Pages

Thursday, 15 May 2014

RIO TO MALAYSIA : MAKLUMAT LENGKAP RIUH DE KOTA TINGGI

Sempena kejohanan Piala Dunia FIFA 2014, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menganjurkan karnival 'Rio to Malaysia' De Kota Tinggi yang akan berlangsung di Kota Tinggi, Johor selama tiga hari bermula hari ini 15 Mei 2014 hingga 17 Mei 2014.
    
Karnival tersebut dianjurkan bersama Pejabat Daerah Kota Tinggi, Yayasan Mesra, Felda Global Ventures Holdings Berhad serta Yayasan Felda. Program ini menyasarkan 100,000 pengunjung. Pelbagai acara diatur sepanjang karnival di Padang Awam Bukit Kerajaan itu termasuk tiga aktiviti mencipta rekod baharu Malaysia Book of Records.
    
Tiga aktiviti itu ialah gelecek bola sejauh 100 kilometer, gubahan tuala terbanyak dan mencipta kad ucapan Hari Guru terbesar yang melibatkan 1,800 pelajar sekolah sekitar Kota Tinggi. Turut diadakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan sukan yang menawarkan hadiah menarik kepada peserta.

Selain itu turut diadakan Konsert Rio to Malaysia yang menampilkan artis tanah air seperti Mas Idayu, Ali Empire, Hyperact, SleeQ, Farhan dan Azrul Raja Lawak.
    
Karnival ini adalah bertujuan untuk mempromosi dan menyemarakkan "Piala Dunia FIFA" yang akan berlangsung pada bulan Jun dan Julai 2014.  RTM merupakan penyiar rasmi Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil yang akan bermula 12 Jun ini.

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Pn. Alisa Ibrahim di talian, 012-602 4171. Orang ramai dijemput untuk memeriahkan lagi karnival ini! Jom kita ke sana..

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...