Pages

Thursday, 7 May 2015

BLOGGER KENA SUMBAT DALAM PENJARA!


Susulan fitnah terbaru kepada agensi berkaitan kerajaan (GLC) Lembaga Tabung Haji berkenaan dengan pembelian "Signature Tower" sepertimana yang dilaporkan disebuah laman blog, satu laporan polis telah dibuat petang tadi oleh YBhg. Dato’ Johan Abdullah, Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan Dan Ketua Pegawai Eksekutif TH. Antara yang tertulis di laporan polis tersebut, beliau menafikan bahawa TH sedang dalam proses membeli 'Signature Tower' sebagaiman dilaporkan di dalam blog tersebut. Kebocoran kertas cadangan tersebut tidak membuktikan bahawa cadangan pelaburan tersebut telah diluluskan TH tidak pernah sama sekali membenarkan perbuatan mendedahkan maklumat sulit kerana ia bertentangan dengan akta Tabung Haji 1995 dan polisi dalam Tabung Haji. 

Tabung Haji memandang serius penyebaran maklumat berkaitan TH yang diklasifikasikan sebagai sulit oleh mereka yang tidak bertanggungjawab secara salah dan menyalahi undang undang.

Berikut adalah kenyetaan rasmi Lembaga Tabung Haji:

Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini memberi penjelasan mengenai pelaburannya dalam pembangunan hartanah bagi pembangunan menara kediaman (“hartanah”) di pusat kewangan Tun Razak Exchange (TRX).



Langkah ini adalah sejajar dengan strategi pelaburan hartanah TH yang memberikan tumpuan kepada sektor domestik. Pelaburan ini merupakan keputusan komersial yang menepati selera risiko dan telah melalui semua proses penilaian dalaman yang terperinci.



Pembelian hartanah pada harga RM188.5 juta adalah pada kadar diskaun berlandaskan nilai pasaran semasa dan ia telah dinilai oleh sebuah badan penilai bebas profesional.



Cadangan pembangunan kediaman tersebut akan dibangunkan oleh anak syarikat TH, TH Properties Sdn Bhd yang dijangka akan memberi pulangan positif kepada Kumpulan TH pada masa hadapan.



Walau bagaimanapun, TH menafikan pembelian Signature Tower (Fasa 2) oleh Kumpulan TH sepertimana yang dilaporkan di dalam blog-blog tertentu. Kebocoran maklumat melalui kertas cadangan tidak boleh dijadikan sebagai bukti keputusan muktamad pelaburan tersebut.



TH akan terus meneroka peluang-peluang pelaburan yang seumpamanya di dalam pasaran domestik seperti yang digaris dalam rangkakerja Alokasi Aset Strategik.



Kenyataan oleh : YBhg. Dato’ Johan Abdullah, Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan Dan Ketua Pegawai Eksekutif TH.

1 comment :

  1. Saman sekali TDM lagi baik, makhluk perosak.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...