Pages

Friday, 31 October 2014

MENGAPA PATUT HASNUL FAIRUZ KEKAL SEBAGAI PRESIDEN MBN PERAK

Mesyuarat Agong Majlis Belia Negeri Perak kali ke 18 akan berlangsung pada 1hb November 2014 bertempat di SUK Negeri Perak. Dalam mesyuarat agong tersebut akan diadakan pemilihan kepimpinan bagi merealisasikan pembangunan belia negeri Perak khususnya.

Dalam pemilihan mesti ada pertandingan. Namun kepimpinan yang sedia ada sudah mantap dan berkesan dalam merealisasikan hasrat belia akar umbi, adalah wajar dikekalkan khususnya jawatan Presiden yang menentukan halatuju organisasi Majlis Belia Negeri Perak ke arah yang lebih cemerlang.

Janganlah dek kerana habuan, kita tersalah pilih calon maka hancurlah sebuah organisasi belia yang selama ini telah berkembang dengan jayanya di bawah kepimpinan yang sedia ada.

Maka wajarlah dipilih semula Saudara Hasnul Fairuz bagi mengepalai Majlis Belia Negeri Perak. Pemimpin yang ada semangat dan aktif bersukan, rajin membantu masyarakat tidak kira apa jua kaum, sifat rendah dirinya, sentiasa dekat dihati belia, mesra bersama belia, dan sangat berwawasan tinggi yang akan menjadikan generasi belia akan datang terus cemerlang.

Latarbelakang Saudara Hasnul Fairuz Calon 01 Presiden Majlis Belia Negeri Perak

Slogan, Misi dan Visi

Solidariti dan Advokasi 
Dasar Belia Amanjaya
5P untuk 5 Tahun
"Meraikan perbedaan, Kukuhkan Perpaduan"

Pengalaman

- Terlibat dengan gpms sejak 1993
- Peserta World Youth congress di Maghribi pada tahun 2003
- Peserta National Youth Asean award di Cambodia 2006
- Penerima tokoh kepimpinan bagi sambutan hari belia peringkat negeri perak 2005
- Penerima tokoh kesukarelaan bagi sambutan hari belia peringkat negeri perak 2007. 
- Pernah menjadi Exco Majlis Belia Malaysia sejak 2006-2009
- Ketua penerangan Majlis Belia Malaysia 2010- hingga kini
- Presiden Majlis Belia Negeri Perak baru satu penggal

Rakan-rakan Saudara Hasnul Fairuz yang mempunyai misi dan visi yang sama

"Meraikan Perbedaan,
Kukuhkan Perpaduan"
‪#‎Hasnul4Presiden‬
‪#‎KekalkanMBNPerak‬

















No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...