gambar yang telah dipaparkan bukanlah merupakan pemakaian yang akan digunakan semasa pertandingan nanti. Ianya tidak berlaku secara sengaja dan tidak mempunyai niat untuk melakukan provokasi kepada semua pencinta silat. Kami amat kesal dan memohon maaf diatas kesilapan ini dan berjanji yang semua pesilat akan berpakaian mengikut kesesuaian semasa pertandingan.

Dari kami di OneSilat Championship

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...