Pages

Friday, 23 May 2014

#FBP14 PROMOSI HEBAT DI GAJET WORLD (9 Gambar)

Festival Belia Putrajaya 2014 bertambah rancak apabila pengunjung mula berpusu-pusu memeriahkan berbagai acara dan aktiviti yang sedang berjalan selepas Solat Jumaat hari ini sehingga Ahad 25 Mei 2014.

Festival yang melibatkan lebih 60 aktiviti yang diadakan di empat zon iaitu utara, barat, selatan dan timur. telah bermula malam tadi dengan Program Belia Berselawat yang telah mendapat sambutan luar jangkaan. Manakala hari ini, promosi jualan aksesori komputer dan telefon bimbit dan pakej data dari syarikat-syarikat telco di Gadget World berada di Zon Barat telah mula dikunjungi oleh peminat-peminat aksesori dan gajet bertali arus. 

Selain daripada itu, beberapa acara dan aktiviti sedang dan akan dijalankan sehingga malam ini di Zon Barat. Antaranya E-Games Tournament,  Maker Playground, Talk Space, Malaysia International Youth Exchange, Jambori Pengakap, Bazaar Belia dan banyak lagi.

Jangan ketinggalan. Jom kita meriahkan.

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...