Pages

Saturday, 29 March 2014

SYARIKAT BAS EKSPRESS KANTOI MENIPU

Seseorang yang enggan dikenali mendakwa Syarikat Bas Ekspress Kesatuan menipu beliau melalui harga tiket Ipoh - Butterworth (waktu perjalanan 6.30 pm). Kejadian tersebut didakwa semasa beliau membeli tiket di kaunter tiket syarikat tersebut pada Sabtu, 29 Mac 2014 di Terminal Aman Jaya, Ipoh Perak. Beliau melahirkan rasa terkejut apabila harga tiket bernilai RM20.00 berbanding harga sebenar RM15.30 (termasuk surcaj RM1.40). Apabila ditanya kerani berkenaan berkata harga tiket sudah naik sekian lama. Kerani tersebut tidak memberikan sebarang tiket dengan alasan tiket akan diberikan semasa beliau menaiki bas. 

Pada masa itu beliau tidak mengesyaki apa-apa memandangkan beliau agak tergesa-tergesa untuk pulang ke Pulau Pinang dan masa beliau membeli tiket sudah menghampiri masa bas mahu bertolak. Kerani tersebut terus membawa beliau ke arah bas yang bernombor WLT 8808 dan kelihatan sudah dipenuhi dengan penumpang kecuali satu kerusi dibahagian depan. Sebaik sahaja beliau duduk, pemandu bas masuk dan terus menggerakkan bas tanpa memberikan sebarang tiket kepada beliau.

Beliau menyedari telah ditipu dan beliau hanya penumpang "haram" di dalam bas tersebut sekaligus tidak dilindungi sebarang insuran jika berlaku kemalangan. Beliau melahirkan rasa  kecewa di atas kegagalan syarikat tersebut memantau aktiviti penipuan kakitangan tersebut. Beliau turut berharap pihak penguatkuasa khususnya Suruhanjaya Pengangkutan Darat (SPAD) dan lain-lain agensi kerajaan yang berkaitan wajar meletakkan pegawai yang beruniform setiap masa supaya memudahkan pengguna membuat aduan dengan cepat.

Beberapa keping gambar turut dikepilkan sebagai bukti beliau penumpang bas tersebut yang sempat beliau rakam semasa bas berhenti untuk solat maghrib di Hentian Rehat dan Rawat Gunung Semanggol.



7 comments :

  1. Admin..sila confirm tarikh.! Macam back to future movie..!!

    Kejadian tersebut didakwa semasa beliau membeli tiket di kaunter tiket syarikat tersebut pada Sabtu, 29 April 2014 di Terminal Aman Jaya, Ipoh Perak

    ReplyDelete
  2. Admin mohon maaf di atas kesilapan tarikh..tarikh sudah dibetulkan.tq

    ReplyDelete
  3. Makan duit haram kaunter tu...elok bagi gambar muka penjual kepala tu..celako #4cm

    ReplyDelete
  4. Harap kementerian pengangkutan wajibkan semua kaunter letak no talipon kementerian bahagian aduan di setiap kaunter bas supaya orang ramai dapat call terus dan buat aduan on the spot.

    Kena pantau selalu kaunter bas ni. Ambik tindakan tegas.
    Wajibkan semua stesen bas di pasang cctv, pantau keselamatan orangramai dan pantau kegiatan di kaunter jualan tiket supaya ada bahan buktii bila ada aduan.


    1. Ada kaunter bas tak jual tiket kepada pemegang kad diskaun syarikat bas mereka walaupun kad diskaun dah di bayar kepada pihak syarikat bas walaupun di tunjuk bukti surat/kad diskaun.
    Kata penjual tiket mereka tak tahu menahu program kad diskaun.

    2. Kaunter tiket jual untuk perjalan dengan bas premium. Tapi bila tiba waktu bas premium di tukar dengan bas biasa. Perbezaan harga tiket tak di pulangkan.

    3. Pihak syarikat paksa penumpang bas premium naik bas biasa ke destinasi lain sebelum menuju ke destinasi yang sebetulnya untuk penumpang bas premium kerana penumpang bas premium tak ramai. Tapi masalahnya harga mahal yg dibayar utk tiket bas premium tak dipulangkan. Bukan itu saja, route perjalanan yang diberi lesen tak di patuhi.

    Contoh syarikat terbabit adalah Plusliner & Transnasional.

    Walaupun begitu tak semua operator bas bersikap demikian.

    Perkhidmatan buruk seperti ini akan membuatkan penumpang akan naik bas bangsa lain punya, atau bas kepunyaan warga singapura yg lebih mesra pelanggan, walaupun mereka bercakap bahasa melayu pelat. Bas mereka pun bersih dan selesa,

    ReplyDelete
  5. Hang dah berapa lama tak naik bas?tambang RM15.30 tambang tahun berapa.Rm20tu kira murah la.aku kena ipoh rm35 steady je.kalau naik bas sri maju lagi mahal.rm20.90 pi butterworth.

    ReplyDelete
  6. Elok tangkap je pic yg jual tu . publish kan . tipu sangat kerjanya . bukan nak aibkan,tapi kc pelajaran sikit. Lepasni lg ramai dia tipu . bnci

    ReplyDelete
  7. 2.8.2015 terminal aman jaya ipoh pada pkl 7ptg i nak beli tiket utk tunang i balik kl i tanya kat konsurtium bas ekspres mereka kata bas pkl 8 mlm i terus ke kaunter pacific ekspres mereka kata ada pkl 7.30 i pun beli ticket berharga rm20 lepas tu i tunggu sampai pkl 7.45 mlm i minta tunang i terus ke kaunter tersebut tanya bas pkl berapa mereka begitau pergi la ke kaunter ekspres kesatuan meraka pula bagi print ticket baru kata bas pkl 8.15...lepas tu i pi kaunter yg 1st i beli ticket i tanya mareka bas pkl berapa? Mereka kata tanya la kat kaunter bas kesatuan....i pi tanya meraka dia tarik balik ticket yg meraka jual lepas tu pulangkan ticket pertama yg dibagi oleh kaunter pacific ekspres...i balik ke kaunter mereka u all ni cakap la betul pkl berapa bas dan meraka kata pkl 8.30 mlm....i minta pulang duit i...i terus ke kaunter konsurtuim utk dptkan ticket bas pkl 8.00 mlm meraka pula begitau bas pkl 8.30mlm juga... lepas tu tadi cakap pkl 8mlm skrg pula cakap 8.30 mana satu betul....perempuan yg duduk kat kaunter sebelah pula masuk campur kata klu nak bas pkl 8mlm beli la bas sendiri....ckp kurang ajar pula..lepas tu muka kecoh...bonzer kat situ pula mai ajak i mai gaduh pula kat luar......i pun terus keluar dari terminal...lepas tu bonzer tu pula dtg luar bincang dgn i tanya nak pi mana..i pun terangkan..akhir sekali dia naikan tunang i bas pacific ekspres KCP 3311 dgn tambang rm 25 tanpa ticket..so terpaksa la i naikkan tunang i..sekian minta pihak berkuasa ambil tindakan selanjutnya

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...