Pages

Friday, 22 May 2015

#FBP2015 : JOM KITA BICARA DENGAN ANGKASAWAN NEGARA

Festival Belia Putrajaya 2015 telah membuka tirai malam tadi dengan Malam Indahnya Bermunajat dengan yang dimulai dengan tazkirah Y.Bhg Al-Habib Najmuddin Othman Al-Khered yang juga memimpin selawat dan tausiah dengan diiringi daripada kumpulan Inteam, Nur Ahlil Badar dan Ar-Ridzuani.





Kira-kira 4,000 pengunjung telah memeriahkan program  yang mendekatkan belia kepada mencintai Allah dan Rasul yang turut disertai oleh Datuk Jamil Salleh, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara Datuk Hatipah Ibrahim dan Presiden Majlis Belia Malaysia, Saudara Muammar Gadaffi.




Antara acara yang menarik yang berlangsung esok ialah Talk Space di Zon Barat. Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muzasfar Yusof akan turut sama di dalam program tersebut. Pada sebelah malam jam 8.45 malam di pentas utama, pelawak Nabil dan Angah akan membuat persembahan yang pasti menggeletek hati pengunjung.

Jangan ketinggalan. Kita meriahkan Festival Belia Putrajaya 2015 "Showcase of Talent".

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...