Pages

Friday, 21 February 2014

PENGUNDI HANTU DUN KAJANG DIKENALPASTI


Nampaknya setiap kali tibanya musim pilihan raya baik umum (PRU), negeri (PRN) mahupun kecil (PRK) pembangkang seolah-olah telah kehabisan modal apabila sering membangkitkan isu pengundi hantu.

Jika sebelum ini, Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim cuba membakar sentimen kemarahan rakyat dengan membangkitkan isu 40,000 pengundi hantu, kini anak saudaranya, Badrul Hisham Shaharin turut dilihat cuba menggunakan isu yang sama.

Mungkin kerana khuatir Anwar ditolak oleh majoriti pengundi di Kajang, Badrul mendakwa ribuan warga asing dari Myanmar di kesan berada di Kajang.

“Apakah ianya satu kebetulan apabila ribuan warga asing dipercayai warga Myanmar hadir ke Kajang dengan beg besar seolah-olah baru masuk ke negara melalui KLIA” ujar anak saudara kepada Anwar itu.

Anwar sebelum ini ibarat ‘cacing kepanasan’ apabila GAGAL membuktikan fitnah yang dilemparkan kononnya seramai 40,000 warga Bangladesh telah mengundi Barisan Nasional (BN) dalam PRU yang lalu.

Antara hujah yang digunakan ialah, kononnya ada di kalangan ‘pengundi bangla’ yang ditangkap itu tidak tahu menyanyikan lagu negaraku dan sebagainya. Namun apa yang lebih memalukan, ada di kalangan ‘pengundi bangla’ yang ditangkap itu adalah merupakan ahli parti itu sendiri.

Dia juga berulang kali memainkan isu ’40,000 pengundi Bangla’ di sepanjang kempen ‘Black 505’ bagi meminta rakyat menyokong desakan untuk menolak keputusan PRU-13. Namun apabila himpunan tersebut GAGAL menarik sokongan seperti yang diharapkan.

Tidak tahan dengan asakan yang mencabarnya untuk membuktikan fitnah yang dilemparkan itu, Anwar akhirnya terpaksa membuat ‘pusingan u-turn’ dengan menafikan dia pernah membangkitkan isu tersebut.

"Tuduhan tersebut sengaja diadakan dan cuba diputarbelitkan oleh penulis blog Umno," katanya dalam satu sidang media di Parlimen sebelum ini.

Perdana Menteri ketika mengulas kenyataan Anwar itu mengatakan, beliau memiliki bukti Ketua Pembangkang itu pernah membuat dakwaan sedemikian menerusi teks ceramah dan juga daripada media-media pro pembangkang.

‘‘Saya dengar ucapan dia, saya banyak sumber yang dengar ucapan dia, (tetapi sekarang ini) dia nak nafikan pula.

‘‘Tetapi muka depan akhbar Suara Keadilan ada (tulis) tentang 40,000 Bangladesh itu, ucapan dia (Anwar) juga sindir kepada kita bahawa rakyat tidak sokong kita, yang sokong adalah rakyat Bangladesh dan Filipina,"

“Apabila saya kata 40,000 warga Bangladesh itu tidak betul, tidak ada bukti, Perdana Menteri Bangladesh pun kata (tuduhan) itu tidak mungkin, dia (Anwar) pusing kata bahawa dia tidak kata begitu”, katanya sebelum ini ketika mengulas kenyataan ‘u-turn’ Anwar.

Kesimpulannya isu warga asing ini sengaja diwujudkan agar dapat dijadikan modal untuk menimbulkan persepsi di kalangan rakyat. Sekiranya sebelum ini rakyat Bangladesh dijadikan mangsa, kini tiba giliran warga Myanmar pula dijadikan sebagai korban.

Mungkin kerana takut ditertawakan oleh rakyat, sekiranya dia membangkitkan semula isu pengundi hantu ini, maka jalan terbaik adalah menggunakan ‘anak saudaranya’ sebagai kambing hitam dan persediaan sekiranya GAGAL mempertahankan kerusi Dun Kajang.

Dengan cara ini, mungkin Anwar boleh menutup malu dengan mengatakan ’40,000 ribu pengundi Myanmar’ adalah punca kekalahannya di Dun Kajang.

Thursday, 20 February 2014

DAP CUBA CETUSKAN RUSUHAN DI PULAU PINANG?


Manusia yang tidak belajar dari sejarah akan dihukum untuk melalui sejarah tersebut berkali-kali. Sejarah 13 Mei 1969 telah mengajar kita mengenai pentingnya toleransi dan hormat-menghormati dalam hubungan antara kaum. Ia juga mengajar kita bahawa toleransi dan hormat-menghormati pula bukan bermakna yang kita harus bersikap ‘tidak-apa’ terhadap setiap provokasi yang ditujukan kepada kita.

13 Mei memperlihatkan kepada kita bagaimana sikap ‘tidak-apa’ satu pihak telah diambil-mudah oleh pihak lain untuk memijak dan menindas mereka. 13 Mei bukan berlaku secara spontan, tetapi dirancang rapi oleh pihak yang menyokong parti Gerakan-DAP menjelang PRU 1969 yang ingin merampas kuasa politik Melayu. Ia dibuktikan melalui penemuan stok-stok makanan dan senjata yang disembunyikan di beberapa kawasan strategik, pastinya sebagai bekalan untuk melalui keadaan darurat yang dirancang mereka.

Untuk merealisasikan huru-hara yang dirancang tersebut, pemimpin-pemimpin kaum Cina terlebih dahulu menyalakan api melalui ceramah-ceramah berbaur hasutan terhadap kerajaan. Mereka menanam prasangka dan kebencian yang meluap-luap terhadap orang-orang Melayu sementara di masa yang sama, meniupkan rasa angkuh dan bongkak ke dalam diri mereka sendiri kerana berjaya menguasai ekonomi negara ini.

Kempen PRU yang panjang iaitu 21 hari pada ketika itu digunakan sepenuhnya oleh parti yang mewakili kaum Cina untuk menyemarakkan permusuhan. Sementara itu, orang-orang Melayu masih lagi alpa, masih bersangka baik dan tidak percaya yang pendatang yang mereka terima sebagai tetamu, jiran dan sahabat rupa-rupanya langsung tidak menghargai keikhlasan dan pengorbanan mereka.

Kini, sejarah ini telah berlalu, namun, beberapa orang yang terlibat dalam peristiwa itu masih lagi hidup. Malah, antara yang ditangkap sebagai penghasut, iaitu Lim Kit Siang mendapat tempat pula dalam politik negara sebagai pemimpin pembangkang. Anaknya juga kini berjaya menjadi Ketua Menteri di Pulau Pinang.

Seperti yang kita sedia maklum, Lim Kit Siang tidak pernah merasa kesal atau bersalah kerana mencetuskan 13 Mei malah cuba menafikan yang beliau terlibat. Apa yang jelas kelihatan hari ini ialah, sikap bongkak, angkuh dan juga rasa benci Lim Kit Siang anak-beranak dan juga parti DAP terhadap orang Melayu masih belum pudar malah semakin hebat.

Lebih buruk lagi, Kit Siang cuba menyalahkan UMNO dan menghabiskan seluruh hidupnya untuk menukar sejarah 13 Mei bagi memperlihatkan ia dimulakan oleh UMNO dan bukan pihaknya.

Hari ini, dengan kuasa di beberapa negeri telah dimiliki oleh DAP sama ada secara langsung atau melalui proksi, maka Kit Siang melihat peluang untuk mengukuhkan ceritanya bahawa kononnya UMNOlah yang memulakan 13 Mei. Untuk itu, Kit Siang memerlukan agar 13 Mei berulang tetapi perlu memastikan yang dirinya tidak dipersalahkan.

Sekiranya benar, bagi menjayakan matlamat ini, Kit Siang perlu menaikkan kemarahan orang Melayu sehingga mereka yang memulakan amukan. Dari apa yang dapat dilihat kini, nampaknya itulah yang Kit Siang sedang lakukan.

Kebencian terhadap orang Melayu yang disemai oleh DAP di sekolah-sekolah vernakular, di dalam akhbar-akhbar berbahasa Cina dan juga di laman-laman sosial kini telah membuahkan hasil. Api kebencian antara kaum semakin membesar. DAP pastinya tahu, bahawa jika mereka ingin mengulangi 13 Mei, maka inilah masanya. 

Maka tidak hairanlah, sejurus selepas berkuasa penuh di Pulau Pinang, DAP mula menunjuk bongkak. Parti itu secara terang-terangan menindas Melayu dengan cara merampas tanah dan premis perniagaan tanpa belas kasihan. Sikap berat sebelah dipertontonkan tanpa tapisan. DAP seolah-oleh berkata ‘aku berkuasa, apa yang kamu boleh buat?’

DAP memberi tekanan kepada pembeli rumah dan juga peniaga berbangsa Melayu dengan berbagai cara. Di masa yang sama, DAP mengerahkan jentera siber dan menggalakkan penyokongnya mencabar dan menghina Melayu semahu-mahunya.

Pemimpin DAP sendiri secara aktif menggunakan media sosial mereka untuk menunjuk kebencian, melabel, mengejek dan merujuk kepada pemimpin Melayu-UMNO dengan panggilan-panggilan yang buruk bagi mengundang kemarahan dan tindak balas orang-orang Melayu.

Tidak cukup dengan itu, DAP menyentuh soal agama dan cuba melaga-lagakan Kristian dengan Islam.

Semua ini dilakukan oleh secara jelas dan sengaja serta ‘bersiri’.

Apabila saja terdapat tindakbalas dari orang-orang Melayu, maka DAP akan menuduh orang-orang Melayu sebagai ekstrem, radikal serta rasis. Akhir-akhir ini, Lim Kit Siang dilihat lebih ‘agresif’ lagi apabila hampir setiap hari beliau menulis mengenai ‘kemungkinan berlakunya 13 Mei yang dimulakan oleh golongan ekstrem’.

Hakikatnya, yang ekstrem di sini adalah Kit Siang dan DAP. Kit Siang adalah ekstremis Cina yang berlindung di sebalik nama ‘rakyat yang berjiwa Malaysia’, walhal seluruh perjuangannya adalah untuk menghapuskan kuasa politik Melayu serta mengubah struktur Malaysia seratus peratus agar memberi kelebihan kepada kumpulan yang menguasai ekonomi negara, iaitu ‘kaum Cina’.

Tuduhan Kit Siang bahawa terdapat Melayu ekstremis hanyalah untuk menutup sikap ekstremis dirinya sendiri. Jika benar Melayu itu ekstremis, tidak mungkin orang-orang Cina akan menjadi kaya kerana kuasa beli terbesar adalah di tangan Melayu. Jika benar Melayu itu ektremis dan UMNO itu tidak adil terhadap minoriti, maka Kit Siang tidak mungkin hidup dan menjadi pemimpin parti politik pada hari ini, apatah lagi bersikap celupar dan biadap menuduh itu dan ini terhadap kerajaan. 

Melayu sentiasa mengajak kepada perpaduan, buktinya ialah kita sentiasa mengimpikan satu sekolah untuk semua kaum. Hanya kaum Cina sahaja yang beria-ia ingin terus terpisah dari arus pendidikan nasional. 

Oleh itu, fikirkanlah sendiri, siapa yang bongkak, siapa yang rasis, siapa yang ekstremis dan siapa sebenarnya yang sedang giat berusaha untuk mengulangi 13 Mei? 

Thursday, 13 February 2014

KETIRISAN RM40 JUTA DI PKNS : SELANGOR TERBAIK!

PNKS telah didakwa membelanjakan RM40 juta pada bola sepak sejak tahun 2008, Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri Selangor. Jumlah tersebut didakwa dibelanjakan oleh badan kerajaan negeri Selangor itu untuk membiayai Football Club PKNS (PKNS FC). 

Sebelum tahun 2008, kos menjalankan kelab bola sepak itu adalah kurang daripada RM2.5 juta setahun, kemudian ia mula meningkat, dan dalam tempoh tiga tahun yang lalu ia telah meningkat kepada setinggi RM10 juta setahun hari ini. 

Pendedahan Raja Petra Kamarudin, penulis portal Malaysia-Today dibuat sehari selepas Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim mengumumkan pembentukan satu pasukan petugas khas untuk memeriksa penyelewengan kewangan di Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Raja Petra mendedahkan bahawa wang itu untuk membiayai PKNS FC datang dari dua anak syarikat : SIC dan Selaman.

"PKNS kini menghadapi masalah dimana akaun kewangan dalam keadaan kucar-kacir dan tiada siapa yang boleh menjelaskan bagaimana wang tersebut telah dibelanjakan atau apa yang telah berlaku kepadanya.

"Kebanyakan perbelanjaan yang tidak disokong dengan bukti dokumentasi ," katanya dalam portal tersebut.

Khalid telah melantik tiga ahli exco negeri untuk memantau perbelanjaan dana PKNS sehari selepas dimaklumkan media bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada masa ini sedang menyiasat dakwaan bahawa dana untuk PKNS FC telah disalahgunakan.

Ketiga-tiga exco tersebut telah ditugaskan untuk pemantauan dana yang dimaksudkan untuk PKNS FC (RM9 juta setahun), pembangunan keusahawanan (RM5 juta setahun) dan juga tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang berjumlah RM30 juta setiap tahun.

Raja Petra juga menyenaraikan nama-nama orang yang terlibat dalam pengurusan PKNS FC, mendakwa bahawa mereka telah menelan perbelanjaan kerajaan negeri Selangor kira-kira RM200,000 setahun dalam gaji dan elaun yang mereka terima untuk 'menguruskan' PKNS FC.

Beliau juga mendakwa bahawa mereka ini sedar salah urus  dana PKNS FC tetapi " tidak ada yang mahu menjadi pemberi maklumat, atas sebab-sebab yang nyata".

Beliau juga menambah bahawa seorang kerani dari jabatan kewangan telah meninggalkan PKNS selepas isu penipuan ini muncul.

Kepatuhan kepada dasar parti sambil menikmati berjuta-juta dalam gaji dan elaun dalam tempoh enam tahun lepas sementara PKNS FC ketirisan RM40 juta.

Admin

BUKTI : ANWAR JUGA MUDAH LUPA!

Maka kaum itu pun bergelak tawa bersama Anwar Ibrahim tanpa sedar mereka hanyalah alat bagi merealisasikan perjuangan serta cita-cita politiknya yang kian malap. Tapi mungkin juga mereka rela diperalatkan kerana ada imbuhan yang dijanjikan.

Bila Anwar turun memberi ceramah dan menggunakan lagu ‘Anak Kecil Main Api’ yang sinonim dengan Biro Tata Negara (BTN) (sila lihat video 1) rata-rata yang terhibur mendengar jenaka yang selari dengan kemahuan mereka – kebenaran untuk mempersoal hak keistimewaan orang Melayu.

Namun harus diingat bahawa Anwar adalah antara minda di belakang BTN.

Apabila video (sila lihat video 2) yang memaparkan Anwar mempertahankan kewujudan BTN serta kenyataan berbaur perkauman dengan memanggil kaum bukan Melayu sebagai pendatang dan pendatang ini tiada hak sama sekali untuk mempersoal tentang hak-hak keistimewaan orang Melayu, Anwar pantas membidas dengan berkata bahawa dia hanya berbuat demikian bagi mempertahankan kedudukannya di dalam Umno pada ketika itu.


Anwar melihat ada keperluan atau ‘terpaksa’ untuk menjadi rasis bagi mempertahankan kedudukannya dan terus kekal di dalam Umno bererti Anwar sanggup melakukan apa saja asalkan dia sentiasa punya kuasa.

Dan setiap apa yang dilakukan oleh Anwar hari ini, sudah pasti hanya untuk tujuan yang demikian.

Perjuangan untuk rakyat apa yang Anwar maksudkan jika dia sebagai individu sendiri sering berubah-ubah mengikut keadaan seperti sesumpah.

Tidak mustahil sekiranya Anwar memegang kuasa yang lebih besar dari sekadar Ketua Umum parti (Menteri Besar?) dia sanggup tunduk dan patuh kepada sesiapapun asal dapat terus berada di atas.

Pendek kata, jika kena paluan gendangnya, Anwar akan ikut menari bersama.

Oleh yang demikian juga, dengan pembohongan demi pembohongan yang keluar dari mulut Anwar, umum boleh beranggapan bahawa Pakatan Rakyat adalah gabungan parti-parti pembohong kerana jika mengikut keperluan dan tingkah laku Anwar, maka itulah konklusinya.

Menjadi rasis untuk berada dalam parti rasis, menjadi pembohong untuk parti pembohong.

Jadi, bila Anwar memilih untuk menggunakan BTN sebagai alat bagi menjatuhkan parti lawan, ianya menyerlahkan lagi keperibadian Anwar sebagai pakar manipulasi yang sangat bijak menggunakan peluang bagi kepentingan dirinya.

Dia tahu dengan berbuat demikian, kaum bukan Melayu – terutamanya di Kajang sekarang ini – akan melihat Anwar sebagai anti perkauman dan ‘pemimpin’ yang adil dalam memperjuangkan hak kesaksamaan.

Apa yang mereka tidak sedar adalah, pada Anwar, mereka hanyalah alat yang mudah dipergunakan untuk memastikan Anwar Ibrahim terus relevan.

Saat mereka ikut ketawa bila Anwar berjenaka, mereka lupa bahawa Anwar adalah orang yang sama, yang pernah meletakkan kedudukan mereka di bawah tapak kakinya.

Mungkin inilah kelebihan berdiri dalam barisan pembangkang, segala kesilapan dan kesalahan mereka yang sebelumnya dilupakan dan diampunkan malah dilihat sebagai seorang penyelamat.

Persoalannya sekarang, adakah mereka ini bergembira kerana lawak BTN Anwar atau mereka gembira kerana akhirnya Anwar ‘menyanyi’ mengikut rentak lagu yang mereka mahukan?

Lisa Adam adalah pemerhati politik tempatan

Wednesday, 12 February 2014

SURAT TERBUKA KEPADA ANWAR : ANWAR GILA!

Apabila kerusi DUN Kajang "dikosongkan" oleh penyandang wakil rakyat PKR Lee Chin Cheh, banyak spekulasi yang menyebut Menteri Besar Selangor akan diganti akibat kegagalan Khalid Ibrahim menerajui kerajaan negeri. Malah apabila nama Anwar dicalonkan di kerusi tersebut, maka spekulasi itu hampir menjadi kenyataan.

Namun banyak pihak menempelak sikap Anwar yang memanipulasi demokrasi akibat kerakusan kuasa dan kepentingan diri. Bukan sahaja mendapat kritikan daripada pemimpin-pemimpin kerajaan BN malah beberapa pihak dalam Pakatan Rakyat waima penyokong sendiri. Walaupun PAS menentang pada mulanya akhir PAS tunduk dengan kehendak nafsu serakah Anwar yang inginkan kuasa. 

Penyokong Pakatan Rakyat masih berbelah bahagi tentang tindakan PKR mempermainkan demokrasi.  Sesetengahnya melahirkan rasa kekecewaan secara terbuka ke atas Anwar kerana memanipulasi rakyat dengan retorik demi mengejar tampuk kuasa. Malah Anwar dilihat gagal memperbaiki kehidupan rakyat melalui agenda dan manifesto yang dicanang-canangkan. Puluhan kuliah, sidang akhbar dan forum-forum awam telah dianggap oleh penyokong PR sebagai hanya medan untuk menentukan menang dan kalah pihak lawan tanpa mendatangkan apa-apa kesan kepada rakyat melalui bukti-bukti yang terkesan di negeri-negeri dibawah penguasaan Pakatan Rakyat. "NIL and ZERO".

Adakah Pakatan Rakyat mampu memerintah negara sedangkan negeri-negeri yang dibawah penguasaan sendiri pun masih lagi gagal memenuhi kehendak rakyat?

Dibawah salah satu contoh kekecewaan penyokong PR dalam surat terbuka kepada Anwar yang diterbitkan oleh Portal Pro Pakatan Rakyat.

Let me declare something here. First of all. I am very concerned about the political crisis in Malaysia. There is too much faith and hypocrisy in the solutions offered to address the crisis, which I think smacks of naïvety.
For Pakatan Rakyat, your brilliant strategist, your so called Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat, your consensus members and supporters, the crisis might be celebrated as an endorsement of progressive or new politics.
Second, as a Sarawakian and Malaysian, I am very frustrated by the pervasive attitude and failure of you and Pakatan Rakyat leaders which has brought Malaysia to a new low in confidence.
This is why I oppose and never trust politicians and governments because you and your allies in principles are unreliable, you don’t improve the people’s lives, you manipulate the people with rhetoric and oratory skills instead.
I am frustrated by your thinking, public policies and your government’s steadfast refusal to recognise that people are suffering from the combined results of government intervention and control of our economy.
Young Malaysians can’ find jobs. Young entrepreneurs can’t get credit. High cost of living. Inflation. Large government spending. Mounting national debt. Low real wages. Too much taxation. Too low personal savings. Over consumption. Welfare state. Price control and a lot more. All of which you are very aware of.
My question is what have you done?
You have done a lot politically but nothing productively. As I’ve said earlier in my articles, the main reason for the existence of government is to destroy production, money and the people. That’s it!
Have faith in the market system
You know the cause and effect of these economic problems and I know you are smarter than this. You’re just too cowardly to admit that the government and politicians are the opposite force of freedom and liberty.
I’ve read enough of your Orange Book, party manifesto, policy speeches in Parliament, your dozens of intellectual lectures but I am not convinced simply because capitalism is incompatible with people like you and government.
You engineered an election to show off to your opponents, naming candidates, press conferences, public forums, media interviews and polling the votes; decide who should win, who should lose. This is your routine, right?
For you and your brilliant strategist, it is good political engineering but if you think this election would bring ‘whatever’ crisis to an end, I am sorry because it seems to me, insolvable and remarkably stupid.
The more government there is and the more elections there are the more waste of taxpayers’ money. You cannot improve our lives because you are not a ‘gift’ from God. I think that is insane.
You know what? Because of your ignorance, you harm the very people you wish to protect – the rakyat.
If you really want to do the right thing as mentioned by your brilliant strategist, instead of an unproductive by-election, go around the country and tell the people that the government cannot manage their world morally and economically.
Tell them to have faith in the market system. Mr Anwar, please go back to liberty principles for the sake of Malaysians.
Medecci Lineil is an Austrian Libertarian who lives in Kampung Tematu, Kuching, Sarawak. He is also the Founding Board Member at Institute for Leadership and Development Studies (Lead) and former senior executive at Institute for Democracy and Economic Affairs (Ideas).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...