Pages

Tuesday, 18 November 2014

MAHKAMAH DAH GELONG, KALIMAH ALLAH BOLEH DIRAYU

MENGEJUTKAN apabila Mahkamah Persekutuan telah menetapkan 21 Januari tahun depan untuk mendengar permohonan Gereja Katolik untuk mengkaji semula keputusan yang menafikan kebenaran gereja untuk merayu ke atas larangan Menteri Dalam Negeri mengenai penggunaan perkataan "Allah" dalam penerbitan mingguan The Herald. Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Nor Aziati Jaafar, menetapkan tarikh itu semasa pengurusan kes perkara itu dalam kamar semalam.

Mahkamah Persekutuan pada 23 Jun 2014 yang lalu telah memutuskan bahawa Gereja Katholik tidak dibenarkan merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang melarang penerbitan mingguan 'The Herald' daripada menggunakan kalimah 'Allah', dalam versi bahasa Melayu dalam terbitannya.

Ini bermakna, keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini yang melarang penggunaan kalimah Allah dalam "The Herald", terpakai dan gereja itu tidak boleh lagi mengemukakan rayuan waima cubaan untuk mendengar permohonan untuk merayu. Dari mahkamah yang sama yang melarang untuk merayu, malangnya dari mahkamah yang sama juga mahu mendengar semula permohonan rayuan. Tidak kah pelik dan menjadi jelik?

Rata-rata rakyat Malaysia yang beragama Islam tidak mahu titik hitam berulang semula seperti dalam keputusan Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Jumaat, 7 November 2014 yang membenarkan lelaki Islam berpakaian wanita dan sekali lagi akan memalukan umat Islam. 

Dimanakah maruah Islam jika iktikad dan rukun utama dalam Islam boleh dipergunakan dan diperkotak-katikkan oleh agama lain dengan sewenang-wenangnya?


Petikan berita daripada Bernama,

PUTRAJAYA: The Federal Court here has set Jan 21 next year to hear the application of the Catholic Church to review the decision which denied the church leave to appeal over the Home Minister’s ban on the use of the word “Allah” in its weekly publication Herald.

Federal Court deputy Registrar Nor Aziati Jaafar fixed the date during a case management of the matter in chambers yesterday.

Senior federal counsel Andi Razalijaya A. Dadi, representing the ministry and the Government, said the court instructed the respondents – the ministry and interveners comprising six state Islamic affairs councils and the Malaysian Chinese Muslim Association (MCMA) – to file their respective affidavit-in-replies by Dec 8 to the church’s review application.

Andi also said that the church and respondents were also required to file their written submissions by Jan 7.

Lawyer James Lopez appeared for the church while lawyer Tajuddin Razak, representing the MCMA, also mentioned on behalf of the lawyers for the Terengganu Islamic Affairs Council.

Lawyer Mohd Fasha Mustafa appeared for the Federal Territory as well as the Selangor Islamic Affairs Council.

Mohd Fasha also mentioned on behalf of the lawyers for the councils of Malacca and Johor.

On Sept 19, the Catholic Church filed a review application against the June 23 majority judgment of the Federal Court in dismissing the church’s application for leave to proceed its appeal to the same court.

The Catholic Church had sought leave to appeal against the Court of Appeal’s decision delivered on Oct 14 last year.

The decision in question allowed the government’s appeal to overturn the 2009 High Court’s decision that the Herald could use the word “Allah”.


Monday, 17 November 2014

TIKAM MENIKAM DI SINGAPURA, BANDAR YANG TIDAK SELAMAT #rafflesplace

MALAYSIA sering dituduh sebagai negara yang tidak selamat dan sering berlaku kes jenayah. Negeri Johor menjadi tumpuan utama tuduhan tersebut. Tuduhan ini berlegar-legar dari kacamata pembangkang dan juga rakyat seberang tambak. Namun kejadian yang berlaku tempohari mungkin membuka mata bahawa jenayah boleh berlaku dimana-mana waima negara yang kononnya bandar paling selamat d idunia seperti Singapura.

Menurut Channel NewsAsia (CNA), seorang lelaki parah ditikam pada Jumaat lalu dalam satu rompakan bersenjata di daerah perbankan Singapura #rafflesplace. Sumber melaporkan bahawa penyerang menikam mangsa di tengah-tengah bandar kewangan yang sibuk itu tanpa rasa takut-takut. Menurut saksi berlaku pengelutan antara mangsa dan penyerang. Mangsa cedera di telinga, bahu dan abdomen.

Dakwaan sebagai Singapura sebuah bandar selamat rupanya meleset sama sekali. Mungkin ada kes-kes yang masih tersimpan rapi yang tidak terdedah kepada umum memandangkan kebebasan akhbar di Negara Singa tersebut sudah diketahui umum, terbatas dan dipantau rapi. Tuduhan terhadap Malaysia khususnya Negeri Johor hanya sebagai menutup pekung didada. Maka, tidak hairanlah kenapa semakin ramai rakyat Singapura membeli hartanah di Malaysia khususnya di Negeri Johor. Kejadian ini telah menjawab semua persoalan itu.



Thursday, 13 November 2014

HUKUM SYARAK BERCANGGAH DENGAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

MEMBIMBANGKAN apabila bukti-bukti hukum syarak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan sudah terbuka luas dan nyata. Alasan penghakiman Mahkamah Rayuan yang memutuskan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan adalah salah satu tanda aras bahawa hukum syarak tidak boleh membatasi Perlembagaan Persekutuan. 

Alasan penghakiman itu juga merujuk Perlembagaan Persekutuan Perkara 4 (1) yang menyebut, 

"Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka dan yang berlawanan dengan Perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat yang berlawanan itu."

Secara langsung hukum syarak menjejaskan jaminan hak kebebasan melalui Perkara 5(1) Perlembagaan Persekutuan, 5(1) kebebasan diri, 8(1) kesamarataan, 8(2) diskriminasi, 9(2) kebebasan bergerak dan 10(1)(a) kebebasan bercakap dan bersuara.

Isu ini bukan hanya merujuk kepada kes-kes berkaitan trangender malah berkaitan kes-kes lain yang telah dirayu ke mahkamah sivil bagi menafikan keputusan-keputusan pembicaraan kes-kes mahkamah syariah. Keputusan kes hak penjagaan anak melibatkan S Deepa di Seremban dan M ‎Indira Gandhi di Ipoh serta suami mualaf mereka yang memutuskan Mahkamah Tinggi  memiliki bidang kuasa mengatasi Mahkamah Syariah. (banyak lagi kes-kes berkaitan yang tidak disebutkan dalam artikel ini)

Alasan-alasan yang diberikan mahkamah sivil sering tidak menyebelahi hukum syarak dan sekaligus sentiasa terdedah kepada kemungkinan diisytiharkan tidak sah.

"Alasan penghakiman tersebut memberi implikasi apabila sesuatu hukum syarak boleh diisytiharkan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan berdasarkan tafsiran yang liberal seperti yang diberi oleh mahkamah di negara-negara sekular.

"Apabila hukum syarak diukur dengan nilai liberal hak asasi ala-Barat dan apabila hukum syarak boleh dicabar atas alasan ia tidak munasabah kepada seseorang Hakim, termasuk yang bukan Islam, maka hukum syarak akan sentiasa terdedah kepada kemungkinan diisytiharkan tidak sah," bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad

Kes-kes ini akan menjadi kes rujukan di dalam kes-kes yang dibicarakan di Mahkamah Sivil di masa akan datang. Implikasi keputusan-keputusan mahkamah sivil ini akan membuka jalan untuk tuntutan-tuntutan yang diluar batas moral dan akhlak penganut agama Islam termasuk membenarkan perkahwinan sejenis dan hak bersekedudukan.

Hasilnya, masalah sosial akan menjadi porak peranda selagi satu pendekatan tidak diambil bagi menangani isu pertembungan peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan. Walaupun rumit namun harus ditangani segera sebelum menjadi lebih parah.

Samada umat Islam peka atau tidak sudah tidak menjadi perkara pokok namun kesatuan umat Islam masih lagi kabur dan mungkin padam selagi umat Islam saling bercakaran demi memegang prinsip politik sempit. 


Tuesday, 11 November 2014

KEGAGALAN FITNAH MENJATUHKAN @KhairyKj @MSN @KBSMalaysia

MELINDA LOOI adalah bukan nama asing bagi dunia fesyen dalam dan luar negara. Pernah memenangi beberapa anugerah fesyen, tiga kali menang Designer of the Year, dua kali menang Malaysian International Fashion Awards Malaysian International Fashion Week dan Mercedes Benz Stylo Fashion Awards. Beliau mempunyai tiga jenama berbeza iaitu: Melinda Looi Couture, Melinda Looi Prêt-à-Porter dan MELL, yang dijual di Malaysia dan butik terpilih di Eropah, Australia dan Timur Tengah.

Namun ada tuduhan telah dilemparkan yang mendakwa Melinda Looi telah mengenakan kos tidak berpatutan terhadap rekabentuk jersi skuad Malaysia yang bernilai RM400,000 seolah-olah wujudnya penyelewengan. Tanpa bukti dan dokumen bagi menyokong dakwaan tersebut dilihat cubaan memburukkan imej dan kredibiliti Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Baju rasmi Team Malaysia telah digunapakai semenjak 10 tahun yang lalu dan wajar Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Majlis Sukan Negara (MSN) menukar kepada yang baru bagi membangkitkan semangat para atlet dan wira sukan negara, dengan "Belang Harimau" dijadikan sebagai teras kepada baju yang dinamakan sebagai "Malaysian Heroes" itu. Imej pasukan dan atlet negara akan lebih garang, dinamik dan menarik dengan penampilan baru ini.

Sebagai seorang pereka fesyen yang berprestij dalam dan luar negara, adalah wajar tidak dijadikan isu besar apabila Melinda Looi dipilih menghasilkan rekabentuk baju baru team Malaysia. Malah, bagi yang memahami dan mengikuti dunia fesyen, pastinya mengetahui rekabentuk dari seorang pereka fesyen ternama seperti Melinda Looi adalah satu harta intelek yang berharga yang dijual seiring dengan kos yuran professional serta cetakan.


Tidak salah untuk mengkritik namun jika mengkritik dengan niat yang tidak baik, tidak mendatang keuntungan dan faedah kepada pembangunan sukan negara.

Lagi penjelasan DISINI.

Monday, 10 November 2014

HIDANGAN BABI DAN KATAK DI ACARA FABULOUS FOOD 1MALAYSIA

HIDANGAN daging babi dan katak bukanlah satu perkara yang dilarang kepada bukan Islam namun jika hidangan halal dan bukan halal tidak diasingkan malah bersebelahan antara satu sama lain akan menjadi perbalahan dan dipersoalkan. Akibat ghairah menganjurkan program hingga penganjur tidak peka dan alpa dengan faktor sensitiviti anutan agama berbilang bangsa di Malaysia. 

Hasil laporan audit pada acara Fabulous Food 1Malaysia 2013 (FF1M 2013) yang dibentangkan di parlimen hari ini amat mengecewakan umat Islam khususnya. Laporan tersebut mendedahkan pelbagai gerai-gerai yang tidak halal yang menyajikan hidangan dengan daging babi, katak dan wain tidak diasingkan dan diletakkan sebelah-menyebelah dengan gerai-gerai yang menjual makanan halal. Laporan itu menunjukkan bahawa antara hidangan yang tidak halal dihidangkan di FF1M 2013 di Jalan Alor adalah bak kut teh, katak, ayam wain claypot, kaki claypot daging babi dan mi daging babi.

Penganjur acara wajar membuat pertimbangan mengenai pengasingan makanan halal dan tidak halal ini bagi menghormati kepelbagaian ideologi dan agama,selain memastikan keharmonian antara kaum dikekalkan.

FMT - PETALING JAYA: Part of the audit report tabled in Parliament today concerned an audit conducted on the Fabulous Food 1Malaysia event that revealed a variety of non-halal stalls serving dishes with pork, frogs and wine in it.
The issue of contention seemed to be that the event was a government-sponsored one and that the non-halal food was not segregated in a separate part of the area, but displayed and sold alongside halal dishes.
According to the report, “It was found that these shops were not segregated and placed side-by-side to stalls that were selling halal food.”
The report also contained a word of caution to the Tourism Ministry, reminding officials that some degree for consideration was required for those who did not consume non-halal food as Malaysia was a multi-racial, multi-religious nation.
“…the organiser and ministry must consider the factor of religious or ethnic sensitivities which mirrors Malaysian culture.
“Other than respecting the ideological and religious diversity, it is also to ensure inter-racial harmony is maintained,” the report read.
The report highlighted that among the non-halal dishes served at the FF1M 2013 in Jalan Alor was bak kut teh, frogs, claypot wine chicken, claypot pork feet and pork noodles.
Another such event in Taman Johor Jaya served Chinese hamburgers and frogs.

Friday, 7 November 2014

JUMAAT YANG MALANG BAGI ISLAM DI MALAYSIA

HARI JUMAAT yang berkat ini dicemari satu insiden yang memalukan umat Islam dan syariat Islam keseluruhannya. Mengejutkan apabila keputusan Mahkamah Rayuan Putrajaya membenarkan lelaki Islam berpakaian wanita sekaligus Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 adalah terbatal dengan alasan bercanggah dengan perlembagaan negara.

Lebih malang lagi apabila tiga Hakim yang menghakimi perbicaraan rayuan tersebut terdiri DUA orang hakim Melayu Islam. Apakah pertimbangan hakim beragama Islam ini hingga boleh memalukan umat Islam dan syariat Allah S.W.T.

Hari ini kemenangan besar bagi kaum yang dilaknati Allah di negara ini. Ini bukan kes terpencil tetapi "a new beggining and never ends" bagi mereka. Tidak mustahil akan ada lagi tuntutan-tuntutan kaum yang dilaknati Allah ini akan membawa kes hak asasi dan kebebasan berkaitan kaum songsang init. 

Benarlah kata orang, yang meruntuhkan Islam itu bukanlah golongan kafir tetapi penganutnya sendiri. Semoga Allah memberkati dan melindungi anak-anak keluarga Islam dan bumi Malaysia yang tercinta ini.


Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini memutuskan bahawa Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 yang memperuntukkan hukuman ke atas lelaki Islam berpakaian wanita bercanggah dengan perlembagaan.

Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus menyampaikan keputusan yang mengisytiharkan Seksyen 66 sebagai terbatal.

Keputusan berkenaan secara tidak langsung mengiktiraf hak golongan transgender yang mengalami disforia gender dan berpakaian serta berkelakuan seperti wanita.

Keputusan berkenaan disambut dengan gembira oleh para penyokong dan kumpulan transgender yang hadir di mahkamah hari ini.

Kes berkenaan difailkan oleh Muhamad Juzaili Mohamad Khamis, 26, Syukor Jani,  28, dan Wan Fairol Wan Ismail, 30, pada 2 Februari 20122, untuk mencabar kesahakan peruntukan terbabit.

Mengikut Seksyen 66, mereka boleh dihukum penjara maksimum enam bulan penjara dan didenda RM1,000 oleh Mahkamah Syariah.

Mereka menamakan kerajaan negeri Negeri Sembilan, pengarah jabatan agama Islam negeri, pengarah penguatkuasa syariah dan ketua pendakwaan sebagai responden.

Mereka turut memohon perintah mahkamah untuk menghalang penahan dan pendakwaan ke atas mereka.

Makhamah Tinggi Seremban yang menolak permohonan tiga individu berkenaan memutuskan bahawa agar hak tersebut diketepikan kerana mereka dilahirkan sebagai lelaki Islam dan perlu mengikut undang-undang dan ajaran agama.

Panel tiga orang hakim Mahkamah Rayuan hari ini turut dianggotai Hakim Datuk Aziah Ali dan Hakim Datuk Lim Yee Lan- Malaysiakini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...