Pages

Wednesday, 29 January 2014

WANITA DITIPU DAN DIUGUT OLEH AHLI PEMUDA UMNO MELAKA?

Kisah wanita ditipu oleh lelaki sering menjadi tajuk didada-dada akhbar dalam negara mahupun luar negara. Ironinya, wanita memang terlalu mudah mempercayai lelaki. Apabila sudah terlalu sayang, apa sahaja yang lelaki katakan, kepercayaan adalah seratus peratus. Kaum adam dengan mudah mengambil kesempatan di atas kelemahan kaum hawa untuk kepentingan diri sendiri samada berbentuk nafsu mahupun harta benda dan wang ringgit. Malah ada lelaki  menjadikan sebagai kerjaya dan profession dengan menggunakan kebijaksanaan dan kepetahan menutur kata memikat wanita untuk meraih pendapatan tetap. Lebih mengecewakan ada lelaki yang menggunakan kesempatan ini untuk mengugut wanita malang ini demi kantung sendiri dan menjadi kaya raya. 

Amatlah tidak wajar jika seorang wanita mudah percaya dengan membuta-tuli dan menerima apa sahaja tanpa menggunakan akal fikiran yang waras namun tidak boleh disalahkan seratus peratus ke atas wanita semata-mata. Lelaki juga harus bertanggungjawab di atas penderitaan seorang wanita.

Terbaru, satu kisah seorang wanita mendakwa telah yang telah ditipu oleh seorang lelaki duda yang mempunyai 3 orang anak. Bukan sahaja wang ringgit malah hasil tabungan dalam KWSP pun mahu diragut oleh lelaki tersebut. Lebih malang lagi rumahtangga wanita tersebut runtuh disebabkan oleh lelaki berhidung belang ini. Kononnya lelaki ini mahu membawa "kekasihnya" ke jalan yang benar yang diredhai Allah. Wanita ini terpedaya dengan tipu helah lelaki yang berlagak alim ini hingga setiap bulan wanita ini terpaksa menyerahkan wang gaji bulanannya kepada lelaki ini hingga mencecah ribuan ringgit sebulan. Lagi menyedihkan apabila wanita dan anak perempuannya telah diugut oleh lelaki dengan pelbagai kata-kata kesat. 

Apabila sudah terbongkar kegiatan licik lelaki berhidung belang ini, rupa-rupanya ramai lagi wanita yang telah terpedaya dengan lelaki ini. Tipu helah lelaki telah didedahkan lagi oleh bekas tunangan beliau di facebook. Lelaki ini didakwa telah berpisah dengan isterinya kerana isterinya tidak tahan dengan sikap beliau yang tidak bertanggungjawab. Lelaki ini juga didakwa tidak memberi nafkah kepada 3 orang anaknya. Malang sekali wanita yang berada disekelilingnya. 

Difahamkan wanita malang ini akan membuat satu laporan polis terhadap lelaki syaitan ini.
Profile facebook : https://www.facebook.com/shaharum.nizam








Artikel ini bukanlah bertujuan membuka aib sesiapa tetapi sebagai panduan kepada wanita-wanita lain supaya jangan mudah percaya kepada lelaki selagi belum mempunyai ikatan yang sah dalam syarak. Jika nasi sudah menjadi bubur tiada apa yang boleh diselamatkan. Maruah dan keluarga wajar dijadikan keutamaan..

Untuk pendedahan selanjutnya : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=698978790122520&set=a.206793356007735.49523.100000312158899&type=1&theater

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...