Pages

Sunday, 24 May 2015

#FBP2015 : HANYA TANGKAP GAMBAR DAPAT RM10K


Memang menarik! Hari-hari terakhir Festival Belia Putrajaya 2015 diserikan dengan penyampaian hadiah bernilai RM30,000 kepada pemenang-pemenang MBM Poto Endurance 2015 yang berjalan selama 2 hari bermula semalam.



Pertandingan yang dianjurkan oleh Majlis Belia Malaysia (MBM) itu telah mendapat sambutan luar biasa daripada peminat-peminat fotografi tanahair yang menawarkan hadiah pertama RM10,000, kedua RM6,000 dan ketiga RM3,000. Sementara itu 30 hadiah saguhati juga disediakan oleh pihak penganjur.


Pada majlis penyampaian hadiah yang disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Datuk Hajah Hatipah Ibrahim, kumpulan Sailang merangkul kejuaraan mengalahkan peserta-peserta yang lain. Turut hadir sama Presiden Majlis Belia Malaysia Saudara Muaamar Gadaffi dan CEO Festival Belia Putrajaya 2015, En. Nor Azli Mohamad Daud.


Sebelum itu, Datuk Hajah Hatipah Ibrahim menyempurnakan penyampaian hadiah bagi Pertandingan Autoshow di Zon Auto City Festival Belia Putrajaya 2015.

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...