Pages

Friday, 10 January 2014

ROBOH DAN RUNTUH GERAI MELAYU AGENDA UTAMA AHLI MAJLIS MPSP

Langkah Kerajaan Negeri Pulau Pinang menaikkan elaun Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP sebanyak 100 peratus berkemungkinan membuatkan ahi majlis kuat bekerja demi rakyat Pulau Pinang. Kenaikan elaun sebanyak RM1500 kepada RM3000 menjadi ahli majlis MPSP lebih telus dan cekap bekerja bagi memastikan Melayu tiada ruang untuk bernafas di Pulau Pinang. Tahniah!.Tindakan agresif agensi penguatkuasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang meroboh gerai penjaja Melayu bukanlah satu perkara luar biasa lagi di Pulau Pinang. Kerajaan Negeri bertindak merobohkan beberapa gerai milik peniaga kecil Melayu kerana didakwa beroperasi secara haram dan menggangu lalulintas.

Terbaru, lapan pengusaha gerai mee ketam milik Melayu di Bukit Mertajam diberi notis 24 jam oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) untuk meruntuhkan gerai terbabit yang didakwa beroperasi secara haram. Walaupun apa pun alasan melanggar peraturan pihak berkuasa tempatan namun banyak gerai lain yang melanggar peraturan pihak berkuasa tempatan (PBT) dibiarkan beroperasi tanpa diambil tindakan. 

Sekaligus menimbulkan persoalan mengenai sejauh mana kerajaan negeri bersikap adil memandangkan gerai-gerai berkenaan secara terang-terangan tidak mengikut peraturan termasuk didirikan melebihi bahu jalan sehingga sering menyebabkan kesesakan trafik.

Keadaan itu boleh dilihat di sekitar Taman Chai Leng dan berhampiran Kompleks Makanan Sin Tat di Jalan Raja Uda dan di Jalan Chulia ekoran kewujudan gerai-gerai yang didirikan di bahu-bahu jalan yang dikuasai oleh bangsa Cina.

Kerajaan negeri seolah-olah bersikap pilih bulu dalam mengambil tindakan dengan hanya memberi tumpuan terhadap sesetengah peniaga kecil sahaja khususnya Melayu.

Alasan-alasan yang diberikan tidak wajar seolah-olah tidak memberi memberi peluang kepada peniaga Melayu mencari rezeki. Jika alasan gerai mereka mengganggu lalu lintas juga tidak munasabah memandangkan mereka sudah berniaga sejak bertahun yang lalu tanpa sebarang masalah. Tetapi keadaan trafik yang sesak di Jalan Raja Uda misalnya tidak pula diberi perhatian sedangkan umum mengetahui kesesakan di situ berpunca daripada kewujudan gerai-gerai yang dibina berhampiran jalan.

Pada pandangan teman tindakan ini selaras dengan langkah Kerajaan Negeri Pulau Pinang menaikkan elaun Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) sebanyak 100 peratus mendorong ahi majlis kuat bekerja demi kepentingan rakyat Pulau Pinang. Kenaikan elaun sebanyak RM1500 kepada RM3000 menjadi ahli majlis MPSP lebih menghayati slogan kecekapan, akauntabiliti, ketelusan (CAT) bagi memastikan Melayu tiada ruang untuk bernafas di Pulau Pinang. Tahniah!.

1 comment :

  1. Lama dh gerai tuu..gerai raja uda lg terukk

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...