Pages

Thursday, 18 September 2014

JASA BRITISH KEPADA TANAH RIZAB MELAYU YANG PERLU ANDA TAHU

Wasiat raja-raja Melayu semasa pembentukan Perlembagaan Perse­ku­­tuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 menetapkan nisbah 50 peratus tanah di negara ini diperuntukkan kepada Tanah Rizab Melayu.

Satu daripada tujuh wasiat raja-raja Melayu menyebut: "Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain."

Amanat raja-raja Melayu itu dimaktubkan dalam Perkara 89 Perlembagaan Persekutuan yang memberi kuasa kepada Kerajaan Negeri mengisytiharkan Tanah Rizab Melayu dan melarang sebarang bentuk penjualan ataupun pajakan tanah itu kepada bukan Melayu.

Secara tidak langsung, ketetapan itu mengukuhkan kedudukan dan kuasa Enakmen Rizab Melayu yang telah wujud seawal tahun 1913 iaitu kira-kira 100 tahun dahulu bagi menjamin pemilikan tanah oleh orang Melayu di bumi milik nenek moyang sendiri.

Sebelum kedatangan penjajah – penjajah Barat ke Tanah Melayu, sistem perundangan tanah yang digunapakai pada ketika itu adalah bercorak kepada Sistem Pemilikan Adat. Dalam konteks ini, tanah-tanah berkenaan adalah milikan bersama untuk satu suku atau kumpulan masyarakat yang telah menduduki tanah-tanah berkenaan sejak sekian lama. Pada ketika itu tidak wujud sempadan bagi mana-mana tanah individu dan ia secara langsung mewujudkan satu suasana masyarakat desa yang saling kenal mengenali antara satu sama lain. Di dalam komuniti masyarakat tradisi ini ia akan diketuai oleh seorang Ketua Kampung atau Penghulu yang dilantik dari kalangan mereka.

Selain daripada itu juga, semasa era pra penjajahan Barat, terdapat 2 jenis pemilikan tanah yang digunapakai oleh masyarakat Melayu Tradisional. Antaranya ialah, pemilikan tanah oleh golongan bangsawan (pembesar – pembesar dan pegawai – pegawai kanan kerajaan). Mereka ini juga memiliki laluan sungai utama dan kawasan perlombongan di dalam kawasan yang berada dibawah pentadbiran dan kekuasaan mereka. Manakala jenis yang kedua ialah tanah – tanah yang dimiliki oleh golongan petani. Tanah-tanah berkenaan akan dibuka dan diusahakan oleh golongan berkenaan tanpa batasan dan halangan dibawah undang-undang feudal pada ketika itu. Selain itu juga, keluasan tanah bagi sesuatu kawasan adalah luas dan boleh diterokai tanpa sebarang keperluan yang harus dipenuhi oleh masyarakat petani feudal zaman kuno.

Terdapat juga sesetengah kawasan yang merupakan kawasan tanah kurniaan Sultan kepada pembesar atau pegawai-pegawai kerajaan. Tanah-tanah berkenaan akan diusahakan oleh golongan petani dan hamba dan hasilnya akan diserahkan kepada pembesar-pembesar berkenaan dan Sultan yang dikenali sebagai Cukai Hasil. Semasa awal era penjajahan Inggeris di Tanah Melayu, orang-orang Melayu telah membuka hutan bagi tujuan pembukaan tanah-tanah pertanian dan kedatangan imigran-imigran Cina, India dan Eropah telah mengakibatkan banyak kawasan-kawasan tanah milik orang Melayu telah dijual kepada mereka. Pada ketika itu, Penjajah British telah memperkenalkan sistem pertanian moden yang boleh menghasilkan pulangan pendapatan yang lebih dari pertanian tradisional seperti getah, kelapa sawit, koko dan sebagainya.

Penemuan bijih timah dan bahan-bahan galian yang lain juga telah mengakibatkan banyak tanah milikan Melayu terjual kepada syarikat-syarikat perlombongan sama ada milik saudagar China atau Eropah. Pada tahun 1891, Sir William Maxwell telah memperkenalkan 2 bentuk pendaftaran hakmilik tanah iaitu “tanah-tanah milik orang Eropah” dan “tanah – tanah yang dipegang dibawah hakmilik adat”. Bagi mengelakkan tanah-tanah natif ini jatuh ke tangan pendatang, British telah mengenakan syarat bahawa tanah adat tidak dibenarkan dipajak atau digadai dan pada tahun 1897, Daftar Hakmilik Mukim (Mukim Register) telah diperkenalkan Pembangunan ekonomi Tanah Melayu pada awal kurun 20 telah menyaksikan sumbangan dari sektor perlombongan dan pertanian komersil yang banyak. Ini telah mengakibatkan golongan-golongan pendatang yang terdiri daripada saudagar-saudagar Eropah dan Cina untuk memiliki tanah-tanah berkenaan melalui pembelian tanah dari masyarakat tempatan yang terdiri daripada orang-orang Melayu. Disebabkan permintaan yang tinggi terhadap tanah-tanah yang mempunyai hasil bumi yang kaya serta kedudukan yang berhampiran dengan bandar-bandar utama telah mengakibatkan nilai tanah semasa semakin meningkat. Akibatnya banyak pemilik-pemilik tanah yang terdiri daripada masyarakat Melayu telah menjual tanah-tanah mereka kepada golongan pendatang.

Disebabkan oleh senario pembukaan tanah oleh masyarakat Melayu dan seterusnya dijual kepada saudagar-saudagar asing, pihak Pentadbir Kolonial British telah merasakan bahawa bangsa Melayu akan kehilangan tanah mereka pada suatu masa nanti jika amalan ini berterusan. Oleh yang demikian, Kerajaan Inggeris telah memperkenalkan satu enakmen yang dikenali sebagai Enakmen Rizab Melayu pada tahun 1913 yang bertujuan untuk menjaga dan menjamin kepentingan bangsa Melayu ke atas tanah dan juga untuk memastikan tanah-tanah berkenaan tidak jatuh ke tangan bukan Melayu. Tujuan utama British memperkenalkan Enakmen Rizab Melayu ini adalah untuk mencegah orang-orang Melayu dari menjual dan memperolehi keuntungan daripada penjualan tanah-tanah ini kepada bukan Melayu.

Setelah negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, tanggungjawab untuk menjaga kepentingan Tanah Rizab Melayu telah berpindah daripada tugas seorang Residen British kepada Menteri Besar. Di dalam Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan Fasal 86 berhubung dengan Tanah Rizab Melayu serta disokong oleh enakmen-enakmen rizab Melayu yang diwarisi dari Kolonial British yang terus menerus diamalkan. Walaubagaimanapun, isu-isu berhubung dengan Tanah Rizab Melayu mula diberi perhatian pada masa kini. Ini adalah kerana perkembangan dan aliran program-program pembangunan yang pada asalnya terdapat di kawasan perbandaran sedia ada tetapi telah meluas ke kawasan – kawasan luar bandar.

Sumber : Pelbagai

DERMA US30 JUTA UNTUK CARI DALANG TRAGEDI MH17

Seorang penderma yang tidak dikenali telah mendepositkan AS$30 juta (RM96.53 juta) ke akaun sebuah firma penyiasatan persendirian Jerman untuk ditawarkan kepada mana-mana pihak yang dapat mengemukakan bukti siapakah yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 pada 17 Julai lalu di ruang udara Timur Ukraine.

Ia adalah wang tawaran paling besar dalam sejarah dunia – mengatasi jumlah yang ditawarkan untuk menangkap Osama bin Laden.

Tanggungjawab untuk memulakan penyiasatan persendirian itu diserahkan kepada Wifka, sebuah firma yang berpusat di Schleswig-Holstein di Utara Jerman.
Wifka dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh sebuah media berbahasa Inggeris Jerman, The Local, menegaskan sejak kejadian pembunuhan itu yang mengorbankan 298 penumpang dan anak kapal, semua orang menyebut bahawa mangsa-mangsa itu memerlukan pembelaan dan sanak keluarga mereka serta masyarakat antarabangsa juga memerlukan jawapan siapakah yang sebenarnya bertanggungjawab menembak jatuh pesawat berkenaan.

Malangnya, kata Wifta, belum ada satu pun daripada persoalan ini dijawab walaupun siasatan ke atasnya sedang dijalankan oleh sebuah jawatankuasa antarabangsa.

Kini, tanggungjawab untuk mencari jawapan tersebut telah diserahkan kepada seorang pakar penyiasat persendirian yang berpengalaman selama 30 tahun dalam bidang ini iaitu Josef Resch.

“Setiap orang ada harganya. Ia hanyalah persoalan berapa banyak,” kata Resch yang yakin tawaran AS$30 juta itu akan membuka mata mereka yang ada harga.

Resch juga mengesahkan yang dia telah pun menerima upah sebanyak Euro 40,000 untuk memulakan penyiasatannya dan dia tidak ragu-ragu akan menemui orang yang bersedia menerima wang sebanyak itu (AS$30 juta)  untuk mendedahkan kebenaran di sebalik insiden itu.

Wifka menegaskan, sesiapa sahaja yang dapat mendedahkan – siapakah yang bertanggungjawab dan terlibat dalam menembak pesawat MH17 itu, siapa yang menyembunyikan kebenaran di sebalik kejadian itu dan apa yang telah terjadi kepada senjata yang digunakan untuk menembak jatuh MH17  – akan menerima hadiah wang tunai AS$30 juta yang ditawarkan itu.

Malah Wifta juga memberi jaminan bahawa orang yang mendedahkan semua kebenaran ini akan diberikan identiti baru sebagai langkah perlindungan.

Wang hadiah tersebut kini tersimpan di Zurich, tetapi Wifka sekali lagi menegaskan yang mereka tidak tahu siapakah penderma nya. Identitinya menjadi rahsia.

Satu-satunya maklumat yang mereka ada ialah, pihak yang menjadi orang tengah dalam rundingan ini bertutur dalam loghat Switzerland.

Jumlah tawaran AS$30 juta itu melebihi jumlah wang yang ditawarkan kepada sesiapa yang dapat mendedahkan maklumat sehingga tertangkapnya Osama bin Laden iaitu sebanyak AS$25 juta (RM80.45 juta).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...