Pages

Friday, 23 May 2014

#FBP14 SEKITAR MALAM BELIA BERSELAWAT FESTIVAL BELIA PUTRAJAYA 2014

Malam Belia Berselawat menjadi pembuka aktiviti Festival Belia Putrajaya 2014 bermula semalam 22 hingga 25 Mei 2014. Walaupun hujan renyai-renyai namun tidak menghalang lebih 20,000 belia dari seluruh negara membanjiri program tersebut bagi mengalunkan selawat dan qasidah untuk menyatakan perasaan cinta kepada Allah dan Rasul. Program ini sebagai kaedah memperkasakan aspek kerohanian belia di negara ini dengan menampilkan aktiviti berteraskan elemen keagamaan.
Program bertempat di Pentas Utama (Utara), Persiaran Perdana, Presint 4, turut disertai YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar,  Menteri Belia dan Sukan. Presiden Majlis Belia Malaysia, Saudara Maliki Rafiee, Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia, Saudara Muammar Gadaffi dan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Jamil Salleh serta pegawai-pegawai kanan Kementerian Belia dan Sukan juga turut sama mengimarah program tersebut. Program tersebut menampilkan kumpulan qasidah terkenal Abu Syaar dari Syria, Al Habib Muhammad Al-Saggaf dari Yaman (dari rancangan “Fattabiouni” di TV Al-Hijrah). Antara jemputan lain adalah dari kumpulan nasyid tempatan seperti In-Team dan Al Mawlid dan Kumpulan Anak Warisan Kasih.









No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...