Pages

Tuesday, 20 May 2014

PELAN LOKASI DAN PANDUAN FESTIVAL BELIA PUTRAJAYA 2014 @FBP2014

Hanya tinggal beberapa hari lagi Festival Belia Putrajaya 2014  yang akan berlangsung pada 23, 24, dan 25 Mei di Persiaran Perdana di Putrajaya. Festival Belia Putrajaya 2014 bertujuan untuk mempamerkan bakat kolektif belia dan mencetuskan inspirasi melalui pelbagai bengkel, aktiviti, dan acara. Ia diusul, dirancang, dan dilaksanakan hasil kerjasama para belia dari semua negeri dan pelbagai latar belakang. Ia juga berfungsi sebagai batu loncatan untuk memberi inspirasi kepada belia di seluruh negara untuk bermimpi lebih besar dan menggerakkan idea mereka. Dari belia, untuk belia.

Bagi memudahkan perancangan dan perjalanan pengunjung untuk bersama-sama memeriahkan festival tersebut, dibawah beberapa panduan untuk ke lokasi.

PARK & RIDE

Sila letak kereta anda di lokasi "Park-And-Ride" yang telah disediakan memandangkan TIADA tempat meletak kereta di perkarangan festival. Perkhidmatan Shuttle akan disediakan untuk membawa anda terus ke tapak festival.

Tempat letak kenderaan Kurang Upaya dan Akses Sama Rata disediakan, tetapi hanya terhad kepada mereka yang berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri - Pendaftaran Orang Kurang Upaya, dengan pelekat rasmi OKU.

Jika anda ingin mendaftar untuk tempat letak kenderaan ini, sila hantarkan Nama, Nombor Telefon, Nombor Pendaftaran Kereta, Nombor Pelekat OKU dan Jumlah Hari Berkunjung ke accessfestivalbelia@gmail.com.

TREN

KLIA Transit

Perkhidmatan shuttle juga akan membawa anda ke tapak festival sekiranya anda datang menerusi perkhidmatan tren dari KL-Sentral ke Putrajaya.

KTM

Perkhidmatan shuttle turut disediakan di stesen Serdang.

BAS

Beberapa laluan bas mungkin akan diubah dan dialihkan namun pekhidmatan bas Putrajaya akan beroperasi seperti biasa. Untuk maklumat lanjut, sila layari 


Bas khas untuk orang kurang upaya (OKU) juga akan disediakan sepanjang hari festival.

Maklumat lanjut DISINI dan DISINI.

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...