Pages

Saturday, 24 May 2014

#FBP14 @Khairykj DI MAJLIS AKAD NIKAH? BIAR BETUL BRO @FBP2014 @PortalSGB

YB Khairy Jamaluddin telah dilihat bersama-sama dengan pasangan pengantin pagi tadi bertempat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Rupa-rupanya Menteri Belia dan Sukan itu singgah di Majlis Akad Nikah Raja Sehari 2014 sepanjang acara walkabout beliau hari ini di Festival Belia Putrajaya 2014 yang sedang rancak berjalan sejak 22 Mei hingga 25 mei 2014.

Acara yang bermula 9.00 pagi tadi itu mengumpulkan 73 pasangan pengantin yang dinikahkan.

JAKIM menerusi Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya berperanan menjalankan akad nikah dengan  menyediakan tempat pernikahan dan jurunikah bertauliah serta membantu menguruskan proses bagi mendapatkan kebenaran berkahwin di Wilayah Persekutuan.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Ybg. Dato' Haji Othman bin Mustapha, ketua Pengarah Jakim yang turut menyampaikan khutbah nikah.


1 comment :

  1. Saprat ta Kaur24 May 2014 at 21:02

    Aku cadangkan jadikan majlis akad nikah perdana ini sebagai satu budaya baru Melayu. Kita tunjuk pada depa nun (Bangsa bukan Melayu laa) bahawa Melayu sedang bergerak beramai-ramai dalam melahirkan anak-anak generasi baharu, berbondong-bondong yang bakal mengisi segenap penjuru tanah Melayu/Malaysia ini. Kerajaan pun kena bagi insentif baru umpama MK1M (Mari Kawin 1Malaysia) ape ape skim ke dengan pinjaman dibawah skim MK1M tanpa faedah (Cara Islam la tu). Dapat anak lelaki pada tahun pertama terus dapat ASL1 (Anak sulung Lelaki 1) sebanyak RM888.00.

    Aku jamin ramai yang akan kawin, cepat, mudah dan murah...tapi sedap menjilat jari!!! Amacam Menteri Belia boleh lakukan inisiatif.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...