Pages

Thursday, 30 April 2015

KHAIRY AND THE FIVE STOOGERS

“Saya anak jantan, saya tidak perlu macai macai“Menerusi Twitter pula, beliau berkata “Kalau saya tidak sokong kepimpinan, saya akan nyatakan sendiri tanpa perlu menyuruh naib saya.” Getus Khairy Jamaluddin kepada media menafikan pembabitan dalam ‘komplot’ yang seperti dilaporkan.

Perang persepsi bermula daripada Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad yang mendesak Datuk Seri najib Razak meletakkan jawatan dan bertambah panas apabila lima sekawan daripada jawatan tertinggi Pemuda UMNO Malaysia didakwa mengambil kesempatan mengadakan "Road Tour" untuk menggulingkan Presiden UMNO.

Lima sekawan yang dimaksudkan ialah Naib Ketua Khairul Azwan Harun, Exco Arman Azha Abu Hanifah, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi, Sheikh Ahmad Nafiq  dan Datuk Mohamad Shafri Aziz. Kelima-limanya telah hadir pada satu mesyuarat dengan Pemuda Johor di Rompin tempoh hari  didakwa ‘menghasut’ Pemuda Johor menentang Najib.

Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin berada dalam keadaan yang tidak selesa apabila timbul persoalan Azwan diarah dan direstui pihak tertentu dan nama beliau terus disebut sebagai dalang memandangkan beliau Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Namun pandangan penulis Khairy dilihat sebagai antara pemimpin UMNO berani berdepan dan berdebat secara terbuka dengan sesiapa pun demi parti dan antara penyokong Najib paling paling setia dan kerap tampil mempertahankan Presiden menghadapi pelbagai isu. Penegasan Khairi Jamaluddin di Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh Sabtu lalu jelas menyokong kepimpinan UMNO, khususnya Presiden Parti, Datuk Seri Najib Razak.

"Saya tak ambil sikap baling batu sembunyi tangan. Kalau saya tak sokong siapa-siapa termasuk presiden saya akan cakap". "Saya anak jantan. Bukan baling batu sembunyi tangan dengan minta orang-orang saya buat gerakan dan sebagainya.

"Kalau tak setuju saya nyatakan tak setuju, kalau tak sokong saya akan cakap...i will say it,”

Pandangan penulis, Khairy telah tampil laksana Hang Tuah yang sering mempertahankan parti dan kesetiaannya tidak boleh dipertikaikan. Taming Sari berada ditangannya bila-bila masa boleh menikam Hang Jebat yang membuat tindakan sendirian tanpa restunya waima Naib Ketuanya sendiri. Khairy Jamaluddin tidak sebodoh itu untuk membunuh karier politiknya semudah itu dan tak mungkin beliau mahu bersengkongkol dengan Tun Mahathir jika dilihat rekod-rekod perbalahan antara mereka.

JIKA BENAR dakwaan tersebut, penulis yakin mungkin ada orang lain yang menjadi dalang atau "Azwan and The Stoogers" membuat tindakan sendiri dan membelakangi ketuanya. Lebih sudu dari kuah adalah perbandingan sesuai. Ingin menjadi Hang Jebat tanpa sedar Hang Tuah masih hidup. Sehingga hari ini, tiada kenyataan yang dikeluarkan oleh Azwan sendiri menafikan dakwaan tersebut malah Azwan sendiri cuba mengelak membuat sebarang kenyataan apabila ditanya wartawan.

Bagi mengelak sebarang kekeliruan, sewajarnya Lembaga Disiplin Parti melakukan siasatan secara mendalam dan mencari dalang sebenar mengenai isu ini. Lembaga Disiplin wajar meneliti segala bukti dan rakaman perjumpaan tersebut yang didakwa telah dibuat. Benar, tiada angin tak akan pokok bergoyang. Namun penulis tidak mahu dalang sebenar terlepas dan orang lain dikambing hitamkan..

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...