Pages

Monday, 17 November 2014

TIKAM MENIKAM DI SINGAPURA, BANDAR YANG TIDAK SELAMAT #rafflesplace

MALAYSIA sering dituduh sebagai negara yang tidak selamat dan sering berlaku kes jenayah. Negeri Johor menjadi tumpuan utama tuduhan tersebut. Tuduhan ini berlegar-legar dari kacamata pembangkang dan juga rakyat seberang tambak. Namun kejadian yang berlaku tempohari mungkin membuka mata bahawa jenayah boleh berlaku dimana-mana waima negara yang kononnya bandar paling selamat d idunia seperti Singapura.

Menurut Channel NewsAsia (CNA), seorang lelaki parah ditikam pada Jumaat lalu dalam satu rompakan bersenjata di daerah perbankan Singapura #rafflesplace. Sumber melaporkan bahawa penyerang menikam mangsa di tengah-tengah bandar kewangan yang sibuk itu tanpa rasa takut-takut. Menurut saksi berlaku pengelutan antara mangsa dan penyerang. Mangsa cedera di telinga, bahu dan abdomen.

Dakwaan sebagai Singapura sebuah bandar selamat rupanya meleset sama sekali. Mungkin ada kes-kes yang masih tersimpan rapi yang tidak terdedah kepada umum memandangkan kebebasan akhbar di Negara Singa tersebut sudah diketahui umum, terbatas dan dipantau rapi. Tuduhan terhadap Malaysia khususnya Negeri Johor hanya sebagai menutup pekung didada. Maka, tidak hairanlah kenapa semakin ramai rakyat Singapura membeli hartanah di Malaysia khususnya di Negeri Johor. Kejadian ini telah menjawab semua persoalan itu.



No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...