Pages

Sunday, 8 March 2015

MENJAWAB PERSOALAN DOKTOR SAKIT PUAN SEORANG LELAKI

Bersempena dengan Hari Wanita 2015, saya terpanggil untuk menulis berkenaan isu ini kerana ramai sahabat-sahabat saya bertanya tentang kehadiran doktor sakit puan (obstetric dan gynaecology-O&G) lelaki di negara kita. Ramai yang menyalahkan kerajaan kerana membiarkan kaum lelaki menceburi bidang ini yang dianggap sepatutnya dikhususkan bagi kaum wanita. Saya akan cuba utk menerangkan kepada sahabat2 tentang dilema dan juga masalah yang dihadapi oleh kerajaan dalam memenuhi hasrat rakyat yang mahukan kaum wanita merawat ibu2 yang mengandung/bersalin.

1. Kerajaan menyedari bahawa tuntutan agama Islam dan kehendak wanita mahukan perawat wanita yang menguruskan kes-kes bersalin. Untuk itu, kerajaan telah menyediakan dan mengkhususkan jururawat terlatih dalam perbidanan (midwifery) dan jururawat masyarakat yang terdiri daripada 100% kaum wanita. Lelaki tidak ada dan tidak dibenarkan menjadi bidan di negara ini. Perlu kita sedar, majoriti (80%) proses bersalin di Malaysia adalah melalui kaedah normal yang hanya dikendalikan oleh jururawat bidan dan tidak memerlukan penglibatan doktor. Justeru itu hanya baki 20% sahaja yang mengalami komplikasi yang memerlukan pembedahan Caeserian yang melibatkan rawatan doktor. Peratus ini (20%) adalah merupakan peratus yang agak rendah kerana kita setaraf dengan negara maju seperti Singapura.

2. Ada cadangan bahawa pengajaran ilmu sakit puan ini mestilah dikhususkan dan dieksklusifkan hanya untuk doktor wanita dan doktor lelaki dilarang atau diharamkan menceburinya. Perkara ini amat sukar untuk dilaksanakan kerana:

i) Ilmu O&G ini wajib diajar kepada semua doktor siswazah termasuk doktor lelaki (HO dan MO junior lelaki). Ini kerana jika mereka dilarang belajar atau diberi pengalaman mengendalikan proses kelahiran, maka ia bakal menimbulkan malapetaka besar kepada masyarakat. Doktor mungkin akan ditempatkan bekerja di pedalaman atau oncall berseorangan. Bayangkan jika ada kes kecemasan bersalin dan doktor tidak tahu atau tidak pandai menyambut kelahiran! Tidak pandai dan tidak tahu pula kerana agama mengharamkan mereka mempelajari bidang ini! Sungguh ia merupakan satu bencana kepada masyarakat kita. Jadi latihan kepada doktor lelaki ini adalah wajib demi kemaslahatan ummah.

ii) Bidang kepakaran sakit puan (O&G) ini adalah satu bidang yang sangat mencabar. Ia merupakan satu bidang yang amat sibuk dan mempunyai risiko litigasi (kes saman) yang amat tinggi. Justeru itu, ramai doktor wanita muslimah yang tidak sanggup melanjutkan kepakaran dalam bidang ini kerana komitmen pada keluarga dan tidak sanggup menghadapi kesibukan yang memerlukan mereka datang ke hospital di tengah2 malam kerana orang bersalin bukan hanya datang pada waktu siang.

Doktor wanita mempunyai tanggungjawab pada rumahtangga mereka dan ramai yang memilih untuk melanjutkan kepakaran ke dalam bidang yang 'kurang sibuknya' seperti ophthalmology, ENT dan pathology malah menjadi GP bagi membolehkan mereka menumpukan perhatian pada keluarga mereka.

iii) Sungguhpun biasiswa melanjutkan pengajian disediakan kerajaan dan keutamaan diberikan utk wanita, jika tidak ada permohonan atau jika yang memohon tidak memenuhi kriteria kelayakan maka kekosongan itu perlu diisi oleh orang lain yg layak demi keperluan negara dan rakyat. Kerajaan tidak berhak utk menghalang doktor lelaki terutamanya yg bukan Muslim dari menceburi bidang yang mereka minati. Kerajaan juga tidak boleh meletakkan pisau di leher doktor wanita dan memaksa mereka melanjutkan kepakaran dalam bidang O&G.

iv) Fenomena kehadiran doktor pakar sakit puan lelaki bukan hanya eksklusif di negara kita tetapi ia juga merupakan sesuatu yang berlaku diseluruh dunia hatta di negara Islam yg ortodoks seperti Arab Saudi. Saya pernah bertugas di Arab Saudi semasa musim Haji dan pernah merujuk kes ke Hospital King Abdul Aziz. Doktor pakar yang menerima kes saya itu adalah doktor lelaki warga Arab Saudi. Saya bertanya sendiri kepada beliau, bukankah Arab Saudi mempunyai polisi mengutamakan wanita menceburi bidang sakit puan. Beliau menjawab, memang pun sedemikian namun kekosongan permohonan yang mendesak menyebabkan Arab Saudi juga mengalami masalah yang sama seperti kita. Bagi mengurangkan masalah tersebut, Arab Saudi mengimport doktor wanita dari Mesir dan negara lain utk bekerja di negara mereka. Ini bukan penyelesai masalah kerana sudah pasti ia menimbulkan vakum dan kekurangan doktor pula utk negara Mesir dan negara lain yang mengeksport doktor mereka.

Jadi 'ketidak patuhan syariat' tetap berlaku pula pada negara Islam yang lain.

v) Secara tradisi, bidang O&G ini memang didominasi oleh kaum lelaki kerana sejak dahulu pendidikan diutamakan kepada anak lelaki berbanding wanita. Malah di negara kita, ramai para konsultan dan pakar2 O&G yang hebat adalah terdiri dari doktor lelaki. Kepakaran mereka ini amat bernilai dan mereka tetap diperlukan utk memperturunkan ilmu mereka kepada doktor pakar O&G baru yang secara trendnya kebelakangan ini menyaksikan lebih ramai doktor wanita sejajar dgn usaha kerajaan meningkatkan doktor dari kaum hawa.

Kesimpulan:

1. Kerajaan sudah melakukan apa yang termampu buat masa ini bagi memenuhi keperluan kesihatan negara.

2. Perkara berkenaan kesihatan ibu yang mengandung dan bersalin ini adalah serius kerana sebarang kematian maternal (maternal mortality) adalah merupakan indeks kemunduran/kemajuan sesuatu negara. Ia akan memasuki statistik WHO dan sudah pasti mempunyai impak pada negara di persada dunia. Islam sangat2 mementingkan nyawa.

3. Doktor2 wanita perlu diberi motivasi dan disedarkan akan tanggungjawab fardhu kifayah mereka supaya vakum dalam khidmat O&G ini dapat diisi secara gradual.

4. Bagi mereka yang bertegas mahukan rawatan doktor pakar wanita, anda bebas mendapatkan rawatan dari doktor pakar wanita di sektor swasta. Rancang keluarga anda dan simpan wang secukupnya bagi memenuhi kehendak anda.

5. Bagi yang mendapatkan rawatan di hospital kerajaan, bersabarlah kerana kerajaan sudah melakukan yang terbaik dan optimum setakat ini utk rakyat. Memang diakui masih ada kelemahan yang boleh diperbaiki tetapi ibarat kata pepatah English, "Rome was not built in a day".

SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA 2015.

Dr. Abdul Rahman Abdul Kadir
Link : https://www.facebook.com/rahman.kadir.3/posts/10206381739607123

4 comments :

  1. Aiyoh....mentaliti kampung!!! Dah takde benda lain ke yang nak diperjuangkan sampai kepakaran perubatan pun nak dijadikan isu SEKS!!!
    Doktor2 O&G adalah pakar...sama macam pakar jantung, pakar sakit belakang, etc etc. Kenapa masih ada yang memikirkan hanya benda2 yang kotor atau berunsur seksual? Kalau tak confident, hantar bini ke doktor pompuan. Jangan jumpa doktor lelaki. Kalau bini yang menggatal, tak payah nak kata doktor je...tukang cuci kereta tu pun perlu cari yang pompuan je! Lawyer pun cari lawyer pompuan, pegawai bank pun ri pegawai pompun...semuanya pompuan sebab takut bini tergoda!

    Ingat semua doktor2 ni berpikiran kotor macam kepala hotak sesetenggah orang kampung ke?
    Kalau macam tu, larangkan sekali bomoh2 yang langsung tidak bertauliah tetapi nak merubat pesakit2 wanita dan ramai telah terbukti menipu dan melakukan jenayah seksual ke atas pesakit! Hanya bomoh pompuan saja! Macam tu baru la husband yang low self-esteem dan kurang confident rasa selamat sikit.....betul tak?

    ReplyDelete
  2. Bukan masalah menggatal la bodo... masalah aurat... "kerajaan da buat yg terbaikkan".. sok2 kita jawab laa bila Allah tanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ibu hayati ingin berbagi cerita kepada anda semua bahwa saya yg dulunya cuma seorang TKW di HONGKONG jadi pembantu rumah tangga yg gajinya tidak mencukupi keluarga dikampun,jadi TKW itu sangat menderita dan disuatu hari saya duduk2 buka internet dan tidak disengaja saya melihat komentar orang tentan MBAH KABOIRENG dan katanya bisa membantu orang untuk memberikan nomor yg betul betul tembus dan kebetulan juga saya sering pasan nomor di HONGKONG,akhirnya saya coba untuk menhubungi MBAH KABOIRENG dan ALHAMDULILLAH beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor,dan nomor yg diberikan MBAH KABOIRENG meman betul2 terbukti tembus dan saya sangat bersyukur berkat bantuan MBAH KABOIRENG kini saya bisa pulang ke INDONESIA untuk buka usaha sendiri,,munkin saya tidak bisa membalas budi baik MBAH KABOIRENG sekali lagi makasih yaa MBAH dan bagi teman2 yg menjadi TKW atau TKI seperti saya,bila butuh bantuan hubungi saja MBAH KABOIRENG DI 085-260-482-111 insya ALLAH beliau akan membantu anda.Ini benar benar kisah nyata dari saya seorang TKW.. KLIK GHOB 2D 3D 4D 6D DISINI















      Saya ibu hayati ingin berbagi cerita kepada anda semua bahwa saya yg dulunya cuma seorang TKW di HONGKONG jadi pembantu rumah tangga yg gajinya tidak mencukupi keluarga dikampun,jadi TKW itu sangat menderita dan disuatu hari saya duduk2 buka internet dan tidak disengaja saya melihat komentar orang tentan MBAH KABOIRENG dan katanya bisa membantu orang untuk memberikan nomor yg betul betul tembus dan kebetulan juga saya sering pasan nomor di HONGKONG,akhirnya saya coba untuk menhubungi MBAH KABOIRENG dan ALHAMDULILLAH beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor,dan nomor yg diberikan MBAH KABOIRENG meman betul2 terbukti tembus dan saya sangat bersyukur berkat bantuan MBAH KABOIRENG kini saya bisa pulang ke INDONESIA untuk buka usaha sendiri,,munkin saya tidak bisa membalas budi baik MBAH KABOIRENG sekali lagi makasih yaa MBAH dan bagi teman2 yg menjadi TKW atau TKI seperti saya,bila butuh bantuan hubungi saja MBAH KABOIRENG DI 085-260-482-111 insya ALLAH beliau akan membantu anda.Ini benar benar kisah nyata dari saya seorang TKW.. KLIK GHOB 2D 3D 4D 6D DISINI


      Delete
  3. Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI.... KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












    Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI.... KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...