Pages

Monday, 27 April 2015

VIDEO EXCO BELIA TUNJUK BAKAT MENYANYI LA PULAK! GEMPAK BEB!

Setiap orang mempunyai bakat yang tersendiri tidak mengira apa juga pangkat dan darjat seseorang. Tidak terkecuali juga Exco Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Sharul Zaman Bin Datuk Hj Yahya yang mengambil peluang menunjukkan bakat beliau menyanyi secara live di Booth "People of Remarkable Talent" (PORT) di Festival Belia Perak 2015 yang berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan Ipoh, Perak. Dendangan lagu "Kau lhamku" telah mendapat perhatian dan mendapat tepukan gemuruh pengunjung festival.
video

Seorang yang berbakat dan selari dengan tema festival " Showcase of Talent", Exco yang menjaga portfolio belia ini meraikan tema tersebut bersama-sama anak-anak muda.

Di hari terakhir festival iaitu semalam beliau sekali turun meninjau perjalanan festival yang semakin rancak dengan pertunjukan Autoshow di perkarangan tapak letak kereta bersebelahan kolam renang. Kehadiran pengunjung pada hari terakhir amat memberansangkan memandangkan cuti hujung sambil bersantai bersama di festival tersebut. Beliau kelihatan teruja dengan pertunjukkan tersebut dan berhasrat pertunjukkan Autoshow dikekalkan untuk festival tahun yang mendatang selaras dengan hasrat Menteri Besar Perak.




YB Datuk Shahrul Zaman kelihatan teruja dengan pertunjukkan tersebut dan berhasrat pertunjukkan Autoshow dikekalkan untuk festival tahun yang mendatang selaras dengan hasrat Menteri Besar Perak.














 YB Datuk Shahrul Zaman sempat membeli buah tangan di gerai-gerai belia niaga.






Aktiviti street painting dan Muaytai memeriahkan acara festival tersebut.



Sekitar pameran rumah mampu milik untuk belia-belia yang belum mempunyai rumah kediaman.



Sekitar aktiviti di Booth "People of Remarkable Talent (PORT) yang mendapat perhatian pengunjung.



Festival tahunan selama 4 hari tersebut telah berjaya menarik lebih 30 ribu belia dan pengunjung dan rata-rata belia berpuashati dengan konsep dan tema kali (Showcase of Talent) dimana belia-belia diberi peluang untuk menunjukkan bakat dan bidang masing-masing.

Semoga hasrat Menteri Besar Perak untuk mengadakan Festival of Talent semasa ucapan perasmian Festival Belia Perak 2015 tempohari akan membuka jalan belia-belia Negeri Perak mengutarakan bakat-bakat dalam bidang masing-masing, bukan sahaja di persada negara malah ke pentas antarabangsa.

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...