Pages

Tuesday, 6 May 2014

#GST : JAWAPAN KEPADA RAFIZI RAMLI #BANTAHGST

Kerajaan akan melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) berkuatkuasa 1 April 2015 bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang akan dimansuhkan dan kadar GST yang akan dikenakan adalah sebanyak 6 % berbanding SST sebanyak 15%.

GST bukanlah cukai tambahan baru tetapi cukai gantian kepada SST akan dapat membantu negara menangani banyak kelemahan dalam sistem pencukaian sedia ada. Dalam bahasa mudahnya dalam sistem GST pengguna perlu membayar satu kali cukai sahaja berbanding SST dimana pengguna membayar dua kali cukai dalam SST.

Namun kecerdikan pembangkang telah mencapai tahap "terburai otak" apabila menentang sekeras-kerasnya pelaksanaan GST ini yang didakwa membebankan pengguna iatu rakyat. Tentangan tersebut seolah-olah pembangkang mahu mengekalkan sistem percukaian yang sedia ada (SST) yang mengenakan cukai berganda. Lebih menjengkelkan apabila pendapatan berkapita rakyat (GDP) perlu dipertingkatkan sebelum GST dilaksanakan dijadikan alasan yang berulang-ulang dipentas-pentas ceramah fitnah pembangkang. Malang sekali penyokong-penyokong pembangkang tanpa mengkaji dan menyelidik, menelan bulat-bulat putar belit pemimpin-pemimpin pembangkang ini hingga turun berdemontrasi jalanan #BANTAHGST pada 1 Mei yang lalu bagai "PELACUR dan "BAPA AYAM" menjual maruah di jalanraya. 

Sehingga kini, terdapat 160 negara di serata dunia yang telah melaksanakan GST terdiri  dari negara maju, membangun dan mundur termasuk negara rantau ASEAN dan Asia. Jika GDP yang dijadikan alasan dan momokan pembangkang, lebih separuh negara-negara yang telah melaksanakan GST mempunyai GDP dbawah paras GDP Malaysia iaiatu USD9,970.

Dalam rantau ASEAN yang telah melaksanakan GST sebanyak 6 buah negara berada dibawah GDP USD10,000 manakala 14 buah negara di Asia. Eropah 14, Oceania 4, Afrika 40, Amerika Utara 6 dan selainnya 13 yang berjumlah 97 buah negara yang berada dibawah GDP Malaysia. Ini membuktikan bahawa GDP bukanlah asas utama menghalang pelaksanaan GST malah negara-negara tersebut terus berkembang pesat sejak pelaksanaan GST.

GST yang digunapakai di hampir 90 peratus negara di seluruh dunia telah terbukti berjaya dan diterima dengan baik oleh rakyat negara-negara berkenaan. Sistem GST ini telah dirancang dan dikaji begitu lama waima semasa zaman Anwar Ibrahim sebagai memegang jawatan Menteri Kewangan lagi. Beliau sendiri mengakui keberkesanan GST ini adalah satu sistem percukaian progresif yang boleh membantu memperluaskan pendapatan negara namun berubah pendirian seperti sesumpah.

Jika GST ini satu sistem yang tidak adil dan tidak progresif sudah tentu rakyat di 190 negara sudah menolak sistem ini.





3 comments :

  1. Fakta mcmni mesti x de pembangkang yg nak komen.

    Hrmmm......

    ReplyDelete
  2. Bodoh punyer analisa.. kalau betul sst 15% gst 6%.. pasti sume harga brg akan turun kan kan kan kan kan.. bangang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bangang punya anon 14:01.... Brg naik sbb manipolasi peniaga. Cth sardin dlm tin sblm 1 April RM2.80 tp selepas 1 April harga jadi RM3.70. Pastu kat kaunter kena lagi 6%. Giler kentang naik sampai 32%.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...