Pages

Tuesday, 20 May 2014

FESTIVAL BELIA PUTRAJAYA KEMBALI LAGI @FBP2014

Festival Belia Putrajaya kembali lagi. Kementerian Belia dan Sukan sekali lagi bakal menganjurkan program tahunan terbesarnya iaitu Festival Belia Putrajaya 2014 bermula 22 hingga 25 Mei ini akan lebih menumpukan kepada program berkualiti. Festival yang menjadi kemuncak sambutan Hari Belia Negara 2014 itu akan membawa konsep agak berbeza iaitu `lihat dan rasa' iaitu selari dengan cita rasa anak muda masa kini.

Festival yang diisi dengan 60 segmen yang diadakan di empat zon itu akan memberi fokus kepada aktiviti pendidikan, kerohanian, kemahiran, kesenian, bakat, interaksi dan sukarelawan. Tema pada tahun ini adalah 'Dari Belia Untuk Belia' sekali gus menjadi medium terbaik untuk golongan belia mempamerkan bakat terpendam.

“Festival ini juga bertujuan memberikan peluang dan ruang kepada anak-anak muda untuk berekspresi dan menguji kebolehan diri bersaing di pentas yang terbuka serta mencabar. Festival kali ini juga menyediakan ruang untuk menyemarakkan semangat para belia dari seluruh negara merealisasikan impian lebih besar bagi melontarkan idea serta pandangan dalam setiap aktiviti yang disertai.

“Antara segmen yang akan diadakan sempena festival berkenaan adalah pameran pekerjaan, jualan dan pameran buku, pidato, larian zombi, tilawah al-Quran, nasyid, pameran gajet, kejohanan futsal, kejohanan seni mempertahankan diri, peperangan bantal dan banyak lagi.

“Antara kelainan yang bakal kita bawa pada penganjuran kali ini adalah program belia berselawat pada 22 Mei pukul 9 malam bertempat di pentas utama. Pada majlis itu ia akan disertai oleh ikon qasidah dan selawat daripada dalam dan luar negara.

Festival Belia Putrajaya 2014 akan mengetengahkan pendekatan yang seimbang supaya dapat memberi lebih banyak manfaat kepada golongan belia daripada semua lapisan masyarakat. Penglibatan belia di peringkat akar umbi juga antara pendekatan yang dilaksanakan pada tahun ini, pertandingan dalam pelbagai aktiviti telah dimulakan di peringkat daerah dan negeri di mana pemenang akan layak ke peringkat akhir semasa festival belia di Putrajaya.

Maklumat lanjut dan jadual aktiviti boleh kunjungi festivalbeliaputrajaya.com

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...