Pages

Sunday, 25 May 2014

#FBP14 [VIDEO] MALAM BELIA BERSELAWAT BERJAYA @festivalbelia_

Festival Belia Putrajaya 2014 kali ini mengetengahkan pendekatan yang seimbang supaya dapat memberi lebih banyak manfaat kepada golongan belia daripada semua lapisan masyarakat. Kehadiran belia-belia ke Program Malam Selawat pada 22 Mei 2014 sempena festival tersebut mengatasi kehadiran persembahan pentas dan hiburan. Jelas sekali program kerohanian mendapat tempat kepada belia-belia Malaysia. 

“Penglibatan belia di peringkat akar umbi juga antara pendekatan yang dilaksaksanakan pada tahun ini, pertandingan dalam pelbagai aktiviti telah dimulakan di peringkat daerah dan negeri di mana pemenang akan layak ke peringkat akhir semasa festival belia di Putrajaya. Hampir separuh perbelanjaan pada penganjuran pada kali ini dikhususkan untuk menganjurkan aktiviti-aktiviti di peringkat daerah dan negeri.

Antara ulasan dan petikan kenyataan akhbar Menteri Belia dan Sukan YB Khairy Jamaluddin semasa walkabout ke Majlis Akad Nikah Raja Sehari Mega 2014.

#FBP14 NORI ABDULLAH BERKAMPUNG @festivalbelia_ @Khairykj

Puan Nori Abdullah isteri Menteri Belia dan Sukan mengalas tugas suaminya, YB Khairy Jamaluddin dalam walkabout hari terakhir Festival Belia Putrajaya 2014. YB Khairy Jamaluddin berlepas ke India untuk bersama-sama wira-wira badminton negara yang akan bertarung di Pertandingan akhir Piala Thomas menentang Jepun selepas menewaskan Indonesia 3-0 pada separuh akhir semalam.

Puan Nori Abdullah sudah berkampung di festival ini sejak jumaat lagi dan sering mengiringi suaminya dan mengambil bahagian dalam acara-acara di Festival.

Puan Nori Abdullah sempat mengunjungi booth Agensi KBS dan Kerajaan dan beramah mesra dengan atlet-atlet dan bekas-bekas atlet kebangsaan. Jangan ketinggalan kerana banyal lagi acara menarik yang sedang rancak berjalan.


#FBP14 RIBUAN BASIKAL DI PUTRAJAYA @FBP2014

Festival Belia Putrajaya 2014 telah masuk hari terakhir. Festival yang berlangsung sejak 22 Mei 2014 yang masih rancak berjalan. Pelbagai aktiviti dan acara sedang berjalan. Pagi ini acara Fit Malaysia Fun Ride sedang berjalan yang mengumpulkan ribuan peminat basikal membuat aktiviti kayuan sejauh 15 km mengelilingi Putrajaya. 

Acara yang bermula di jam 7.00 pagi itu di Presint 4, Putrajaya menjadi salah satu acara awal pada hari terakhir festival.

Festival yang diisi dengan 60 segmen yang diadakan di empat zon iaitu Utara, Barat, Timur, dan Selatan yang memberi fokus kepada aktiviti pendidikan, kerohanian, kemahiran, kesenian, bakat, interaksi dan sukarelawan. Banyak lagi acara dan aktiviti  menarik yang akan berjalan pada hari ini. Jangan ketinggalan. Jom ke Putrajaya.

Beberapa gambar petikan semalam untuk dikongsi.


Saturday, 24 May 2014

#FBP14 TPM Naik Buggy @Khairykj @FBP2014 Caya la!

Festival Belia Putrajaya 2014 semakin rancak. Festival yang telah masuk hari ketiga hari ini menerima kunjungan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau turut mengadakan siri walkabout sepanjang tapak festival dengan menaiki buggy yang dipandu oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Dalam siri walkabout tersebut, Timbalan Perdana Menteri disambut meriah di tapak Program Pertukaran Belia Antarabangsa (Malaysia International Youth Exchange - MIYE). Seramai 200 peserta dari 17 buah negara  untuk program ini yang mewakili ahli-ahli politik muda, pemimpin pelajar, pemimpin belia masyarakat dan pemimpin-pemimpin NGO muda memberikan sambutan kebudayaan Malaysia. Selain daripada peserta negara-negara ASEAN dan 7 negara lain yang terdiri daripada China, Jepun, Korea, Sri Lanka, Maldives, India dan Rusia turut menyertai dalam program ini.

Program Pertukaran Belia Antarabangsa ( MIYE ) bertujuan untuk membawa bersama-sama budaya dan tradisi di kalangan belia dari ASEAN dan negara-negara lain yang diundang untuk berkongsi dan juga membina perkongsian pintar di kalangan belia di rantau ini. Ia adalah satu yang unik peluang untuk belia ASEAN dan negara-negara lain dijemput untuk mempamerkan kepelbagaian mereka nilai-nilai budaya , tradisi dan untuk memelihara mereka daripada kepupusan.

ASEAN dan negara-negara lain diharap dapat berkongsi banyak persamaan dalam keadaan semula jadi ,geografi, dan budaya dan juga tradisi . Program pertukaran ini membantu untuk meningkatkan dan mengukuhkan pemahaman bersama kepelbagaian budaya dan persamaan ,persahabatan dan kerjasama di kalangan ASEAN dan negara-negara lain.



#FBP14 VIDEO MAJLIS AKAD NIKAH RAJA SEHARI MEGA 2014 @FBP2014

JAKIM dengan kerjasama Pertubuhan Belia Wawasan baharu telah menganjurkan Majlis Akad Nikah Raja Sehari Mega 2014 bersempena Festival Belia Putrajaya 2014. Majlis yang dilangsungkan pada 24 Mei 2014 bertempat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya mengumpulkan 73 pasangan pengantin yang dinikahkan.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Ketua pengarah JAKIM, Ybhg. Dato' Haji Othman Mustapha dan turut diserikan dengan kehadiran YB Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan Malaysia sempena walkabout ke tapak-tapak festival yang sedang berlansung.

Dibawah keratan video majlis tersebut yang penuh meriah.


#FBP14 @Khairykj DI MAJLIS AKAD NIKAH? BIAR BETUL BRO @FBP2014 @PortalSGB

YB Khairy Jamaluddin telah dilihat bersama-sama dengan pasangan pengantin pagi tadi bertempat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Rupa-rupanya Menteri Belia dan Sukan itu singgah di Majlis Akad Nikah Raja Sehari 2014 sepanjang acara walkabout beliau hari ini di Festival Belia Putrajaya 2014 yang sedang rancak berjalan sejak 22 Mei hingga 25 mei 2014.

Acara yang bermula 9.00 pagi tadi itu mengumpulkan 73 pasangan pengantin yang dinikahkan.

JAKIM menerusi Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya berperanan menjalankan akad nikah dengan  menyediakan tempat pernikahan dan jurunikah bertauliah serta membantu menguruskan proses bagi mendapatkan kebenaran berkahwin di Wilayah Persekutuan.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Ybg. Dato' Haji Othman bin Mustapha, ketua Pengarah Jakim yang turut menyampaikan khutbah nikah.


#FBP14 VIDEO WALKABOUT @Khairykj dan @LawrenceWongST @FBP2014

Menteri Belia Singapura, Mr Lawrence menyertai walkabout Menteri Belia dan Sukan, YB. Encik Khairy Jamaluddin semalam di Festival Belia Putrajaya 2014. Kunjungan kedua-dua menteri tersebut beramah mesra dengan peserta Malaysia International Youth Exchange (MIYE) di tapak festival.

Kehadiran kedua-dua menteri petang tadi disambut meriah. Keratan rakaman video sempat dirakam semasa walkabout kedua-dua menteri itu dalam program serta aktiviti Malaysia International Youth Exchange yang berjalan semalam.

Friday, 23 May 2014

#FBP14 #selfie Minister of Youth Singapore @LawrenceWongST Owesome! @Khairykj

Festival Belia Putarajaya 2014 terus mendapat sambutan pengunjung tanpa henti sejak petang tadi. Festival yang berlangsung hari ini hingga 25 Mei 2014 terus menerus diserbu pengunjung di sepanjang program dan aktiviti yang dijalankan petang tadi.

Festival kali ini turut menerima tetamu istimewa apabila Menteri Belia Singapura, Mr Lawrence turut sama menyertai walkabout Menteri Belia dan Sukan, YB. Encik Khairy Jamaluddin sepanjang tapak program dan aktiviti. Kunjungan kedua-dua menteri tersebut sempat singgah dan beramah mesra dengan peserta Malaysia International Youth Exchange (MIYE). Jelas kedua-dua menteri tersebut mempunyai jiwa belia dan memahami suara-suara belia sesuai dengan slogan Festival Belia Putrajaya 2014 'Dari Belia Untuk Belia". Syabas kepada kedua-dua menteri ini.

Kehadiran kedua-dua menteri petang tadi disambut meriah di kesemua tapak program dan aktiviti. Beberapa gambar sempat dirakam semasa walkabout kedua-dua menteri itu dalam program serta aktiviti Malaysia International Youth Exchange yang berjalan petang tadi.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...