Pages

Saturday, 25 April 2015

EXCO BELIA HEAD BANGGING ATAS PENTAS? BIAR BETUL!

Exco Belia head bangging di atas pentas? Telatah spontan Exco Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Negeri Perak, Datuk Shahrul Zaman Bin Datuk Hj Yahya mengejutkan penonton dan kumpulan yang sedang membuat persembahan. Beliau secara tiba-tiba menaiki pentas Street Wheels Hunter semasa "walkabout" Festival Belia Perak 2015 di Kompleks Belia dan Sukan, Ipoh, Perak. Beliau turut sama mengalunkan lagu dan irama yang didendangkan kumpulan tersebut. Telatah beliau itu mendapat tepukan gemuruh penonton.




Bukanlah suatu yang menghairan bagi Datuk Shahrul selaku Exco yang menjaga porfolio belia yang memahami dan menjiwai citarasa anak muda. Datuk Sharul Zaman juga sempat singgah dan bermesra dengan pengunjung dibeberapa pertunjukkan Street Wheels Hunter yang berlangsung di Kawasan Parking Kolam Renang Kompleks Belia dan Sukan, Ipoh, Perak. Telatah Exco Belia ini memang mengujakan pengunjung yang hadir pada hari ini.






Sementara itu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd Kadir telah hadir bagi merasmikan festival yang yang gilang gemilang tersebut. Di dalam majlis perasmian tersebut, Presiden Majlis Belia Negeri Perak, Saudara Hasnul Fairuz Bin Hushin Amri semasa ucapan aluannya menyarankan kepada kerajaan negeri dan agensi yang berkaitan dapat membantu mempertingkatkan ruang penglibatan belia dalam menyerlahkan bakat anak muda bersesuaian dengan tema Festival Belia Perak 2015 "Showcase of Talent" dengan mewujudkan Pusat Inovasi dan Bakat Belia (PIBB).


Kerajaan negeri sentiasa berusaha memahami dan memenuhi kehendak dan jiwa belia. Komitmen tersebut dinyatakan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd Kadir semasa ucapan perasmian di majlis tersebut. Beliau menambah kerajaan negeri akan merangka satu program tahunan "Festival of Talent" memandang tema Festival Belia Perak 2015 telah mendapat sambutan belia-belia berbagai bakat. Disamping itu kerajaan negeri telah menyumbang bantuan aktiviti sukan massa dan pengupayaan generasi muda yang masing-masing bernilai RM500,000 kepada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak.

Gimik Perasmian

Persembahan Kumpulan PORT

Ikrar Belia
Pemenang Bagi Aktivis Belia Sdr Azuan Ariffin
Pemenang aktivis belia Sdr Yung Jun Heung
Pemenang aktivis belia Sdr Nandakumar
Pemenang Ikon  Belia Tani Sdr Adli Mohd Amri
Pememang Perkhidmatan Belia Sdr Mohd Rusdhi Abd Kadir
Pemenang Perkhidmatan Belia Sdri Nurazlina Binti Jali
Pemenang Anugerah Khas Juri St John Ambulan Kawasan Perak Selatan
Tokoh Jasa Belia Th Hj Zainal Abidin
Tokoh Jasa Belia Tn Hj Abdul Rahman
Anugerah Perdana Belia Negeri Kategori Wanita Sdri Nur Azryna Mohd Jainuri
Anugerah Perdana Belia Negeri Kategori Lelaki Sdr Ku Zahrin Shah Ku Mansor
Naib Johan Kategori Anugerah Pertubuhan Belia Negeri MajlisBelia India Malaysia Cawangan Teluk Intan
Pemenang Anugerah Pertubuhan Belia Negeri MAYC



Selepas majlis perasmian YAB Menteri Besar Perak melepaskan peserta "Fun Ride" sempena Festival Belia Perak 2015.



No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...