Pages

Thursday, 22 May 2014

#FBP14 SEKITAR PERSIAPAN AKHIR FESTIVAL BELIA PUTRAJAYA 2014

Persiapan Festival Belia Putrajaya 2014 sedang rancak berjalan. Festival tahunan ini yang bermula 22 hingga 25 Mei 2014 merupakan satu pentas mega yang menyaksikan himpunan bakat belia dan cetusan aspirasi tanpa batasan mwlalui kepelbagaian bengkel, aktiviti dan acara bertemakan "Dari Belia Untuk Belia".
‘Malam Belia Berselawat’ malam ini merupakan aktiviti sulung sempena Festival Belia Putrajaya 2014 yang dijangka dibanjiri lebih 50,000 belia dari seluruh negara.
Program bertempat di Pentas Utama (Utara), Persiaran Perdana, Presint 4, itu akan menampilkan personaliti dan kumpulan qasidah terkenal dari dalam dan luar negara termasuk Al Habib Muhammad Al-Saggaf dari Yaman (dari rancangan “Fattabiouni” di TV Al-Hijrah).
Program itu menjanjikan pengalaman kerohanian yang luar biasa kerana ia menghimpunkan puluhan ribu belia dari seluruh negara bagi mengalunkan selawat dan qasidah untuk menyatakan perasaan cinta kepada Allah dan Rasul. 
Jemputan lain yang ditampilkan termasuk kumpulan qasidah Abu Syaar dari Syria; kumpulan nasyid tempatan seperti In-Team dan Al Mawlid; Kumpulan Anak Warisan Kasih dan beberapa jemputan lain.

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...