Pages

Sunday, 26 April 2015

PELIK SANGAT ADIK NI? SIAP GULING-GULING LAGI TU!

Telatah adik ini mendapat perhatian. Anda mungkin perasan atau tidak. Kasut yang dipakai berbeza-beza. Bukan itu sahaja, adik ini siap berguling-guling atas pentas.






Ini adalah salah satu telatah dan persembahan penyanyi cilik dalam Pertandingan Ujibakat yang diadakan di Festival Belia Perak 2015 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan, Ipoh, Perak hari ini. Hari ini adalah hari terakhir festival tahunan yang bermula sejak 23 April yang lalu. Telatah adik ini dipuji kerana berani untuk tampil dengan persembahan yang berbeza dengan yang lain.







Disamping itu, persembahan puisi dan tarian berbagai bangsa di pentas utama turut dipersembahkan untuk menghiburkan pengunjung di hari akhir ini.

Kemesraan Datuk Jamil dengan kakitangan JBS Perak terjalin erat
Sementara itu, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Y.Bhg Datuk Jamil Salleh telah sudi membuat "walkabout' di tapak-tapak pameran di festival tersebut. Beliau turut mengambil kesempatan untuk beramah mesra dengan pengunjung dan peserta yang terlibat dalam festival tersebut.

Dengan Datin tak apa Datuk, Jangan dengan orang lain sudah..hehe
Datuk Jamil Salleh berada di Booth Belia Niaga dan turut membeli buah tangan sebagai tanda sokongan usahawan belia.









Datuk Jamil Salleh turut melihat perjalanan Karnival Pendidikan dan Kerjaya yang telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada belia-belia yang sedang mencari pekerjaan. Beliau juga turut diberi penerangan di setiap booth majikan yang dikunjungi.




Datuk Jamil Salleh tertarik dengan Pameran Butik Pengantin yang turut menarik minat pengunjung festival.





No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...