Pages

Tuesday, 11 November 2014

KEGAGALAN FITNAH MENJATUHKAN @KhairyKj @MSN @KBSMalaysia

MELINDA LOOI adalah bukan nama asing bagi dunia fesyen dalam dan luar negara. Pernah memenangi beberapa anugerah fesyen, tiga kali menang Designer of the Year, dua kali menang Malaysian International Fashion Awards Malaysian International Fashion Week dan Mercedes Benz Stylo Fashion Awards. Beliau mempunyai tiga jenama berbeza iaitu: Melinda Looi Couture, Melinda Looi Prêt-à-Porter dan MELL, yang dijual di Malaysia dan butik terpilih di Eropah, Australia dan Timur Tengah.

Namun ada tuduhan telah dilemparkan yang mendakwa Melinda Looi telah mengenakan kos tidak berpatutan terhadap rekabentuk jersi skuad Malaysia yang bernilai RM400,000 seolah-olah wujudnya penyelewengan. Tanpa bukti dan dokumen bagi menyokong dakwaan tersebut dilihat cubaan memburukkan imej dan kredibiliti Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Baju rasmi Team Malaysia telah digunapakai semenjak 10 tahun yang lalu dan wajar Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Majlis Sukan Negara (MSN) menukar kepada yang baru bagi membangkitkan semangat para atlet dan wira sukan negara, dengan "Belang Harimau" dijadikan sebagai teras kepada baju yang dinamakan sebagai "Malaysian Heroes" itu. Imej pasukan dan atlet negara akan lebih garang, dinamik dan menarik dengan penampilan baru ini.

Sebagai seorang pereka fesyen yang berprestij dalam dan luar negara, adalah wajar tidak dijadikan isu besar apabila Melinda Looi dipilih menghasilkan rekabentuk baju baru team Malaysia. Malah, bagi yang memahami dan mengikuti dunia fesyen, pastinya mengetahui rekabentuk dari seorang pereka fesyen ternama seperti Melinda Looi adalah satu harta intelek yang berharga yang dijual seiring dengan kos yuran professional serta cetakan.


Tidak salah untuk mengkritik namun jika mengkritik dengan niat yang tidak baik, tidak mendatang keuntungan dan faedah kepada pembangunan sukan negara.

Lagi penjelasan DISINI.

1 comment :

  1. Jumlah charge yg terlalu.mahal. Nama besar tak semestinya kreatif. Bagi.saya org biasa design tersebut nampak biasa biasa saja. Tak terasa umph... tak terkesima pun..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...