Pages

Tuesday, 20 May 2014

KUMPULAN QASIDAH ABU SYAAR DI PUTRAJAYA @FBP2014 #FBP2014

Kumpulan Qasidah Antarabangsa Abu Syaar dari Syam, Syria telah selamat tiba di Malaysia. Saksikan kemunculan mereka di Malam Belia Berselawat sempena Festival Belia Putrajaya 2014 pada 22 Mei 2014 (Khamis) jam 9.00 malam di Pentas Utama FBP 2014, Presint 2, Putrajaya (di hadapan Kemeterian Kewangan)

Malam Belia Berselawat menjanjikan pengalaman kerohanian yang luar biasa. Menampilkan personaliti dan kumpulan qasidah terkenal dari dalam dan luar Negara termasuk Al Habib Muhammad Al-Saggaf dari Yemen (dari rancangan "Fattabiouni" di TV Al-Hijrah) dan Kumpulan Abu Syaar dari Syria. Malam Belia Berselawat juga turut menampilkan Al-Mawlid, Inteam, Kumpulan Anak Warisan Kasih dan Kumpulan Ahbaabul Musthofa. Jangan lepaskan peluang untuk hadir beramai-ramai berselawat dan menyatakan perasaan cinta kepada Allah dan Rasul

#festivalbelia14 #FBP2014 #beliaberselawat #kbsmalaysia

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...