Pages

Monday, 6 January 2014

SURAT PEGUAM RIZA AZIZ TUNTUT TARIK BALIK ARTIKEL FITNAH!

Peguam penerbit filem The Wolf di Wall Street mengancam untuk menyaman blogger Clare Rewcastle Brown yang mengaitkan anak tiri kepada Perdana Menteri, Riza Aziz dengan wang rasuah kerajaan.

Peguam syarikat produksi Red Granite Pictures, telah menghantar notis undang-undang terhadap blogger Clare Rewcastle Brown selepas beliau menerbitkan artikel tentang hubungan antara Riza Aziz dan filem yang didakwa dibiayai oleh wang yang diperoleh melalui rasuah kerajaan.

Surat setebal lima muka surat itu mendakwa Clare Rewcastle Brown  menulis dengan "tidak bertanggungjawab, kurang bermutu, berniat jahat yang jelas palsu oleh seorang penulis atau penulis-penulis (
(and/or editor or editors)) berniat menggugat ketelusan dan mempunyai agenda politik.

Surat itu menuntut supaya Clare Rewcastle Brown menarik balik artikel di dalam portal Pro-Pakatan Rakyat, Sarawak Report atau menghadapi tindakan undang-undang. Clare Rewcastle Brown adalah kakak ipar kepada bekas Perdana Menteri Britain, Gordon Brown, seorang wartawan bebas dan menjadi pengkritik kerajaan malaysia setelah dihalang daripada memasuki Malaysia pada bulai Julai tahun lalu.

 


  
Lagi Sumber Notis
Sumber berita dan olahan : buzzfeed.com

1 comment :

  1. Good news. Tindakan saman baik untuk memberi pencerahan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...