Pages

Saturday, 25 April 2015

APA YANG MENARIK KERETA NI? (30 GAMBAR MENARIK)

Van lama ini nampak biasa namun kepada peminat-peminat kereta antik, klasik dan vintaj pasti teruja apabila lalu lalang di Kawasan Parking Kolam Renang berhampiran dengan Stadium Perak hari ini. Van ini pasti akan menjadi idaman 'Collector items" untuk memilikinya.


Menarik kan? Tambahan pula kereta vintaj ini adalah jenis continental yang menjadi rebutan peminat-peminat kereta antik. Showcase ini adalah sebahagian daripada Pameran Kereta Klasik dan Moden di Festival Belia Perak 2015 yang sedang berlangsung bermula 23 April hingga 26 April 2015 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan, Ipoh, Perak.






Festival Belia Perak 2015 yang bermula 23 hingga 26 April ini memberi peluang kepada anak muda menampil bakat masing-masing melalui tema Showcase of Talent yang akan berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan, Ipoh, Perak.

Festival ini dianjurkan sebagai satu usaha meraikan belia di peringkat negeri menjelang Festival Belia Putrajaya yang berlangsung mulai 22 hingga 24 Mei, kelak. Pelbagai acara menarik turut disediakan sempena festival berkenaan bagi menarik kunjungan orang ramai.

Selama empat hari, pihak Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBS) akan bekerjasama dengan Majlis Belia Negeri (MBN), bagi menganjurkan pelbagai aktiviti belia, dimulai dengan Malam Cinta Rasul pada malam 23 April dan seterusnya pelbagai aktiviti seperti bakal berlangsung.

Selaras dengan tema festival iaitu Showcase Of Talent, festival ini memberi platform kepada semua belia dari semua daerah yang akan menghantar kontinjen masing-masing untuk mempamerkan idea-idea serta bakat masing-masing dalam pelbagai bidang seperti sukan ekstrem, futsal, keusahawanan, autoshow, art and science, gaya hidup aktif dan lain-lain lagi.

Festival yang telah masuk hari ketiga bermula awal pagi dengan Senamrobik daripada Y-Centre yang mendapat sambutan hangat pengunjung.


Tidak ketinggalan Pameran Butik Pengantin bertempat di Dewan Gymnasium Kompleks Belia dan Sukan, Ipoh yang merangkumi pelbagai busana pengantin.








Disamping itu Karnival Pendidikan dan Kerjaya berlangsung di Dewan Serbaguna Kompleks Belia dan Sukan dengan menyediakan ruang belia-belia yang sedang mencari pekerjaan menghadiri temuduga terbuka.







Pertandingan Futsal kategori lelaki dan wanita telah mendapat penyertaan yang menggalakkan dan belia-belia di mana 32 pasukan lelaki dan 16 pasukan wanita berentap secara kalah mati.

Belia-belia juga diberi ruang berniaga di Booth Belia Berniaga disamping pertandingan Selfie Welfie Challenge. Liputan rasmi oleh Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) Ipoh.


Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dijangka hadir ke festival ini bagi menyempurnakan perasmiannya pada petang ini.

Banyak aktiviti telah disediakan untuk sepanjang hari ini hingga malam dan esok.. Jom kita meriahkan.

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...