Pages

Friday, 22 May 2015

#FBP2015 : BELIA AL-FATEH @festivalbelia15

"Generasi belia mampu memainkan peranan yang sebenar dalam memacu pembangunan negara bangsa yang maju dan dihormati lagi dikasihi Allah SWT."

Bersempena Dengan Sambutan Hari Belia Negara 2015, yang diadakan pada tahun ini, yang bermatlamat menggilap potensi bakat sedia ada melalui kaedah baru iaitu persembahan bakat (Showcase of Talent), dengan objektif memperkasakan generasi anak muda melalui pendekatan 7K iaitu, kesukanan dan kecergasan, kesenian, kesukarelaan, kerohanian, kreativiti, komuniti, kemahiran dan kepimpinan, maka mimbar menyeru marilah sama-sama kita menghayati ciri-ciri keperibadian Sultan Muhammad al-Fateh dalam membentuk masa depan generasi belia". 

Petikan tersebut adalah Khutbah Jumaat hari ini daripada Jabatan Kemajuan Islam yang bertajuk "Belia Al-Fateh" bersempena Festival Belia Putrajaya 2015 dan Sambutan Hari Belia Negara 2015 yang sedang berlangsung pada 22 Mei - 24 Mei 2015. Antara petikan lagi menyentuh supaya golongan belia merenung ketokohan Sultan Muhammad Al-Fateh yang membuka Kota Konstantinopel. Dalam usia yang begitu muda, baginda menjawat jawatan sebagai khalifah kerajaan Islam Uthmaniyyah yang ke-7.

Berikut teks penuh Khutbah Jumaat tersebut;






No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...