Pages

Thursday, 13 February 2014

KETIRISAN RM40 JUTA DI PKNS : SELANGOR TERBAIK!

PNKS telah didakwa membelanjakan RM40 juta pada bola sepak sejak tahun 2008, Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri Selangor. Jumlah tersebut didakwa dibelanjakan oleh badan kerajaan negeri Selangor itu untuk membiayai Football Club PKNS (PKNS FC). 

Sebelum tahun 2008, kos menjalankan kelab bola sepak itu adalah kurang daripada RM2.5 juta setahun, kemudian ia mula meningkat, dan dalam tempoh tiga tahun yang lalu ia telah meningkat kepada setinggi RM10 juta setahun hari ini. 

Pendedahan Raja Petra Kamarudin, penulis portal Malaysia-Today dibuat sehari selepas Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim mengumumkan pembentukan satu pasukan petugas khas untuk memeriksa penyelewengan kewangan di Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Raja Petra mendedahkan bahawa wang itu untuk membiayai PKNS FC datang dari dua anak syarikat : SIC dan Selaman.

"PKNS kini menghadapi masalah dimana akaun kewangan dalam keadaan kucar-kacir dan tiada siapa yang boleh menjelaskan bagaimana wang tersebut telah dibelanjakan atau apa yang telah berlaku kepadanya.

"Kebanyakan perbelanjaan yang tidak disokong dengan bukti dokumentasi ," katanya dalam portal tersebut.

Khalid telah melantik tiga ahli exco negeri untuk memantau perbelanjaan dana PKNS sehari selepas dimaklumkan media bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada masa ini sedang menyiasat dakwaan bahawa dana untuk PKNS FC telah disalahgunakan.

Ketiga-tiga exco tersebut telah ditugaskan untuk pemantauan dana yang dimaksudkan untuk PKNS FC (RM9 juta setahun), pembangunan keusahawanan (RM5 juta setahun) dan juga tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang berjumlah RM30 juta setiap tahun.

Raja Petra juga menyenaraikan nama-nama orang yang terlibat dalam pengurusan PKNS FC, mendakwa bahawa mereka telah menelan perbelanjaan kerajaan negeri Selangor kira-kira RM200,000 setahun dalam gaji dan elaun yang mereka terima untuk 'menguruskan' PKNS FC.

Beliau juga mendakwa bahawa mereka ini sedar salah urus  dana PKNS FC tetapi " tidak ada yang mahu menjadi pemberi maklumat, atas sebab-sebab yang nyata".

Beliau juga menambah bahawa seorang kerani dari jabatan kewangan telah meninggalkan PKNS selepas isu penipuan ini muncul.

Kepatuhan kepada dasar parti sambil menikmati berjuta-juta dalam gaji dan elaun dalam tempoh enam tahun lepas sementara PKNS FC ketirisan RM40 juta.

Admin

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...